Sabah Air
| |||||||
Ditubuhkan | 1975 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | |||||||
Subsidiari | Sazma Aviation | ||||||
Pesawat | 12 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini) | ||||||
Destinasi | 7 (Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Labuan, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Sibu, Tawau) | ||||||
Syarikat induk | Kementerian Kewangan Negeri Sabah | ||||||
Ibu pejabat | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | ||||||
Orang penting | - (Tiada data yang tersedia) | ||||||
Laman web | www |
Sabah Air Aviation Sdn Bhd, didagangkan sebagai SabahAir, adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Bangunan Sabah Air di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.[1]
Data Kod
[sunting | sunting sumber]Slogan Syarikat Penerbangan Sabah Air
[sunting | sunting sumber]- See Sabah by Air...Fly Sabah Air
Melihat Sabah melalui Udara ... Terbanglah Sabah Air
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Syarikat penerbangan itu diperbadankan pada tahun 1975 sebagai sebuah syarikat berhad swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah, di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan negeri. Lembaga pengarah terdiri daripada kerajaan negeri dan sektor swasta. Peranan lembaga adalah untuk merangka satu set strategi dan dasar untuk mencapai matlamat dan visi bersama. Sijil Pengendali Udara yang dikeluarkan kepada SabahAir oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia membenarkan ia menjalankan perkhidmatan udara dan perkhidmatan terbang yang tidak dijadualkan ke mana-mana destinasi di Malaysia.
Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Sabah Air pada masa ini menyediakan penerbangan bersiar-siar di atas pulau-pulau dan pantai di Sabah, seperti Gaya, Manukan, dan pulau Sapi. Syarikat penerbangan itu juga mempunyai perkhidmatan piagam untuk pelanggan yang berminat. Penerbangan perniagaan dan lawatan diatur untuk misi diplomatik dan swasta. Selain daripada perkhidmatan ini, syarikat penerbangan itu juga menyediakan penggambaran udara dan fotografi. Ia juga baru-baru ini memulakan perkhidmatan Flying Doctor, dengan menggunakan Eurocopters untuk Kerajaan Negeri. Operasi luar pesisir syarikat penerbangan akan dipindahkan ke anak syarikatnya Sazma Aviation apabila AOC telah diberikan oleh DCA. Syarikat yang terlibat akan menggunakan Helicopter Sikorsky, yang telah dihantar.
Destinasi Sabah Air (SA)
[sunting | sunting sumber]Sabah Air terbang ke destinasi berikut setakat 2021.
Hab utama dan Hab sekunder |
Negara | Negeri / Wilayah Persekutuan / Wilayah / Daerah / Kawasan | Bandar | Kod IATA | Kod ICAO | Lapangan Terbang | Nota | Rujukan dan Penanda |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Malaysia | Labuan | Bandar Victoria | LBU | WBKL | Lapangan Terbang Labuan | Penumpang | |
Sabah | Kota Kinabalu | BKI | WBKK | Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu | Penumpang (Hab utama Sabah Air) | ||
Sabah | Pulau Gaya | Tiada Data | Tiada Data | Tiada Data | Penumpang | ||
Sabah | Pulau Manukan | Tiada Data | Tiada Data | Tiada Data | Penumpang | ||
Sabah | Pulau Sapi | Tiada Data | Tiada Data | Tiada Data | Penumpang | ||
Sarawak | Sibu | SBW | WBGS | Lapangan Terbang Sibu | Penumpang | ||
Sabah | Tawau | TWU | WBKW | Lapangan Terbang Tawau | Penumpang |
Kemalangan dan Insiden
[sunting | sunting sumber]- Pada Tarikh 6 Jun 1976, 11 penumpang termasuk ketua menteri pertama Sabah, Tun Fuad Stephens, dan beberapa anggota kabinet negeri terbunuh dalam nahas udara di Sembulan di daerah Kota Kinabalu. Pesawat yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang Kota Kinabalu dari Labuan, terhempas kira-kira 30 minit selepas berlepas, kemalangan ini dikenali sebagai Tragedi Double Six, pada tahun 2023, kedua-dua Laporan dari Pihak Malaysia [2] dan Australia [3][4], menekankan tiada wujud sabotaj, kebakaran atau letupan, sebaliknya kelebihan muatan yang menjadi punca kemalangan [5], dan Syarikat Penerbangan Sabah Air didakwa beroperasi secara tidak sah [6].
- Pada Tarikh 29 November 1995, 10 rakyat Malaysia dan 1 pekerja Filipina terbunuh dalam nahas helikopter di Samarang Seas antara 10 dan 11 pagi. Helikopter itu adalah dari lapangan terbang lama (kini Lapangan Terbang Terminal 2) ke pelantar minyak lepas pantai Petronas. Beberapa mayat mangsa belum ditemui sehingga hari ini. Punca kemalangan helikopter adalah kegagalan operasi enjin.
- Pada Tarikh Mac 2011, Bell 206 L4 yang dimiliki Sabah Air jatuh ke dalam hutan berhampiran Trusmadi, Sabah.[7]
- Pada Tarikh 11 April 2011, salah satu daripada helikopter mereka terhempas selepas terbabas semasa cuaca buruk di Sibu Townsquare Phase One. Helikopter itu membawa rombongan Timbalan Perdana Menteri kerana beliau akan menghadiri majlis lain sempena pilihan raya negeri Sarawak. Juruterbang cedera.[8] Juruterbang itu mengalami kecederaan dan meninggal dunia di Hospital Sibu, kemudian hari itu.[9]
Alamat Ibu Pejabat Syarikat Penerbangan Sabah Air
[sunting | sunting sumber]Nama Perniagaan : Sabah Air Aviation Sdn Bhd
Tipe Perniagaan : Perkhidmatan Sewaan Pesawat
Alamat : Sabah Air Building, Jalan Johor, Off, Jalan Selangor, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : +6088484733
Laman Web : www
Kod Plus : W2RX+FX Kota Kinabalu, Sabah
Rujukan : pautan%20lokasi%20ibu%20pejabat%20di%20peta%20google
Galeri Armada Syarikat Penerbangan Sabah Air (SA)
[sunting | sunting sumber]-
Sabah Air dengan siri GAF Nomad, di Tawau, Tahun 2003
-
Sabah Air dengan siri Eurocopter EC-145, di Kota Kinabalu, Tahun 2014. Helikopter ini dijual oleh Syarikat Penerbangan Sabah Air kepada pengendali lain.
Armada
[sunting | sunting sumber]Sehingga Ogos 2015, armada Penerbangan Sabah Air termasuk:[10]
Aircraft | Jumlah perkhidmatan | Jumlah tempahan | Jumlah kerusi |
---|---|---|---|
GAF N22B Nomad[11] | 1 | - | 10 |
Bell 206B Jet Ranger helicopter[12] | 5 | - | 4 |
Bell 206L3 Long Ranger III helicopter[13] | 1 | - | 6 |
Beechcraft King Air[14] | 1 | - | 9 |
AgustaWestland AW109 Grand[15] | 1 | - | 6 |
Eurocopter AS355NP[16] | 3 | - | 5 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Contact." Sabah Air. Retrieved on 26 December 2011. "Sabah Air Aviation Sdn Bhd Sabah Air Building Jalan Johor, Off Jalan Selangor 88999 Kota Kinabalu Sabah, East Malaysia"
- ^ "LAPORAN AKHIR SIASATAN KEMALANGAN UDARA NAHAS PESAWAT SABAH AIR MODEL GAF N-22B NOMAD PADA 6 JUN 1976" (PDF). www.mot.gov.my. Kementerian Pengangkutan Malaysia. Dicapai pada 2023-07-06.
- ^ "G. Bennett - Sabah Air Nomad - Report by Government Aircraft Factories (GAF) investigation team on a crash of Nomad aircraft in Malaysia 9M - ATZ on 6 June 1976". recordsearch.naa.gov.au. National Archives of Australia. Dicapai pada 2023-07-06.
- ^ "Nomad Sabah Accident Investigations accessory documents" (PDF). ia800307.us.archive.org. Archive. Dicapai pada 2023-07-06.
- ^ "Pendedahan nahas Sabah Air dibuat secara terbuka, telus". malaysiapost.com.my. Malaysia Post. 12 April 2023. Dicapai pada 6 Julai 2023.
Terdahulu media melaporkan, tiada sebarang bukti sabotaj, kebakaran atau letupan ditemui oleh pasukan penyiasat dalam siasatan terhadap punca pesawat itu terhempas pada 6 Jun 1976, yang meragut nyawa Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain.
(dalam bahasa Bahasa Melayu) - ^ "Why was Sabah Air allowed to operate illegally, asks ex-MP". www.freemalaysiatoday.com (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 26 April 2023. Dicapai pada 6 Julai 2023.
Former Penampang MP Darell Leiking was commenting on the declassified report by the Australian manufacturer on the Double Six crash in 1976.
- ^ http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=77525
- ^ http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/11/nation/20110411142204&sec=nation Diarkibkan 12 April 2011 di Wayback Machine Copter crashes in Sibu after ferrying DPM entourage,Pilot Injured (The Star,11/4/2011)
- ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/12/nation/8464880&sec=nation Diarkibkan 14 April 2011 di Wayback Machine Pilot killed in helicopter crash (The Star,12/4/2011)
- ^ [1]
- ^ https://www.sabahair.com.my/fleets.php?active=fleets
- ^ https://www.sabahair.com.my/fleets.php?active=fleets
- ^ https://www.sabahair.com.my/fleets.php?active=fleets
- ^ https://www.sabahair.com.my/fleets.php?active=fleets
- ^ https://www.sabahair.com.my/fleets.php?active=fleets
- ^ https://www.sabahair.com.my/fleets.php?active=fleets
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sabah Air (Inggeris)/(Melayu)
- www
.sabahair .com .my - Review of the air crash at Malaysiakini.
- [2]
- Nahas Sabah Air: Pendedahan dibuat mengikut apa yang dilaporkan - Anthony Loke
- Laporan akhir nahas udara Sabah Air didedah kepada umum - PM
- Pendedahan nahas Sabah Air dibuat secara terbuka, telus – Anthony Loke
- Nahas Sabah Air, Ini yang sebenarnya berlaku
- Nahas Sabah Air: Laporan sudah boleh dimuat turun
- Laporan siasatan akhir kemalangan udara nahas pesawat Nomad Sabah Air boleh dimuat turun mulai hari ini
- Laporan akhir nahas Sabah Air 1976: Ini fakta yang anda perlu tahu
- Sabah Air operated illegally, says Australian report
- Double Six tragedy: Aussie report concurs with Malaysia's findings
- Get Australia to release full report on Double Six plane crash too, says Sabah ex-Chief Minister
- Australia to disclose reports over 'Double Six' plane crash
- Airline in Double Six crash was operating illegally, says Aussie report
- Declassifying 'Double Six' report a step towards open governance in Sabah, says think tank
- CEO: Sabah Air confident move will see aviation sectors soar