(Translated by https://www.hiragana.jp/)
The Wayback Machine - https://web.archive.org/web/20071013131610/http://data.ppk.kpm.my:80/article.cfm?id=110
Developer's Edition - NFR mySchoolNet
 Menu Pentadbir
13/10/2007  
Login
Daftar
Email Kami
7
Edisi Khas
Kurikulum
Hal Ehwal Murid
Kokurikulum
Kewangan
Pentadbiran
Inovasi Pentadbiran
Bicara VIP
Daripada Guru Pakar
Projek Pintar
Maklum balas
Maklum balas PPSMI
Hubungi Kami

Kementerian Pendidikan Malaysia
 
Daftar untuk mendapatkan berita terkini.
 

 

Hal Ehwal Murid > Pekeliling HEM
Surat Pekeliling Iktisas Bil:7/2003
Kuasa Guru Merotan Murid
Sharbi
 

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

 

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan,

 

Surat Pekeliling Iktisas Bil.7/2003

Kuasa Guru Merotan Murid

 

 

Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama. Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, DI BAWAH ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas bahawa:

 

Peraturan 6.

 

Guru besar sesebuah sekolah boleh dari masa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorangpun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu:

 

2.         Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu digunakan oleh pihak sekolah dengan mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang sama:

 

 

Peraturan 5

 

(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat:

 

Dengan syarat bahawa –

 

(a)        hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan

 

(b)        hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan ataupun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

 

(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikuti bentuk yang diluluskan oleh pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tanda tangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.

 

 

3.         Dalam melaksanakan hukum rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid. Guru-guru yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberikan pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. Dalam konteks sekolah, merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada mereka yang tidak berdisiplin.

 

 

4.         Hukum rotan di khalayak ramai sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap perkembangan keperibadian seorang murid. Bersama-sama surat ini disertakan contoh Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan (Lampiran A) sebagai panduan.

 

 

5.         Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada pegawai-pegawai yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri , Pejabat Pendidikan Bahagian/ Daerah dan semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Tuan.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

 

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

 

 

 

  

 

 

 

LAMPIRAN B

 

 

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN

YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN

 

 

Bil.

JENIS KESALAHAN

JENIS HUKUMAN

1.

* Kesalahan Berat

Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (Maksima 3 kali sebatan)

2.

** Kesalahan Sederhana

Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan

(maksima 3 kali sebatan)

3.

*** Kesalahan Ringan

Diberi amaran dan sesi kaunseling

 

 

* KESALAHAN BERAT

 

1.          Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.

2.          Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan       
             dadah.

3.          Membawa, menyimpan, menghisap, atau mengedar bahan tembakau.

4.          Membawa, meminum, menyimpan, atau mengedar  minuman keras atau            
             sebarang benda yang memabukkan atau kekerasan.

5.          Menyebabkan/ melakukan pergaduhan atau kekerasan.

6.          Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/
             pengawas/ murid.

7.          Biadap terhadap guru /pengawas/ murid.

8.          Memeras ugut guru/ pengawas / murid.

9.          Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

10.        Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.

11.        Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

12.        Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

13.        Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah,
             atau pita rakaman dan multimedia terlarang.

14.        Membabitkan diri dalam kumpulan haram.

15.        Mencabul kehormatan guru / murid.

16.        Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.

17.        Melacur/ menjadi bohsia/ bohjan/ pondan.

18.        Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.

19.        Mengintai murid lelaki/ perempuan.

20.        Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.

21.        Merosakkan harta benda sekolah / guru.

22.        Membawa atau menggunakan bahan letupan.

23.        Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.

24.        Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

25.        Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.

26.      Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau   mengganggu pengajaran dan pembelajaran / peperiksaan atau ujian.

27.       Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa bertentangan dengan masyarakat Malaysia.

28.       Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

29.       Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.

30.      Menggangu/ menjejaskan kuasa Guru Besar/ Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.

31.        Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.

32.        Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.

33.        Mengeluarkan kata-kata lucah.

34.        Melakukan hubungan yang dicurigai.

35.        Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam ketegori ini.

 

 

 

*** KESALAHAN SEDERHANA

 

1.         Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.

2.        Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan eletrik sekolah tanpa kebenaran.

3.         Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

4.         Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/ peperiksaan.

5.         Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

6.         Tidak menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata sekolah, negeri dan kebangsaan.

7.         Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/ skin head atau berwarna.

8.         Menconteng pada harta benda sekolah.

9.        Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindek telinga dan memakai subang berlebihan daripada satu pada satu cuping telinga.

10.        Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam ketegori ini.

 

 

*** KESALAHAN RINGAN

 

1.         Menyimpan misai, janggut atau jambang.

2.         Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.

3.         Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan tertentu.

4.         Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.

5.         Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.

6.         Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.

7.       Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

8.         Menggunakan alat hiburan atau eletronik sekolah tanpa kebenaran.

9.         Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.

10.        Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.

11.        Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.

12.        Makan atau minum di bilik darjah.

13.        Melakukan pembaziran elektrik.

14.        Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.

15.       Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).

16.        Datang lewat ke sekolah.

17.        Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.

18.        Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.

19.        Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.

20.        Berjalan-jalan tanpa kebenaran.

21.        Tidak membuat gerakerja yang ditugaskan.

22.        Menganggu kawasan.

23.        Menganggu guru.

24.        Lewat masuk ke kelas.

25.        Mengotorkan kelas.

26.        Tidak duduk setempat.

27.        Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam ketegori ini.

 

 


Related Articles:

Composed: 09/08/2005 | Modified: 09/08/2005
Selamat Datang..

Yang menarik
Edisi Khas
- Masalah di sekolah - Alimuddin mahu sekolah telus

 Agenda Semasa
 

 ©2000 - 2003 Hak Cipta Terpelihara Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia.