Wad khas di Tokyo
Wad khas di Tokyo (
Dalam kalangan masyarakat Jepun, wad khas ini lebih dikenali sebagai “wad dua puluh tiga” (23
Perbezaan antara kawasan perbandaran[sunting | sunting sumber]
Walaupun wad khas mendapat autonomi daripada kerajaan metropolis Tokyo, bandar istimewa ini juga berfungsi sebagai sebuah entiti bandar seperti memberikan khidmat masyrakat; seperti saluran air, pembuangan sisa-sisa kumbahan dan jabatan bomba. Kesemua khidmat ini dikawal oleh kerajaan metropolis Tokyo, manakal bandar-bandar istimewa Jepun pula perlu berusaha mendapat kesemua khidmat ini dengan sendiri. Bagi mendapatkan sumber kewangan untuk khidmat yang disediakan kepada 32 buah wad khas Tokyo ini, kerajaan metropolis Tokyo akan mengenakan cukai yang selalunya dikutip oleh kerajaan bandar itu sendiri, dan juga membuat pertukaran bayaran kepada wad-wad yang tidak boleh mendapat kewangan daripada pentadbiran tempatan itu sendiri.
Tidak seperti kawasan perbandaran (termasuklah kawasan perbandaran Tokyo barat), wad-wad khas Jepun ini tidak dikira sebagai entiti awam tempatan bagi tujuan Perlembagaan Jepun. Ini bermakna, wad khas Jepun ini tidak mempunyai hak dalam perlembagaan untuk membentuk undang-undang sendiri, ataupun membuat undian dalam pemilihan dato’ bandar atau anggota majlis kerajaan bandar. Dengan hak-hak ini seperti yang telah ditetapkan oleh peraturan, wad khas ini mungkin boleh juga ditarik balik oleh Diet Jepun; pendekatan yang sama juga diambil keatas kawasan perbandaran yang lain yang mingkin memerlukan permindaan perlembagaan.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Perkataan istimewa disini digunakan bagi membezakan daripada wad-wad (
Sejak tahun 1970, wad-wad khas Tokyo telah melakukan banyak latihan dalam mempertimbangkan pemberian autonomi yang lebih daripada wad di bandar-bandar lain, menjadikan wad khas Tokyo ini seperti sebuah bandar yang mampu berdiri sendiri daripada sebuah daerah. Setiap satu wad mempunyai dato’ bandar (
Setiap wad khas Tokyo ini mempunyai keluasan yang sangat besar iaitu (dari 10 hingga 60 km²) dan kadar populasinya (dari kurang daripada 40,000 hingga 830,000 orang) dan terdapat juga sebahagian wad-wad ini berkembang sehingga ke pulau buatan sendiri yang dibina. Setagaya mempunyai penduduk yang paling ramai, manakala jirannya pula, Ōita mempunyai kawasan yang paling luas antara wad-wad khas di Tokyo.
Sehingga 1 Oktober 2005, jumlah populasi penduduk di 32 buah wad khas Tokyo ini mencecah 8,483,140 orang, lebih kurang 2/3 daripada penduduk Tokyo dan ¼ penduduk kawasan metropolis Tokyo. Kesemua wad-wad ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 13,800 setiap kilometer persegi (bersamaan dengan 35,600 batu persegi). Sehingga bulan Ogos 2008, kadar populasi penduduk telah meningkat menjadi 8,731,434 berdasarkan Agensi Statistik Jepun.
Senarai wad khas[sunting | sunting sumber]
*kadar populasi sehingga Jun 2007
Nama | Kanji | Populasi* | Kepadatan (/km²) |
Kawasan (km²) |
Daerah Besar |
---|---|---|---|---|---|
Adachi | 629,392 | 11,830.68 | 53.20 | Ayase, Kitasenju, Takenotsuka | |
Arakawa | 194,777 | 18,262.25 | 10.20 | Arakawa, Machiya, Nippori, Minamisenju | |
Bunkyō | 194,933 | 16,009.28 | 11.31 | Hongō, Yayoi, Hakusan | |
Chiyoda | 43,802 | 3,763.06 | 11.64 | Nagatachō, Kasumigaseki, Ōtemachi, Marunouchi, Akihabara, Yūrakuchō, Iidabashi | |
Chūō | 104,997 | 10,344.53 | 10.15 | Nihonbashi, Kayabachō, Ginza, Tsukiji, Hatchōbori, Shinkawa, Tsukishima, Kachidoki, Tsukuda, | |
Edogawa | 661,386 | 13,264.86 | 49.86 | Kasai, Koiwa | |
Itabashi | 529,059 | 16,445.72 | 32.17 | Itabashi, Takashimadaira | |
Katsushika | 428,066 | 12,286.62 | 34.84 | Tateishi, Aoto | |
Kita | 330,646 | 15,885.67 | 20.59 | Akabane, Ōji, Tabata | |
Kōtō | 436,337 | 10,963.24 | 39.8 | Kiba, Ariake, Kameido, Tōyōchō, Monzennakachō, Fukagawa, Kiyosumi, Shirakawa, Etchūjima, Sunamachi, Aomi | |
Meguro | 267,798 | 18,217.55 | 14.70 | Meguro, Nakameguro, Jiyugaoka | |
Minato | 205,196 | 10,088.30 | 20.34 | Odaiba, Shinbashi, Shinagawa, Roppongi, Toranomon, Aoyama, Azabu, Hamamatsuchō, Tamachi | |
Nakano | 312,939 | 20,097.82 | 15.59 | Nakano | |
Nerima | 702,202 | 14,580.61 | 48.16 | Nerima, Ōizumi, Hikarigaoka | |
Ōta | 674,590 | 11,345.27 | 59.46 | Ōmori, Kamata, Haneda, Den-en-chōfu | |
Setagaya | 855,416 | 14,728.23 | 58.08 | Setagaya, Kitazawa, Kinuta, Karasuyama, Tamagawa | |
Shibuya | 205,512 | 13,337.13 | 15.11 | Shibuya, Ebisu, Harajuku, Hiroo, Sendagaya, Yoyogi | |
Shinagawa | 353,887 | 15,576.01 | 22.72 | Shinagawa, Gotanda, Ōsaki | |
Shinjuku | 309,463 | 16,975.48 | 18.23 | Shinjuku, Takadanobaba, Ōkubo, Kagurazaka, Ichigaya | |
Suginami | 534,981 | 15,725.49 | 34.02 | Kōenji, Asagaya, Ogikubo | |
Sumida | 237,433 | 16,079.49 | 13.75 | Kinshichō, Morishita, Ryōgoku | |
Toshima | 256,009 | 19,428.44 | 13.01 | Ikebukuro, Komagome, Senkawa, Sugamo | |
Taitō | 168,277 | 16,139.38 | 10.08 | Ueno, Asakusa | |
Jumlah Keseluruhan | 8,637,098 | 13,890.25 | 621.81 |
Tempat[sunting | sunting sumber]
Kebanyakkan kawasan kejiranan yang penting-penting berada di sekitar wad-was khas Tokyo seperti:
- Akasaka
- Sebuah kawasan yang mempunyai pelbagai restoran, kelab dan hotel; kebanyakkan tempat ini mempunyai laluan perjalan kaki, menjadikan penduduk tempatan berasa seperti berjalan dikawasa kejiranan. Bersebelahan dengan Roppongi, Nagatachō, dan Aoyama.
- Akihabara
- Sebuah kawasan membeli-belah yang tersusun rapi bagi barangan seperti elektronik dan barang-barang Otaku.
- Aoyama
- Bersebelahan dengan Tokyo dengan kawasan riadah, tanah perkuburan, kawasan perumahan yang mahal, kedai-kedai terkini dan restoran antarabangsa. Termasuklah stesen bawah tanah Omotesandō.
- Ginza dan Yūrakuchō
- Kawasan yang penuh dengan pusat membeli-belah dan hiburan dan jabatan stor, kedai-kedai yang menjual barangan berjenama dan panggung wayang.
- Harajuku
- Dikenali dengan nama jalan tersebut (fesyen remaja).
- Ikebukuro
- Kawasan pertukaran antara pusat Tokyo utara yang paling sibuk, yang pelbagai barangan membeli-belah serta bandar Sunshine.
- Jinbōchō
- Pusat Tokyo yang menawarkan kedai-kedai buku terpakai serta kawasan barangan antik.
- Marunouchi dan Ōtemachi
- Kawasan tumpuan di Tokyo ini disebabkan oleh aktiviti-aktiiti perniagaan dan kewangan seperti ibu pejabat bank, syarikat perdagangan dan beberapa lagi badan-badan korporat yang lain. Kawasan ini menunjukkan pembikinan semula bangunan-bangunan baharu bagi tempat membeli-belah dan hiburan yang didirikan dihadapan stesen Tokyo Marunouchi.
- Nagatachō
- Kawasan nadi utama Tokyo dan negara Jepun dimana di lokasi ini terdapat Diet, menteri-menteri kerajaan dan ibu pejabat parti-parti Jepun.
- Odaiba
- Kawasan yang sangat besar yang menjadi salah satu tarikan ke Tokyo dengan menawarkan pelbagai tempat membeli-belah dan hiburan.
- Omotesandō
- Dikenali kerana menawarkan barangan secara besar-besaran di pusat membeli-belah.
- Roppongi
- Kawasan bukit Roppongi yang mempunyai pemandangan yang luar biasa pada waktu malam serta menjadi tumpuan kehadiran pengujung Barat.
- Ryōgoku
- Kawasan nadi kepada dunia sumo. Rumah kepada Ryōgoku Kokugikan serta banyak kawasan heya
- Shibuya
- Kawasan yang paling tua yang menawarkan pelbagai barang membeli-belah, fesyen, hiburan waktu malam serta budaya belia.
- Shinagawa
- Penambahan hotel-hotel di sebelah barat stesen Shinagawa menjadikan kawasan yang kurang maju di bahagian timur stesen Shinagawa bangun dengan menjadi pusat perniagaan.
- Shinbashi
- Sebuah kawasan yang sangat rancak dengan kompleks bangunan-bangunan tinggi yang menjadi pintu jalan ke Odaiba dan Shiodome Shiosite.
- Shinjuku
- Lokasi bangunan-bangunan Kerajaan Metropolis Tokyo. Kawasan ini lebih dikenali sebagai bandar pertama pencakar langit, kerana telah berdiri seawal sekitar tahun 1970. Banyak jabatan stor-stor, stor elektronik, dan hotel boleh ditemui di sini. Disebelah bahagian timur Stesen Shinjuku, Kabukichō terkenal dengan kawasan kelab malamnya. Stesen Shinjuku dikatakan membawa 3 Juta pengguna setiap hari, menjadikan ianya sebagai tempat paling sibuk di dunia.
- Ueno
- Stesen Ueno menyediakan perkhidmatan kereta api ke bahagian utara Tokyo. Selain itu, kawasan ini menyediakan pelbagai jabatan-jabatan stor dan kedia di Ameyoko, taman Ueno, Zoo Ueno dan muzium negara.