(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Suku Fujiwara - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Suku Fujiwara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Puak Fujiwara)
Lambang sagarifuji (くだふじ, "wisteria menjuntai") milik suku Fujiwara

Suku Fujiwara (藤原ふじわら, Fujiwara-uji, adakala dibaca sebagai ふじ Tōshi) merupakan keluarga bangsawan dan pemangku takhta maharaja Jepun. Ia hasil pencabangan suku Nakatomi melalui salah satu ahlinya Nakatomi no Kamatari yang diberikan gelaran "Fujiwara" oleh Maharaja Tenji sempena padang wisteria (ふじ • ふじ fuji) di mana keluarga tersebut merancang pembunuhan seluruh ahli suku Soga; gelaran ini kemudiannya menjadi nama suatu wangsa yang tersendiri.[1]

Suku ini amat berkuasa dalam pengaruh politik Jepun pada zaman Heian di mana ia berhubung kuat dengan pemangku maharaja[2] melalui perkahwinan anak-anak perempuan dari Wangsa ini dengan maharaja lalu akan memperoleh pengaruh terhadap maharaja berikutnya yang akan dibesarkan dalam kerabat ibundanya dan berhutang setia kepada nendanya.[3]

  1. ^ Plutschow, Herbert E. (1995). Japan's Name Culture: the Significance of Names in a Religious, Political and Social Context. m/s. 49, 97.
  2. ^ Frédéric, Louis (2002). Japan Encyclopedia. Harvard University Press. m/s. 203. ISBN 0-674-00770-0.
  3. ^ Britannica: Fujiwara Family accessed 28/4/2012

Templat:Tunas-sejarah-Jepun