(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Putian - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Putian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Putian
莆田
Lokasi Putian di wilayah Fujian
Lokasi Putian di wilayah Fujian
NegaraRepublik Rakyat China
WilayahFujian
KapitalChengxiang
Pentadbiran
 • Setiausaha parti perbandaranLim Baojin
 • Datuk BandarLi Jianhui
Keluasan
 • Jumlah4,200 km2 (1,600 batu persegi)
Penduduk
 (2009)[1]
 • Jumlah2,860,000
 • Kepadatan680/km2 (1,800/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai China)
Poskod
351100
Kod kawasan0594
GDP2009[1]
 - JumlahCNY 69.172 juta (USD 10.14 juta
 - per kapitaCNY 24,271 (USD 3,557)
 - Peningkatan 14.5%
Plat keretaB
DialekPuxian Min
Laman sesawangwww.putian.gov.cn

Putian (Bahasa Cina: 莆田pinyin: Pútián) adalah sebuah bandaraya setaraf wilayah di bagian timur wilayah Fujian, Republik Rakyat China. Bandaraya ini berhampiran dengan Fuzhou di sebelah utara, Quanzhou di sebelah selatan, dan Selat Taiwan di sebelah timur.[2]

Putian mempunyai beberapa wilayah dibawahnya iaitu daerah Xianyou, mukim Wucheng, mukim Chengxiang, mukim Hanjiang, mukim Xiuyu bersama Pulau Pelancongan Negara Meizhou dan Zon Pembangunan Ekonomi Pantai Meizhou Utara. Pulau Meizhou di mulut teluk adalah tempat kelahiran kuil Mazu dewi yang terkenal dan tempat kelahiran budaya Mazu.

Putian adalah zon ekonomi pantai terbuka dan menikmati satu siri dasar istimewa yang diberikan oleh kerajaan dan wilayah China. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi tempat yang hangat untuk ahli perniagaan asing antaranya ahli perniagaan dari Hong Kong, Macao dan Taiwan untuk melabur. Sebanyak 1,456 perusahaan pelaburan asing telah diluluskan dengan penggunaan pelaburan asing sebanyak 3.832 bilion dolar USD dan perbelanjaan sebenar sebanyak 2.32 bilion dolar USD. Sejak pembaharuan dan pembukaan di Putian , ekonomi negara terus berkembang dengan pesat, dan taraf hidup rakyat semakin meningkat. [3]

  1. ^ a b "莆田2009ねん国民こくみん经济社会しゃかい发展统计こう报" (dalam bahasa Simplified Chinese). Putian Municipal Statistic Bureau. 2010-02-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-01. Dicapai pada 2010-05-03.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Litchi City Putian
  3. ^ 地理ちり标志产品护规じょう》实施以来いらい批准ひじゅんてき地理ちり标志めい录(2005ねん7がついたり2009ねん6がつ Diarkibkan 2011-03-11 di Wayback Machine

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

25°27′11″N 119°00′29″E / 25.453°N 119.008°E / 25.453; 119.008Koordinat: 25°27′11″N 119°00′29″E / 25.453°N 119.008°E / 25.453; 119.008