Pengarang lakon
Pengarang lakon, juga dikenali sebagai dramatis, ialah seorang yang menulis kesusasteraan dramtik atau drama. Karya-karya sedemikian mungkin ditulis khusus untuk dipersembahkan oleh pelakon atau mungkin juga ditulis sebagai drama baca — ditulis dengan menggunakan bentuk drama tetapi tidak untuk dipersembah atau dilakonkan.
Sejarah awal
[sunting | sunting sumber]Dalam kesusasteraan Barat, para pengarang lakon terawal yang karya masih didapati sekarang ialah orang Yunani Purba. Lakonan-lakonan ini ditulis buat pertandingan antara pengarang lakon Athens.[1] sekitar abad ke-5 SM.
Poetics Aristotle
[sunting | sunting sumber]Pada abad ke-4 SM, Aristotle menulis Poeticsnya, yakni sebuah panduan buat penulisan lakonan. Dalam teks ukur rujuk ini, Aristotle menetapkan prinsip "aksi" atau "praksis" sebagai asas semua drama. Kemudian beliau memasukkan hierarki atau tatatingkat unsur-unsur buat drama bermula dengan Plot (mythos), Watak (ethos), Buah Fikiran (dianoia), Diksi (lexis), Musik (melopeia), dan Pertunjukan (lusis). Hasil drama terdiri daripada plot, watak, dan buah fikiran, sementara kaedahnya ialah bahasa, muzik, dan pertunjukan. Memandangkan yang mitos—asas Tragedi Yunani—sudah pun diketahui umum, "plot" berkaitan dengan susunan dan pemilihan bahan. Watak disamakan dengan pilihan, berlawanan dengan psikologi dan, oleh sebab itu, watak dapat ditentukan oleh aksi.
Dalam tragedi, tanggapan pilihan beretika menentukan watak. Buah fikiran pula lebih bersangkut paut dengan penghujahan dan strategi retorik dan tidak "tema", seperti yang berlaku hari ini. Bahasa dan Muzik merupakan kaedah bahan drama, sama dengan cat dan berus untuk pelukis. Kaedah Aristotle jenis induktif dan berlandaskan pembacaannya terhadap karya penulis-penulis tragedi yang hebat pada zamannya. Dengan kata lain, Aristotle menyusun teori-teorinya daripada lakonan itu sendiri dan beliau tidak bermula daripada pendekatan teori. Justeru, Poetics tidak ditulis sebagai dogma (ia kemudian menjadi dogma), akan tetapi ditulis sebagai panduan amalan terbaik. Definisi tragedi Aristotle, "tiruan sesuatu tindakan yang serius..." dll, membawa dengannya konsep mimesis[2] daripada kehidupan sebenar berbanding dengan ideal yang diketengahkan Plato. Dengan cara demikian, Aristotle mengembangkan konsep hamartia, tragis rendah atau kecacatan tragis, yang menggambarkan kesilapan yang dibuat watak utama atau protagonis. Mahupun Poetics karya pendek, ia amat sarat dan berbaloi jika dikaji pengarang lakon pada hari ini. Poetics menyediakan asas buat lakonan "yang didorong konflik", satu satu syarat dramaturgi.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fraser, Neil. "Theatre History Explained", The Cowood Press, 2004, page 11
- ^ Teori estetik yang menganggap seni sebagai peniruan unsur-unsur alam dan manusia secara semula jadi. Takrif DBP
- ^ Ilmu atau teknik untuk menerbitkan pementasan. Takrif DBP
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pengarang lakon |
- The Playwriting Seminars Diarkibkan 2008-05-25 di Wayback Machine, Virginia Commonwealth University