Takson
Dalam biologi, takson (pembentukan terbalik daripada taksonomi) ialah kelompok bagi satu atau lebih populasi sesuatu organisma atau banyak organisma yang dipandang oleh ahli taksonomi untuk membentuk satu unit. Biarpun antara yang berikut tidak ada yang diperlukan, takson biasanya dikenali dengan nama tertentu dan diberi pemangkatan, terutamanya jika dan apabila takson tersebut diteruma atau menjadi berasas. Walau bagaimanapun, boleh terjadi juga kekurangan persetujuan sesama ahli taksonomi tentang apa yang tergolong dalam takson dan kriteria yang digunakan untuk penyertaan biarpun hal ini tidak kerap. Jika sesuatu takson diberi nama sains formal, penggunaannya ditadbir oleh salah satu kod tatanama yang menyatakan nama sains yang betul untuk pengelompokan tertentu.
Walaupun didahului oleh sistem Linnaues dalam Systema Naturae (edisi ke-10, 1758)[1] dan karya tidak terbit oleh Bernard dan Antoine Laurent de Jussieu, tanggapan "sistem semula jadi" berdasarkan unit bagi pengelasan biologi pertama kali tersedia secara meluas pada 1805 melalui penerbitan, sebagai pengenalan kepada edisi ketiga Flore françoise oleh Jean-Baptitse Lamarck, bagi Principes élémentaires de botanique oleh Augustin Pyramus de Candolle, suatu pendedahan bagi suatu sistem untuk "pengelasan semula jadi" bagi tumbuh-tumbuhan. Sejak itu, ahli sistem telah bangkit untuk membina pengelasan tepat yang menyertakan kepelbagaian hidupan; kini, takson "bagus" atau "berguna" kerap dianggap sebagai yang mencerminkan hubungan evolusi.[n 1]
Ramai ahli sistem moden, seperti penyokong tatanama filogenetik, menggunakan kaedah kladistik yang memerlukan takson untuk menjadi monofiletik (semua keturunan bagi sesetengah leluhur). Maka, unit asasinya merupakan klad dan bukan sebaliknya, takson. Serupa pula, sesama ahli taksonomi semasa yang bekerja dengan tatanama (binomial) Linnaeus tradisional, sedikit orang mencadangkan takson-takson yang diketahui oleh mereka untuk menjadi parafiletik.[2] Contoh bagi takson yang terasas dengan baik yang juga bukan klad ialah kelas Reptilia; burung merupakan keturunan bagi reptilia tetapi tidak disertakan dalam Reptilia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Istilah takson pertama kali digunakan pada 1926 oleh Adolf Meyer-Abich untuk kelompok-kelompok haiwan. Untuk tumbuh-tumbuhan, takson dicadangkan oleh Herman Johannes Lam pada 1948, dan diterima guna pada Kongres Botani Antarabangsa yang dijalankan pada 1950.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Iknotakson
- Kladistik
- Kod Tatanama Antarabangsa untuk alga, kulat, dan tumbuhan
- Kod Tatanama Zoologi Antarabangsa (ICZN)
- Kresonim
- Pangkat (botani)
- Pangkat (zoologi)
- Pengelasan virus
- Segregat (taksonomi)
- Skema ABCD
- Taksonomi alfa
- Taksonomi rakyat
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ini tidak dianggap wajib, walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan oleh terma untuk pengelompokan bukan monofiletik ("invertebrat", "konifer", "ikan", dll).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Quammen, David (Jun 2007). "A Passion for Order". National Geographic Magazine. Dicapai pada 27 April 2013.
- ^ de Queiroz, K dan J Gauthier (1990). "Phylogeny as a Central Principle in Taxonomy: Phylogenetic Definitions of Taxon Names" (PDF). Systematic Zoology. 39 (4): 307–322. doi:10.2307/2992353. JSTOR 2992353.
- ^ Naik, V. N. (1984). Taxonomy of Angiosperms. Tata McGraw Hill, New Delhi, hlm. 2.