(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Rewrite (novel visual) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Rewrite (novel visual)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rewrite
Fail:Rewrite game cover.jpg
Cover art featuring heroines (from left to right) Kotori Kanbe, Chihaya Ohtori, Lucia Konohana, Kagari, Sizuru Nakatsu and Akane Senri
PembangunKey
PenerbitVisual Arts (Windows), Prototype (PSP, PS Vita, PS3, PS4), Sekai Project (Windows-WW)
PerekaItaru Hinoue Sunting ini di Wikidata
ArtisItaru Hinoue
PenulisRomeo Tanaka, Yūto Tonokawa, Ryukishi07
KomposerJun Maeda, Shinji Orito, Maiko Iuchi, Sōshi Hosoi, Ryō Mizutsuki
EnjinSiglusEngine Sunting ini di Wikidata
PlatformMicrosoft Windows, PlayStation Portable, PlayStation Vita, PlayStation 3, PlayStation 4
PelepasanRewrite
24 Jun 2011
  • Windows
    • JP: 24 Jun 2011
    • JP: 29 Julai, 2016
    • WW: 17 Disember 2021
    PlayStation Portable
    • JP: 17 April 2014
    PlayStation Vita
    • JP: 28 Ogos 2014
    PlayStation 3
    • JP: 11 Februari 2015
    PlayStation 4
    • JP: 23 Mac 2017
Rewrite Harvest festa!
27 Julai 2012
  • Windows
    • JP: 27 Julai 2012
    • WW: TBA
    PlayStation Vita
    • JP: 18 Mei 2017
GenreNovel visual
ModPemain tunggal

Rewrite adalah novel visual Jepun yang dibangunkan oleh Key, salah sebuah jenama dibawah VisualArt's . Ia dikeluarkan pada 24 Jun 2011 untuk PC Windows dan dinilai untuk semua peringkat umur. Rewrite adalah permainan kesembilan Key. Key mengeluarkan cakera peminat untuk mengembangkan cerita permainan yang bertajuk Rewrite Harvest festa! pada 27 Julai 2012 untuk Windows. Rewrite telah dialih pasarkan ke PlayStation Portable, PlayStation Vita, PlayStation 3 dan PlayStation 4, manakala Harvest festa! telah dialih pasarkan ke PlayStation Vita. Versi Bahasa Inggeris Rewrite untuk Windows telah dikeluarkan oleh Sekai Project pada tahun 2021; mereka juga akan mengeluarkan judul Harvest festa! dalam Bahasa Inggeris. Permainan ini mengisahkan kehidupan Kotarou Tennouji, seorang pelajar sekolah tinggi dengan kebolehan luar biasanya yang menyiasat misteri ghaib bersama lima gadis dari sekolahnya di bandar fiksyen Kazamatsuri. Akhirnya ini membawa mereka ke tengah-tengah kancah konflik antara penyeru gimbaran dan manusia luarbiasa dengan takdir dunia menjadi taruhan.

Tatamainan Rewrite adalah mengikut garis plot bercabang interaktif dengan pelbagai senario, dan memfokuskan pada watak pemain yang meraih minat dari enam watak utama perempuan. Terdapat permainan mini tambahan dan tugasan ditambah yang banyaknya diperlukan untuk melengkapkan permainan ini. Permainan ini mencatat rekod sebagai permainan PC terlaris yang dijual di Jepun pada tahun keluarannya, dan berada dalam senarai jualan 50 teratas Jepun dua tahun lagi selepas itu. Terdapat lima adaptasi manga Rewrite yang diterbitkan oleh ASCII Media Works dan Ichijinsha . Antologi komik, novel ringan dan buku koleksi seni turut diterbitkan, begitu juga dengan beberapa album muzik. Adaptasi siri televisyen anime 24 episod, diterbitkan oleh studio Eight Bit dan diarahkan oleh Motoki Tanaka disiarkan antara Julai 2016 dan Mac 2017.