(Translated by https://www.hiragana.jp/)
vol17a
The Wayback Machine - https://web.archive.org/web/20090803075218/http://www.geocities.com:80/kenshiroe/vol17a.htm

   

 

 

Perbincangan mengenai Asal usul Kedayan part 3

BANGSA KEDAYAN vs “ORANG BRUNEI”

Bagi orang orang Nusantara, perkataan melayu merujuk kepada dan hanya; mereka yang mendiami kota kota metropolitan dan kota pelabuhan. Kota ini adalah merujuk kepada Kota Betawi, Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jambi, Pelembang, Riau, Banjarmasin, Berunai dan lain lain. 

Kota kota ini adalah berbeza dengan masyarakat desa yang lain kerana pelbagai sebab. Pertama golongan utama yang mendiami kawasan ini adalah golongan elit yang memerintah, pentadbir utama kerajaan, masyarakat pedagang yang bersifat antarabangsa dan para pekerja yang datang dari pelusuk desa. Kedua mereka membawa segala bentuk bahasa suku yang caca merba dan berasas kepada bahasa Sanskrit serta  bahasa luar terutama Arab, Portugis, English, Cina dan India. Ketiga pengaruh budaya dan agama Islam yang kemudian diwarnai oleh mereka sendiri sehingga berbeza dari kawasan kawasan lain. 

Contoh utama yang terdekat dan paling baru ialah Kuala Lumpur walaupun ia bukan kota pelabuhan utama. Pada asalnya ia dihuni oleh beberapa penduduk asli dan pendatang dari larut, Perak. Kemudian orang Minangkabau menyusul. Tidak lama kemudian datang orang Cina dan Bugis dan penduduk dari tempat lain. Keadaan ini mewujudkan identiti baru dari segi bahasa iaitu "slang KL". Walaupun anda dari Sabah, anda adalah tertakluk kepada aturan "common language" ini apabila berada di sana. Sekiranya anda benar benar berhijrah kesana, cucu cicit anda cuma akan merujuk diri mereka sebagai anak jati KL, bukan penghijrah dari Sabah.

Jadi kenapa dipanggil "melayu"? Ini berpunca kerana tiada asas tertentu yang boleh dipanggil kepada mereka. Pertama rupa susuk tubuh mereka adalah berbagai bagai. Dari pendek dan gelap seperti orang asli, berhidung memek, sawo matang, bermata sepet, bundar, sehinggalah mirip kepada orang Arab dan Eropah. Tetapi mereka tinggal setempat dan  bahasa yang caca merba yang tidak mempunyai nahu tertentu dan boleh ditunggang terbalikkan sesuka hati, tetapi amat popular. Di pelabuhan dan di pasar, ianya dituturkan sejauh Port Said di Afrika. Lebih dari itu mereka adalah penganut Islam.

Tetapi mereka tetap berbeza dengan masyarakat desa nusantara. Perkataan melayu ini memang sesuai dengan masyarakat kota, dan kemudiannya digunakan oleh ahli antropologi untuk mengkelaskan rumpun rumpun orang yang tinggal di Nusantara. Tetapi sehingga kurun ke duapuluh "melayu" tidak dianggap merujuk kepada diri orang nusantara secara global.

Memang ada dihikayatkan Hang Tuah ( kurun ke 16) menyatakan bahawa "Tak Melayu Hilang Di dunia" tetapi kita harus ingat bahawa hikayat berkenaan dikarang pada kurun ke 17 -18 iaitu setelah kerajaan melaka tumbang. Pernyataan ini lebih merujuk kepada rasa hati pengarang untuk melihat kerajaan kerajaan kota yang lain mengikat diri mereka secara global bagi menghadapi kuasa penjajah.

Hakikatnya, semua orang Nusantara merujuk ; DAN lebih senang merujuk diri mereka sebagai orang dari mana mereka berasal. Contohnya Penduduk Melaka menyatakan mereka sebagai orang Melaka bukan orang melayu, orang Aceh merujuk kepada penduduk Aceh; Lun Bawang, Lun Dayeh, Orang Champa, Orang Jawa, Orang Sunda, Orang Ambon, Orang Minang, Orang Madura dan...........Orang Berunai!

Tetapi terdapat juga beberapa pengecualian. Di Maluku misalnya penduduknya lebih suka dikenali dengan nama Bugis. Begitu juga dengan Orang Dayak, Tausug, dan Bajau. Ini kerana mereka mempunyai kebanggaan terhadap diri mereka lebih dari kebanggaan kepada negara kota mereka.

Namun, diseluruh Nusantara ini tiada satu bangsa pun yang dikenali sebagai bangsa kerana jawatan dan fungsi mereka, kecuali KEDAYAN!

Proses perkembangan metropolitan telah , secara beransur ansur mewujudkan "Orang Berunai". Kebanggaan kerajaan pula membuatkan mereka dikenali sebagai "bangsa Berunai". Tetapi Kedayan adalah wujud sebagai bangsa kerana mereka menjadi perwira, hulubalang dan pahlawan. Mereka dari awal mengikat diri mereka atas rasa setiakawan, pengorbanan serta kebanggaan diri kerana digelar kedayan. Rasa kehormatan ini jauh melangkaui tempat di mana mereka berpijak dan berkhidmat dan mereka tidak digelar sebagai orang Berunai sehingga sekarang. 

BIIK BIIK

END

[HOME]

Asal Usul Kedayan: MAJAPAHIT ATAU BORNEO?

Tertarik dengan perbincangan Sdr Biik Biik dengan Sdr Aaron, di sini saya juga ingin mengongsi pendapat peribadi saya dengan saudara. Memang terdapat ramai pengkaji sejarah, sama ada dari Barat, terutamanya Prof. Collin dan Prof. Maxwell melihat kemungkinan yang amat besar orang Kedayan berasal dari Jawa atau Sumatera, bergantung kepada sumber masing masing. 

Disamping itu, sebab mereka datang ke Borneo juga adalah pelbagai samada kerana mengiringi perkahwinian hinggalah kerana kalah didalam pertandingan sabung ayam. Tetapi semua setuju bahawa Kedayan lahir sebagai bangsa kerana  fungsi mereka sebagai pahlawan.

Walaupun saya tidak begiru mahir di dalam penulisan sejarah, saya ingin menarik perhatian saudara saudara mengenai beberapa fakta semasa yang ada di Borneo sendiri.

Pertama, mengenai bangsa kita, Kedayan itu sendiri. Sila maklum bahawa  terdapat beberapa bangsa lain yang amat mirip dengan kedayan dari segi nama di Borneo ini.

1. Orang Kedayan - Mereka ini dikenali juga sebagai KEDAYAN (ejaan yang paling popular),KADAIAN, KADAYAN, KADIAN, KADIEN, KADYAN, KARAYAN, KEDYAN,  KEDIEN dan KERAYAN. Bangsa mereka tergolong ke dalam Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Sundic, Malayic, Malayan, Local Malay. Pertuturan mereka pula adalah 73% to 84% persamaan dengan melayu baku.

2.Orang Kahayan - Mereka juga dikenali sebagai KAHAIAN dan KAHAJAN. Bangsa mereka tergolong ke dalam Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Barito, Barat dan Selatan dan berkaitan dengan bahasa Ngaju, Katingan, and Bakumpai. 

3. Orang Kembayan - Mereka tinggal bersempadan dengan Sarawak /Indonesia di sekitar Balaikarangan, Kembayan dan Sungai Landak River. Mereka adalah tergolong kedalam Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Borneo, Land Dayak. 

4. Orang Kendayan - Mereka juga dikenali sebagai orang BAICIT, KENDAYAN-AMBAWANG dan Dayak KENDAYAN DAYAK serta tinggal di Kalimantan Barat, Tenggara Bengkayang di Kawasan Ledo sehingga ke kawasan hutan  Madi and Papan. Bangsa mereka adalah tergolong ke dalam bangsa Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Sundic, Malayic, Malayic-Dayak. 

Tiada siapa, termasuk saya sendiri yang mengaku bahawa keempat empat bangsa ini adalah sama, tetapi persoalannya, kenapa nama keempat empat bangsa berkenaan begitu hampir diantara satu sama lain?

Keduanya dari segi bahasa. Kaitan yang amat rapat antara beberapa bangsa lain secara khusus. Kita tahu dari kajian, bahasa kedayan adalah begitu hampir, sehingga 84% mendekati bahasa melayu baku.Pakar bahasa, Prof Nik Safiah Karim pernah menyebut "...bahasa kedayan lebih senang difahami berbanding dengan bahasa melayu kelantan" (sudah tentu!). 

Tetapi amat menghairankan bahawa bahasa kedayan diguna secara meluas di Indonesia terutamanya di daerah Kutai. anak Kedayan yang pernah berkunjung ke sana mengatakan bahasa mereka adalah  100% menyamai bahasa yang kita tuturkan di Malaysia.

Di sana, mereka tidak menggelarkan diri mereka sebagai kedayan malah mereka tidak tahu yang di dunia sebelah sini saudara mereka adalah dikenali sebagai kedayan. Bagi mereka, mereka hanyalah orang melayu yang miskin, dan merupakan saki baki suatu kerajaan yang besar di masa lalu. pecahan mereka adalah seperti berikut

Orang Berau

Mereka juga dikenali sebagai orang Berau, Orang Merau. Pada tahun 1981 jumlah mereka dianggarkan 20,000 orang, tinggal di Kawasan pantai ke arah timur dari Tanjungreder dan muaralimau di utara, dan sipinang di selatan.

Orang Tenggarong

Mereka juga dikenali sebagai orang Kutai. Merek dianggarkan berjumlah 210,000 orang pada tahun 1981.Pecahan petempatan mereka adalah seperti berikut 100,000 di Tenggarong, 60,000 di Ancalong, 50,000 di utara Kutai. Ini termasuklah kawasan sungai Mahakam , Kawasan dari Sipinang dan Tg. Mangkalihat diutara sehingga ke Muarabadak dan Samarinda di Selatan. 

Orang Melayu dari KOTA BANGUN KUTAI  

Mereka berjumlah kira kira 80,000. Mereka tinggal di kawasan tengah sungai Mahakam. Agak berbeza dari orang Tenggarong kerana orang tenggarong mengamalkan tiga dialek utama, tetapi agak dekat dengan orang utara kutai dan masih sama dengan orang kedayan.

Orang Bukit

Mereka juga dikenali sebagai orang melayu , orang meratus. Berjumlah 50,000 orang pada tahun 1981 dan tinggal di kawasan Timurlaut, Sungai Sampanahan dan Limbungan. Mereka kuat mengamalkan amalan kebatinan.

Sekarang timbul masalah baru; Orang Banjar!

Mengikut kajian pada tahun 1993, jumlah orang Banjar di seluruh Kalimantan berjumlah 3 juta orang, dan mereka pernah mempunyai kerajaan yang kuat, tetapi tertakluk di bawah kekuasaan Kutai sehingga kurun ke 19. Ahli antropologi sependapat bahawa; bahasa mereka dipengaruhi oleh bahasa Jawa dan mereka telah bertapak di Kalimantan selama 800 hingga 1000 tahun. Menurut mereka lagi, Orang Banjar terpisah terpisah dari Kedayan sekurang kurangnya sejak 400 tahun yang lepas.

Perkara ini perlu kajian yang jauh, yang lebih jauh dan amat berhati hati! 

Jika betul, sejarah bangsa Kedayan sebenarnya lebih lama dari Kerajaan Berunai itu sendiri. Harus diingat, Kerajaan Kutai adalah kerajaan yang pertama di Nusantara iaitu bertapak pada tahun 400 iaitu kurun pertama selepas masihi. Sedangkan, kerajaan Brunei hanya wujud seawal awalnya akhir kurun ke 14 sesudah masihi. Malah, Kutai lebih awal dari kewujudan Majapahit di Jawa.

Sehingga kurun ke ke 19 Kerajaan Banjar masih membayar ufti kepada kerajaan yang kuat ini. Persamaan bahasa dengan orang Jawa tidak bermaksud mereka datang dari Jawa, tetapi kerana saki baki tinggalan bahasa kerajaan Kutai Tua yang mengamalkan agama Hindu dan berbahasa Sanskrit! 

Di Sini saya mengirimkan satu artikel mengenai kerajaan Kutai untuk pihak anda siarkan jika berkenaan.

KEDAYAN BAANG LUBUK BAANG ANTAU

ARIMI SIDEK

SU Penerangan KEDAYAN

END

[HOME]

The Kutai Empire

Kutai Palace

 

Kutai was the first existed Kingdom in Indonesia, located at the side of Mahakam River, East Kalimantan. Many relics have been found on that land. Particularly, the ancient inscriptions such as the "Yupas". Yupa is a monument, which had been used for the memorial of animal sacrifice. The letters that engraved on the Yupas was the "Pallawa". The Pallawa was also used by Hinduism in India. The Language of the Pallawa was the "Sansekerta". The Historians found that the Yupas are from the year 400 AD. The Yupas are the only evidence of the existence of the Kutai Empire.

The first King was "Kundungga". Kundungga had a son, named "Aswawarman". His name and his father's name were local names earmark. When Aswawarman became King, The Hinduism began to enter the local culture peacefully. Aswawarman had three sons. One of them was "Mulawarman". The name Mulawarman was the earmark of the Sansekerta, the Hinduism language from India.

The Hindu religion began more popular since the King himself had the Hindu as his religion. Mulawarman was the generous King. Kutai had become very rich and prosperous under his commands. Those Yupas had been built during Mulawarman period to honor him. One of the Yupa told us about Mulawarman as the great, noble, and generous King had ever lived.

The location of the Kutai palace has become a town, named Tenggarong. The palace is still exist and became a national museum.

END

[HOME]

YB Datuk Sapawi Hj Ahmad gagal menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

10 Nov 2000- Kota kinabalu; YB Datuk Sapawi Hj Ahmad, ADUN Sindumin alah batanding njadi Ahli Pelbaga Pengarah LPP. Liau ndapat 66 undi nganya, nomboo 10 dai samuha calon calon yang batanding kuusi LPP atu. Sdr Nazri Abdullah luih Undi paling banyak , 155. Jadi sakali lagi Sdr Nazri kakal jadi Pengerusi LPP kan sesi 2000-2002. Sinarai samuha yang manang macamani

Nazri Abhullah 155 undi

Mohd Jannes G.Linggau 138 undi

Datuk Sairin Karno 120 undi

Faimin Kamsil 118 undi

Honorius Basion 115 undi

Dr Juanis Yajuni 111 undi

Hj Abd Rahman Kassim 101 undi

Roger L Dunstant 101 undi

Sisamdin Bugun 99 undi

Engkek- inda apa tu datuk, batanding lagi ai lain

Sipalui- jadi panaung inda dapat kah?

END

[HOME]

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
1