(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Red Cliff - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Red Cliff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Red Cliff
Dari depan: Tony Leung, Chang Chen, Hou Yong
PengarahJohn Woo
PenulisJohn Woo
Chen Han
Sheng Heyu
Berdasarkan Chronicles of the Three Kingdoms (Hikayat Tiga Negara)
Dihasilkan olehTerence Chang
Han Sanping
Lion Rock Entertainment
China Film Group
DibintangiTony Leung Chiu-Wai
Takeshi Kaneshiro
Zhang Fengyi
Chang Chen
Zhao Wei
Hu Jun
Nakamura Shidō
Lin Chi-ling
SinematografiLü Yue
Zhang Li
Muzik olehTaro Iwashiro
Diedarkan olehHong Kong Mei Ah Entertainment
Singapura MediaCorp Raintree Pictures
Jepun Avex Entertainment
Korea Selatan Showbox
Summit Entertainment
(International sales)
Tarikh tayangan
Bahagian 1: 10 Julai 2008 China, Hong Kong, Taiwan, Korea[1]
Bahagian 2: Januari 2009 Asia
Negara China
BahasaBahasa Cina Mandarin
BajetUS$80 juta[2]

Red Cliff (Bahasa Cina: あかかべ; pinyin: Chìbì) (Tebing Merah), juga dikenali sebagai[perlu rujukan] The Battle of Red Cliff (Perang Tebing Merah), ialah sebuah filem epik China berdasarkan Perang Tebing Merah dan peristiwa yang berlaku semasa zaman Three Kingdoms (Tiga Negara) di negara Cina purbakala. Filem ini dijangka akan ditayangkan dalam dua versi: di rantau Asia, Red Cliff akan ditayangkan dalam dua bahagian yang memakan masa 4 jam, dengan bahagian pertama ditayangkan pada Julai 2008 dan yang keduanya pada Januari 2009. Di luar Asia, filem tersebut akan ditayangkan dalam versi 2½ jam pada Januari 2009.

Filem ini diarah oleh pengarah filem terkemuka, John Woo dan dibintangi Tony Leung Chiu-Wai, Takeshi Kaneshiro, Zhang Fengyi, Chang Chen, Hu Jun, Lin Chi-ling danZhao Wei. Dengan bajet jangkaan sebanyak US$80 juta, The Battle of Red Cliff merupakan filem yang paling mahal yang dikeluarkan oleh Asia sehingga kini. [3]

Filem ini ialah salah satu daripada dua filem berkaitan Tiga Negara untuk tahun 2008. Filem yang satu lagi ialah Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon arahan Daniel Lee yang sudahpun ditayangkan.

Pengarah John Woo dalam satu wawancara oleh CCTV-6 menyatakan bahawa filem tersebut akan secara utamanya menggunakan catatan-catatan sejarah Chronicle of the Three Kingdoms sebagai asas kepada latar cerita Battle of Red Cliffs, berbanding dengan novel sejarah Romance of the Three Kingdoms. Demikian, watak-watak yang secara tradisinya digambarkan sebagai watak antagonis seperti Cao Cao dan Zhou Yu akan digambarkan dengan lebih tepat berdasarkan fakta-fakta sejarah yang benar dalam filem tersebut.[4]

  • Tony Leung Chiu-Wai sebagai Zhou Yu
  • Takeshi Kaneshiro sebagai Zhuge Liang
  • Zhang Fengyi sebagai Cao Cao
  • Chang Chen sebagai Sun Quan
  • Zhao Wei sebagai Sun Shangxiang
  • Hu Jun sebagai Zhao Yun
  • Lin Chi-ling sebagai Xiao Qiao
  • Nakamura Shido sebagai Gan Xing(あまきょう) (berdasarkan Gan Ning)
  • You Yong sebagai Liu Bei
  • Song Jia (そうけい) sebagai Li Ji(驪姬) (watak rekaan)
  • Tong Dawei (佟大ため) sebagai Sun Shucai(まご叔財) (watak rekaan)
  • Hou Yong (ほういさむ) sebagai Lu Su
  • Basen Zabu (ともえもり扎布) sebagai Guan Yu
  • Zang Jinsheng (臧金せい) sebagai Zhang Fei
  • Zhang Shan (ちょうやま) sebagai Huang Gai
  • Shi Xiaohong (しょうべに) sebagai Jiang Gan
  • He Yin (なにおん) sebagai Puan Mi
  • Li Hong (ひろし) sebagai Puan Gan
  • Menghe Wuliji (はじめがらすりょくきち) sebagai Guan Ping
  • Wang Yuzhang (おうたまあきら) sebagai Cheng Pu
  • Zhang Yi (ちょうあつし) sebagai Zhang Zhao
  • Wu Qi (はた) sebagai Gu Yong
  • Chen Changhai (ひね長海ながみ) sebagai Qin Song
  • Wang Ning (おうやすし) sebagai Maharaja Xian wilayah Han
  • Zhao Chengshun (ちょうしげるじゅん) sebagai Xun You
  • Wang Zaolai (おう早來はやきた) sebagai Cheng Yu
  • Wang Qingxiang (おうけいさち) sebagai Kong Rong
  • Xie Gang (しゃつよし) sebagai Hua Tuo
  • Yi Zhen (一真かずまさ) sebagai Cai Mao
  • Jia Hongwei (賈宏えら) sebagai Zhang Yun
  • Wang Hui (おうあきら) sebagai Cao Hong
  • Jiang Tong (きょう彤) sebagai Li Tong
  • Guo Chao (かくすすむ) sebagai Yue Jin
  • Cui Yugui (ちぇたまたか) sebagai Xu Chu
  • Xu Fengnian (じょ豐年とよとし) sebagai Zhang Liao
  • Ma Jing (うまきょう) sebagai Wei Ben(贲) (berdasarkan Wen Pin)
  • Hu Xiaoguang (えびす曉光ぎょうこう) sebagai Xiahou Jun(なつこう雋) (berdasarkan Xiahou Yuan)
  • Ye Hua (はな) sebagai Tian Tian() (watak rekaan)

Pelakon asal yang diganti

[sunting | sunting sumber]
  • Tony Leung Chiu-Wai pada asalnya dipilih untuk melakonkan watak Zhuge Liang. Namun, dengan alasan masalah kesihatan dan juga keletihan daripada berlakon dalam filem Lust, Caution, beliau menarik diri daripada filem berkenaan.[5] Penerbit Terence Chang berkata peruntukan kewangan untuk filem tersebut tidak dipengaruhi oleh perubahan berkenaan.[2]
  • Ken Watanabe pada asalnya dipilih untuk watak Cao Cao.[6] Namun, berdasarkan laporan, beberapa peminat China membantah pilihan tersebut atas alasan bahawa pelakon Jepun kurang sesuai untuk melakonkan watak sejarah negara China. Laporan berkenaan juga mendakwa bahawa bantahan-bantahan tersebut telah mempengaruhi keputusan pengarah John Woo yang pada akhirnya, memilih Zhang Fengyi untuk watak tersebut.[7]
  • Chow Yun-Fat pada asalnya dipilih untuk watak Zhou Yu dan juga pernah dipertimbangkan untuk watak Liu Bei. Bagaimanapun, beliau menarik diri pada 13 April, 2007, apabila pelakonan filem tersebut baru hendak bermula. Chow menerangkan bahawa beliau menerima skrip yang dikaji semula seminggu lebih awal dan tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersedia, tetapi penerbit Terence Chang menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kerjasama dengan Chow agak rumit kerana penginsurans filem tersebut dari Hollywood membantah 73 klausa dalam kontrak Chow.[8] Chow kemudian diganti oleh Tony Leung Chiu-Wai yang sebelum ini menolak watak Zhuge Liang.[9][10] Bagaimanapun, terdapat juga khabar angin bahawa Chow mungkin muncul sebagai pelakon sampingan dalam filem tersebut.

Rujukan Tambahan

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]