Sri Patani
Sri Patani (Jawi: سري ڤطاني , Bahasa Thai: ศิริปัตตานี ) atau Phaya Tani (bahasa Thai: พญาตานี) merupakan sebuah meriam pengepungan yang berasal daripada Patani di selatan Thailand. Sri Patani merupakan meriam yang terbesar dan termasyur pernah dibina di Dunia Melayu, berukuran 9 kaki (2,7 meter) dan diperbuat daripada loyang. Ia kini dipamerkan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand setentang hadapan pekarangan Istana Perama di Bangkok. Sehingga kini, meriam ini masih menjadi simbol Wilayah Patani.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Patani pada waktu itu iaitu Ratu Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Siam di Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Kerajaan Rattanakosin di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah menghilang tanpa dapat dikesan.
Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sebesar Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan (Bahasa Thai: นารายณ์สังหาร , "Narayana Pembunuh") bagi diletakkan bergandingan dengan meriam Sri Patani yang ditawan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Buku: Sejarah Kerajaan Melayu Patani oleh Ibrahim Shukri