(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Robert De Niro - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Robert De Niro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Robert De Niro
De Niro di Festival Filem Cannes tahun 2016
Kelahiran
Robert Anthony De Niro Jr.

(1943-08-17) 17 Ogos 1943 (umur 81)
PekerjaanPelakon, penerbit, pengarah
Tahun aktif1962–kini
PasanganDiahnne Abbott (k. 1976; c. 1988)
Grace Hightower (k. 1997)
Anak-anak6
Ibu bapaRobert De Niro, Sr.
Virginia Admiral

Robert Anthony De Niro Jr. [dəˈnɪroʊ; ro-bert dĕ-ni-rou] (lahir 17 Ogos 1943) ialah seorang pelakon, penerbit dan pengarah Amerika Syarikat yang telah membintangi lebih dari 100 filem. Peranan filem utama pertamanya ketika muncul dalam filem drama sukam Bang the Drum Slowly (1973) dan filem jenayah arahan Martin Scorsese, Mean Streets (1973). Beliau berperanan sebagai Vito Corleone muda dalam filem The Godfather Part II (1974), yang mana melayakannya memenangi Anugerah Akademi bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.[1][2]

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Robert Anthony De Niro[3] lahir di daerah Greenwich Village, Manhattan, New York,[4] anak dari pasangan Virginia Admiral, pelukis dan penyair, dan Robert De Niro, Sr., seorang pelukis dan pematung ekspresionisme abstrak.[5] Ayahnya seorang keturunan setengah Italia dan setengah keturunan Ireland, sementara ibunya seorang keturunan setengah Jerman, dengan akar leluhurnya yang lain berasal dari Belanda, Inggris, Prancis, dan Ireland.[6][7][8] Datuk dan nenek buyut Italianya, Giovanni De Niro dan Angelina Mercurio, berasal dari Ferrazzano di provinsi Molise, Itali. Nenek dari pihak ayah, Helen O'Reilly, adalah cucu dari imigran Ireland.[9]

Kedua orang tuanya berkenalan, bertemu di kelas melukis Hans Hofmann di Provincetown, Massachusetts, namun mereka bercerai ketika beliau berusia tiga tahun setelah ayahnya melela kecenderungan diri menyukai kaum sejenis.[10] Beliau dibesarkan oleh ibunya di Greenwich Village dan Little Italy, Manhattan. Ayahnya tinggal dalam jarak yang cukup dekat dengan dirinya dan De Niro pun menghabiskan banyak waktu dengannya saat tumbuh dewasa.[11] Ibunya dibesarkan dalam ajaran Presbiterian tetapi menjadi seorang ateis saat dewasa, sementara ayahnya seorang Katolik murtad sejak usia 12 tahun.[10][12] Bertolak belakang dengan keinginan kedua orang tuanya, datuk neneknya secara diam-diam telah membaptisnya ke dalam Gereja Katolik ketika De Niro tinggal dengan mereka selama orang tuanya bercerai.[10][12]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

De Niro menghadiri "PS 41", sebuah sekolah dasar negeri di Manhattan dan lulus hingga kelas enam. Dia kemudian melanjutkan studi ke Sekolah Elisabeth Irwin, sekolah menengah swasta dari Little Red School House, bersekolah dari kelas tujuh sampai kelas delapan.[13] Beliau diterima di High School of Music and Art untuk kelas sembilan, tetapi hanya hadir dalam waktu yang singkat sebelum pindah ke sebuah sekolah umum.[14]

De Niro memulai sekolah menengah atas di McBurney School[15] dan kemudian menghadiri sekolah swasta Rhodes Preparatory School,[16] meskipun beliau tidak pernah lulus dari salah satu sekolah tersebut.[17] Beliau dijuluki "Bobby Milk" karena muka pucatnya, De Niro bergaul dengan sekelompok anak-anak jalanan saat masa mudanya di Little Italy, beberapa di antaranya masih tetap berteman hingga kini.[18] Arah masa depannya sudah terlihat ketika debut panggung teaternya pada usia 10 tahun, ketika beliau berperan sebagai Cowardly Lion dalam sebuah sandiwara The Wizard of Oz yang diproduksi oleh sekolahnya.[4][19] Beliau berupaya mengatasi rasa malunya lewat pertunjukan, beliau juga terpaku dengan bioskop, dan beliau putus sekolah pada usia 16 tahun untuk mengejar cita-cita berakting.[18] Beliau belajar akting di Stella Adler Conservatory, serta di Actors Studio-nya Lee Strasberg.[17]

Kerjaya lakonan

[sunting | sunting sumber]

1963-1974: Permulaan

[sunting | sunting sumber]

Peran filem pertama De Niro terjadi pada saat usia 20, ketika beliau muncul dalam filem karya Brian De Palma tahun 1963 The Wedding Party, tetapi filem itu tidak dirilis sampai tahun 1969. Dia kemudian muncul dalam filem , Bloody Mama (1970) arahan sutradara Roger Corman. Dia mendapat perhatian luas ketika berperan sebagai pemain Major League Baseball yang sekarat dalam filem Bang the Drum Slowly (1973).

Sejak 1970-an: Kolaborasi bersama Martin Scorcese

[sunting | sunting sumber]

Beliau mulai bekerja sama dengan Martin Scorsese ketika beliau memainkan watak Johnny Boy dalam filem Mean Streets (1973).[20] Sejak itu, mereka berdua giat bersama dalam hampir setiap filem dibikin Martin termasuk Taxi Driver (1976), New York, New York (1977), Raging Bull (1980), The King of Comedy (1983), Goodfellas (1990), Cape Fear (1991), dan Casino (1995). Mereka juga berakting bersama-sama dalam filem Guilty by Suspicion (1991) dan memberikan suara mereka untuk filem animasi Shark Tale (2004). Taxi Driver adalah filem yang sangat penting dalam karier De Niro. Penampilan ikoniknya sebagai watak Travis Bickle membawanya menjadi bintang dan namanya selalu terkait dengan monolog watak tersebut yang berperwatakan terpendam dan agresif - sebahagiannya besar hasil improvisasi De Niro sendiri.[21] Peran Bickle membuatnya mendapatkan nominasi Anugerah Akademi pertamanya untuk kategori Pelakon Terbaik. Perannya sebagai Jake LaMotta dalam filem Raging Bull dan sebagai Max Cady dalam filem Cape Fear juga mendapatkan pujian

Kemasyhuran

[sunting | sunting sumber]

De Niro mula menaikkan nama sendiri melaluiperan penting dalam filem arahan sutradara Francis Ford Coppola, The Godfather Part II (1974), beliau memainkan watak Vito Corleone muda. Coppola mengingat bahawa De Niro pernah ikut dalam audisi sebelumnya, untuk mendapatkan peran Sonny Corleone, Michael Corleone, Carlo Rizzi, dan Paulie Gatto dalam filem The Godfather. Penampilan De Niro sebagai Vito Corleone muda, membuatnya mendapatkan Anugerah Akademi pertamanya, untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik, namun pada saat upacara penyerahan penghargaan, Coppola lah yang menerima penghargaan karena De Niro tidak hadir pada upacara tersebut. De Niro menjadi pelakon pertama pemenang Anugerah Akademi yang berbicara terutama bahasa asing dalam filem yang beliau perankan. Dalam hal ini, berbicara beberapa dialek Sicilia,[20] meskipun beliau menyampaikan beberapa baris dialog dalam bahasa Inggeris. Dia dan Marlon Brando, yang memainkan Vito Corleone tua dalam filem pertama, adalah satu-satunya pelakon yang memenangkan Oscar karena memerankan karakter fiksi yang sama. Keduanya tampil bersama dalam filem The Score (2001).

Pada tahun 1976, De Niro tampil dalam filem 1900 yang disutadarai oleh Bernardo Bertolucci, berkisah tentang kehidupan di Italia sebelum Perang Dunia II, dilihat melalui mata dua orang sahabat masa kecil Italia di sisi berlawanan dari hierarki masyarakat. Dia juga membintangi The Last Tycoon (1976) disutradarai Elia Kazan. Kazan ada menceritakan semasa pembikinan filem ini bahawa De Niro sanggup "melakukan apa saja untuk berhasil" - De Niro dicatat bahawa beliau menurunkan berat badannya dari 170 paun menjadi 128 pain untuk peran dalam filem ini. Kazan menambahkan bahawa De Niro "adalah salah satu dari sejumlah pelakon yang pernah beliau sutradarai yang sangat bekerja keras, dan satu-satunya yang meminta untuk berlatih pada hari Minggu. Sementara sebagian yang lainnys bermain tenis.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "International Rome Film Festival – De Niro: "I have an Italian passport, I have finally come home"". December 30, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada December 30, 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "De Niro Will Get Italian Citizenship". femalefirst.co.uk.
  3. ^ Levy, Shawn (2014). De Niro: A Life. Three Rivers Press. m/s. 29. ISBN 0307716791.
  4. ^ a b Pernyataan pada Inside the Actors Studio, 1998
  5. ^ "Robert De Niro Biography (1943–)". filmreference.com.
  6. ^ "Robert De Niro Biography". contactmusic.com.
  7. ^ Dougan, Andy (2003). Untouchable: a biography of Robert De Niro. Da Capo Press. m/s. 145. ISBN 1-56025-469-6.
  8. ^ "Biography for Robert De Niro". imdb.
  9. ^ [1]
  10. ^ a b c "Robert De Niro's Religion and Political Views". hollowverse.com.
  11. ^ Dougan, p. 10.
  12. ^ a b "The religion of Robert De Niro, actor". www.adherents.com.
  13. ^ Dougan, pp. 12–13.
  14. ^ Dougan, pp. 13–14.
  15. ^ Baxter, John (2002). De Niro: A Biography. HarperCollins. ISBN 978-0-00-257196-8. pp. 37–38.
  16. ^ Baxter, p. 37.
  17. ^ a b Dougan, pp. 17–18.
  18. ^ a b Dougan, p. 17.
  19. ^ Dougan, p.15.
  20. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama tca2
  21. ^ "'There was a sense of exhilaration about what we had done'". The Guardian. UK. 16 Oktober 2004.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]