TM Net
Penampilan
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam berhad |
---|---|
Industri | Penyedia perkhidmatan internet |
Ditubuhkan | 1995 |
Ibu pejabat | Cyberjaya, Malaysia |
Tokoh penting | Jeremy Kung (CEO) |
Keluaran | Unifi TV |
Syarikat induk | TM Bhd. |
Tapak web | https://www.tm.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
TM Net ialah sebuah pembekal perkhidmatan internet Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh TM Bhd. Syarikat ini hampir memonopoli perkhidmatan internet Malaysia, kerana hampir semua sambungan batu jauh di negara dimiliki TM Bhd.
TM Net diasaskan pada tahun 1995 oleh Telekom Malaysia Bhd, kini dikenali sebagai TM Bhd. Mula-mulanya TM Net menawarkan perkhidmatan internet berdail-masuk selaju 56kbps. Ujian xDSL pertama dijalankan oleh TM melalui sistem HiS yang dilancarkan bersama syarikat Ericsson pada tahun 1999. Streamyx akhirnya dilancarkan pada tahun 2001.