Pulau Lingga
Pulau Lingga merupakan sebuah pulau yang terletak di barat laut Indonesia, selatan Kepulauan Riau. Ia merupakan pulau utama dalam gugusan Kepulauan Lingga malah memberikan nama kepada gugusan tersebut
Pulau Lingga pernah menempatkan pusat kerajaan Riau-Lingga, salah satu kerajaan Melayu yang pernah berkuasa dalam alam Nusantara dan berpengaruh sejauh Johor dan Pahang.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pulau ini mendapat namanya daripada Gunung Daik yang dilihat menyerupai suatu lingam, iaitu suatu bentuk tiang dalam kepercayaan Hindu yang melambangkan tenaga dan kekuatan.
Pulau ini menjadi tumpuan para pengikut Sultan Mahmud Riayat Shah III yang menjadikan ia tempat pemerintahan baharu baginda dari Riau kerana lokasi strategik ia dikelilingi pulau-pulau kecil dan bukit-bukau yang diamati menyukarkan pihak Syarikat Hindia Timur Belanda menyerang balas berikutan kekalahan hebat dalam Perang Riau II.[2]:137-140
Kerajaan Riau-Lingga-Johor diasaskan oleh Sultan Mahmud, yang dimakamkan di belakang Masjid Lingga. Ketika pemerintahan baginda, Pulau Lingga menjadi tempat bersemayamnya Sultan, sementara di Pulau Penyengat tempat kedudukan Yamtuan Muda atau Yang Dipertuan Muda melaksanakan pentadbiran.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Buyong bin Adil (Haji.), Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980 - Johor - 389 pages
- ^ Abdul Malik dkk (2017). Sultan Mahmud Riayat Syah: Pahlawan Besar Gerilya Laut dari Lingga (PDF). Dinas Kebudayaan Pemerintah Kabupaten Lingga & Komodo Books.