Pengiran Anak Mohamed Alam
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Februari 2018) |
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah Pengiran Anak Haji Mohammad Alam | |
---|---|
Speaker Majlis Mesyuarat Negara Brunei | |
Dalam jawatan 14 Julai 1971 – 30 November 1974 | |
Raja | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien |
Didahului oleh | Pehin Dato Haji Ibrahim Mohd Jahfar |
Digantikan oleh | Pengiran Haji Abu Bakar |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampong Pengiran Bendahara Lama, Brunei | 18 Oktober 1918
Meninggal dunia | 14 Disember 1982 Bandar Seri Begawan | (umur 64)
Tempat persemadian | Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan |
Pasangan | Pengiran Anak Hajah Besar |
Anak-anak | Pengiran Anak Zariah Pengiran Anak Saleha Pengiran Anak Mohammad Yusof Pengiran Anak Haji Puteh Pengiran Anak Hajah Damit 2 yang lain |
Alma mater | Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. |
Profesion | Ahli politik, Ahli kerabat diraja |
Almarhum Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah Pengiran Anak Haji Mohammad Alam Ibni Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman (18 Oktober 1918 - 14 Disember 1982) merupakan Speaker kedua bagi Majlis Mesyuarat Negara Brunei yang berkhidmat dari 14 Julai 1971 sehingga 30 November 1974. Almarhum merupakan ayahanda kepada Pengiran Anak Saleha, Raja Isteri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Almarhum juga merupakan ayahanda saudara dan ayahanda mentua kepada Sultan. Almarhum juga nenda kepada Al-Muhtadee Billah, Pengiran Muda Mahkota.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Pengiran Anak Mohammad Alam diputerakan pada 18 Oktober 1918. Ayahanda baginda, Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, salah seorang Wazir di Brunei, merupakan adinda kepada Sultan Muhammad Jamalul Alam II, menjadikannya sepupu Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Adindanya, Pengiran Anak Damit berkahwin dengan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Sebagai ahli kerabat diraja, Pengiran Anak Mohammad Alam memulakan pendidikan tidak rasminya di istana. Almarhum melanjutkan pelajaran di Tanah Melayu di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, bersama ahli kaum kerabat diraja yang lain.
Riwayat hidup
[sunting | sunting sumber]Pengiran Anak Mohammad Alam berkahwin dengan Pengiran Anak Hajah Besar (kemudian dikenali sebagai "Pengiran Babu Raja"). Mereka dikurniakan 9 orang anakanda; antaranya ialah Pengiran Anak Saleha, putera sulungnya, kemudian berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-29, juga putera buahnya. Puteri keduanya, Pengiran Anak Zariah berkahwin dengan Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, paduka adinda Sultan. Puteranya, Pengiran Anak Mohammad Yusof, kemudian dikenali sebagai Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar, married Pengiran Anak Puteri Norain, paduka adinda Sultan.
Puteranya, Pengiran Anak Mohammad Yusof, mangkat pada 13 Disember 2004. Puterinya, Pengiran Anak Hajah Damit, mangkat disebabkan barah ketika berusia 51 tahun pada 19 Ogos 2007.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Pengiran Anak Mohammad Alam pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Tanah dan Pejabat Kehakiman. Almarhum telah dilantik sebagai hakim setelah sebelas tahun berkhidmat dalam kerajaan negeri. Almarhum juga pernah berkhidmat sebagai Pengetua Jabatan Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan. Almarhum kemudian menjadi Yang Dipertua Adat Istiadat sebelum menjadi Speaker Majlis Mesyuarat Negeri.[1] Almarhum juga pernah menjadi Pemangku Raja pada tahun 1959, 1964, 1967, 1977 dan 1978.
Speaker Majlis Mesyuarat Negeri
[sunting | sunting sumber]Sebagai penghormatan atas sumbangannya kepada Negeri, Almarhum dilantik sebagai Speaker kedua Majlis Mesyuarat Negeri, menggantikan Ibrahim bin Mohammad Jafar yang kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 1971. Almarhum mengangkat baiat pada 13 Julai 1971 dan berkhidmat dari 14 Julai 1971 sehingga 30 November 1974.
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Untuk mengiktiraf khidmatnya, Almarhum telah dikurniakan DK., SPMB., DPNB., POAS., PHBS., PJK., OBE. Pada 27 Julai 1950, Almarhum dimasyhurkan dan diarak sebagai Wazir. Almarhum memegang gelaran "Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah". Almarhum dianugerahkan dengan gelaran Duli Pengiran Pemancha, Wazir Kedua, Negeri Brunei oleh Sultan Brunei.[2]
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Almarhum mangkat pada hari Jumaat, 14 Disember 1982, pada usia 69 tahun. Almarhum dimakamkan di Jalan Tutong.
Tempat sempenanya
[sunting | sunting sumber]Beberapa tempat telah dinamakan sempenanya, termasuk:
- Terdapat satu jalan di Brunei seperti Jalan Pemancha yang dinamakan sempenanya yang terletak di Bandar Seri Begawan.
Keturunan
[sunting | sunting sumber]Keturunan Pengiran Anak Mohamed Alam
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Susur Galur Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam, 1999.
- ^ "Undang2 Baharu Majlis Ugama dan 'Adat Istiadat Brunei" (PDF). Pelita Brunei. 1 Mac 1956. m/s. 8. Dicapai pada 21 Mei 2018.
- ^ "9 Pembesar di Borneo Dikurniakan Gelaran Tahun Baharu" (PDF). Pelita Brunei. 15 Februari 1956. m/s. 15. Dicapai pada 21 Mei 2018.