Wikipedia:Calon rencana pilihan/Mac 2017
Ayam (Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies kepada ayam hutan merah. Ayam merupakan antara haiwan bela jinak yang paling umum dan meluas sekali dengan jumlahnya melebihi 19 bilion ekor setakat tahun 2011. Manusia membela ayam terutamanya sebagai sumber makanan dalam bentuk daging mahupun telurnya.
Kajian genetik menunjuk ke arah pelbagai asal-usul sakanya di Asia Selatan, Tenggara dan Timur, bahkan dengan kladnya ditemui di benua-benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Afrika yang berasal dari subbenua India. Dari Indialah ayam bela jinak diimport ke negara Lydia di barat Asia Minor, kemudian ke Yunani (Greece) menjelang abad ke-5 SM. Unggas sudah dikenali di Mesir sejak pertengahan abad ke-15 SM, dengan kedatangan "burung yang beranak setiap hari" ke Mesir dari tanah di antara Syria dan Shinar, Babylonia, menurut babad Thutmose III. Genom ayam kurang sekali berubah daripada leluhur berbulu pelepah yang terhapus oleh peristiwa kepupusan Kapur–Paleogen berbanding genom dinosaur avian ("keburungan") yang telah dijujukkan setakat ini. (Rencana penuh...)