Tongkat kaki
Tongkat kaki, tongkat jalan atau hanya tongkat ialah alat bantuan yang digunakan untuk berjalan, memberikan kestabilan atau sokongan postur, atau membantu dalam menjaga postur yang betul. Sesetengah rekaan juga berfungsi sebagai aksesori fesyen, atau digunakan untuk pertahanan diri.
Tongkat kaki datang dalam pelbagai bentuk dan saiz dan ada yang menjadi barang koleksi. Orang kurang upaya boleh menggunakan tongkat sebagai kruk tetapi tongkat kaki bukan direka untuk menampung beban berlebihan dan sebaliknya direka untuk keseimbangan. Tongkat juga digunakan sebagai senjata mempertahankan diri dan boleh menyembunyikan pisau atau pedang seperti tongkat pedang dll.
Pendaki gunung menggunakan tongkat, juga dikenali sebagai tongkat trekking, tongkat pengembara, atau tongkat hiking, untuk pelbagai tujuan: sebagai sokongan semasa menaiki bukit atau sebagai penahan semasa menuruni bukit; sebagai titik imbangan badan semasa menyeberang sungai, paya, atau laluan sukar yang lain; untuk merasai rintangan di laluan; untuk menguji kedalaman air dan lumpur; untuk meningkatkan rentak langkah, dan sebagai perlindungan dari binatang liar. Tongkat alpine, berasal dari aktiviti pendakian di banjaran Alp, dilengkapi dengan mata keluli dan mungkin membawa cangkuk atau kapak ais di atasnya. Lebih banyak tongkat hiasan diperindahkan dengan barang kemas kecil atau medal yang memberi gambaran wilayah yang dilawati. Tongkat kayu digunakan untuk sukan luar, senaman bahagian atas badan yang sihat, dan juga monumen kelab, depatmen, dan keluarga. Ia boleh dibuat secara berasingan daripada beberapa kayu dan boleh ditempah khas dengan ukiran kayu atau plak ukiran logam.
Pengumpul tongkat dipanggil ahli rabologi.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Antique Walking Sticks 1958". British Pathé. British Pathé. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 July 2021. Dicapai pada 19 July 2021.
A walking sticks expert (rabologist) is cataloguing great collection of walking sticks.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Kategori berkenaan Tongkat kaki di Wikimedia Commons
- Walking-Stick Papers (Robert Cortes Holliday, 1918) – Project Gutenberg ebook
- Walking Stick & Cane History Published with permission
- Self-Defence with a Walking Stick (Pearson's Magazine, January 1901)