(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Waktu awam - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Waktu awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam kegunaan masa kini, waktu awam memaksudkan skala waktu berkanun yang ditetapkan oleh lembaga awam ataupun waktu tempatan yang dinyatakan oleh jam. Waktu awam moden pada amnya merupakan waktu piawai dalam sesebuah zon waktu pada ofset (jurang waktu) yang ditetapkan dari Waktu Semesta Berkoordinat (UTC) ataupun Waktu Min Greenwich (GMT), tetapi mungkin juga dibetulkan oleh waktu jimat siang secara bermusim. UTC dihitung berasaskan jam atom dan diterima guna pada tahun 1972, sedangkan sistem-sistem yang lebih lama berasaskan pemerhatian melalui teleskop.

Dalam kegunaan astronomi tradisional, waktu awam merupakan waktu suria min yang dihitung dari tengah malam. Sebelum tahun 1925, waktu astronomi 00:00:00 bermaksud tengah hari, iaitu 12 jam selepas waktu awam 00:00:00 yang bermaksud tengah malam. Pejabat Almanak Nautika Diraja di United Kingdom menggunakan Waktu Min Greenwich (GMT) untuk kedua-dua kelaziman, maka timbulnya kemusykilan, sedangkan Pejabat Almanak Nautika di Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan GMT untuk kelaziman pra-1925 dan Waktu Awam Greenwich (GCT) untuk kelaziman pasca-1924 hingga 1952. Pada tahun 1928, Kesatuan Astronomi Antarabangsa memperkenalkan istilah Waktu Sejagat untuk GMT mulai waktu malam, tetapi kedua-dua Pejabat Almanak Nautika tidak menerimanya hingga tahun 1952.

Singkatan LCT boleh digunakan untuk Waktu Awam Tempatan (Local Civil Time) (cth. 16:15 LCT), tetapi kadang-kadang juga kelihatan format 16:15L.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]