Transistor sesimpang
Transistor sesimpang (UJT) merupakan peranti elektronik semikonduktor.
Terdapat dua jenis transistor sesimpang:
- Transistor sesimpang yang asli, UJT, iaitu merupakan perantu yang pada dasarnya adalah satu keping bahan semikonduktor jenis N ke dalam bahan jenis P yang dibaur dalam kepanjangannya. 2N2646 adalah salah satu contoh peranti.
- Transistor sesimpang terprogramkan, atau PUT, merupakan "adik beradik" kepada thyristor. Seperti thyristor, ia mengandungi empat lapisan P-N dan mempunyai satu Anod dan Katod yang disambungkan kepada lapisan pertama dan lapisan akhir, dan satu Get yang dihubungkan ke salah satu lapisan dalam. Lapisan-lapisan tersebut tidak boleh ditukar ganti dengan UJT konvensional tetapi boleh bertindak dengan fungsi yang serupa. 2N6027 adalah contoh peranti.
Bagi kedua-dua jenis, kegunaan utama mereka adalah sebagai peranti pencetus bagi thyristor dan sebagai peranti aktif dalam pengayunan santaian. Graf voltan pemancar melawan arus pemancar bagi transistor sesimpang akan menunjukkan luas rentangan negatif dan inilah yang membuatkan UJT berguna.
Transistor sesimpang hanya mempunyai satu simpang yang membuatkan ia mempunyai nama transistor 'SE'simpang. UJT ini mempunyai tiga terminal iaitu pemancar dan dua tapak. Tapaknya dibentuk dari sekeping silikon jenis n yang didop. Dua hubungan ohmik B1 dan B2 disambung ke hujungnya. Pemancar adalah jenis p dan didop dengan lebih. Rintrangan antara B1 dan B2, apabila pemancar dibuka adalah dipanggil rintangan antara tapak.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris)Gambar rajah dan penerangan transistor sesimpang Diarkibkan 2017-11-28 di Wayback Machine daripada American Microsemiconductor