(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Tulang belakang - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Tulang belakang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Turus vertebra)
Rajah vertebra toraks. Perhatikan persendian untuk tulang rusuk
Bahagian berbeza tulang belakang

Tulang belakang semua haiwan vertebrat terdiri daripada ruas-ruas tulang yang disusun membentuk turus bersama tulang tongkeng dan tulang sulbi menyokong tubuh agar berdiri dalam keadaan tegak. Terdapat 33 ruas yang membentuk tulang belakang manusia yang sempurna; 7 ruas terletak di tengkuk atau leher (cervix), 12 ruas terletak di bahagian badan (thorax) dan 5 ruas terletak di pinggul (lumbar).[1]

Struktur umum

[sunting | sunting sumber]
Pandangan sisi vertebra serviks

Seketul ruas tulang mempunyai badan di depannya. Belakangnya mempunyai beberapa bonjolan yang tajam iaitu cuaran;[2] satu cuaran terletak di belakang ruas manakala dua cuaran melintang terletak di dua-dua sisi yang bersambung dengan tulang rusuk.

Cuaran-cuaran ruas di bahagian leher dan pinggul boleh dirasai melalui kulit. Tulang pada ruas ini mempunyai lubang yang membolehkan saraf tunjang dan pembuluh-pembuluh darah masuk melalui badan. Ceper dilapikkan antara dua ruas tulang yang bersambung.[1] Apabila ruas-ruas ini berpaut sesama sendiri, ia membentuk turus yang kukuh bagi menyokong kepala dan badan.

Orientation of vertebral column on surface. T3 is at level of medial part of spine of scapula. T7 is at inferior angle of the scapula. L4 is at highest point of iliac crest. S2 is at the level of posterior superior iliac spine. Furthermore, C7 is easily localized as a prominence at the lower part of the neck.[3]

Nota: Untuk maklumat terperinci, lihat vertebra serviks

Tulang ini biasanya kecil dan halus. Cuaran spinanya pendek (kecuali C2 dan C7, yang mempunyai cuaran spina terpalpatkan), dan kebiasaannya bifid. Tulang ini dinomborkan dari atas ke bawah C1-C7, dan atlas (C1) dan aksis aksis (C2), adalah vertebra yang membenarkan kebanyakan pergerakan leher dan kepala. Sendi atlantokssipital membolehkan kebanyakan pergerakan tulang tengkorak ke atas dan ke bawah, manakala sendi atlanto aksial membenarkan bahagian atas lehar untuk berpusing ke kiri dan kanan. Tulang aksis juga terletak di atas turus spina cakera antara vertebra yang pertama. Kesemua mamalia kecuali manati dan beruang sloth mempunyai tujuh vertebra serviks, tanpa mengira kepanjangan leher.

Nota: Untuk maklumat terperinci, lihat vertebra toraks

Cuaran spina tulang ini permukaan bersendi dengan tulang rusuk. Sesetengah putaran boleh berlaku di antara vertebra-vertebra toraks, akan tetapi sambungannya dengan sangkar rusuk menghadkan fleksi yang banyak atau ekskursi lain. Dalam konteks manusia, tulang ini juga dikenali sebagai ‘vertebra dorsal’.

Nota: Untuk maklumat terperinci, lihat vertebra lumbar

Vertebra-vertebra ini dibina dengan lasak, kerana ianya perlu menanggung beban yang lebih daripada vertebra lain. Tulang ini membenarkan fleksi dan ekstensi yang ketara, fleksi lateral (bengkokan sisi) yang sederhana, dan pergerakan putaran yang kecil. Cakera-cakera di antara vertebra ini menghasilkan satu lumbar lordosis (kelengkungan yang cekung ke arah posterior) di tulang belakang manusia.

Nota: Untuk maklumat terperinci, lihat vertebra sakrum

Terdapat 5 vertebra (S1-S5). Mereka bercantum sewaktu tumbesaran, tanpa ada cakera antara vertebra.

Nota: Untuk maklumat terperinci, lihat vertebra koksiks

Terdapat 3-5 vertebra (Co1-Co5), tanpa sebrang cakera antara vertebra Kebanyakan haiwan mempunyai bilangan "vertebra ekor" yang lebih banyak dan, dalam haiwan, mereka lebih dikenali sebagai "vetebrea kaudal". Sakit di bahagian tulang sulbi dikenali sebagai kokidinia.

  1. ^ a b Campellone, Joseph; Fraser, Marianne; Turley, Raymond Kent (2024). "Anatomy of the Spine". Health Encyclopedia. Pusat Perubatan Universiti Rochester. Dicapai pada 5 November 2024.
  2. ^ Noresah Baharom; Hasnah Mohamed; Nor Rashidah Johari, penyunting (1990). Kamus Biologi KBSM. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 42. ISBN 983-62-1868-8.
  3. ^ Anatomy Compendium (Godfried Roomans and Anca Dragomir)

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]