Catur
Catur (Jawi: چاتور ) adalah sejenis permainan papan, rekreasi dan berdaya saing yang dimainkan di antara dua pemain. Permainan catur berasal dari India dan tersebar ke Eropah dimana peraturannya diubahsuaikan dalam keadaan terkini. Sekarang, permainan catur merupakan permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh jutaan manusia di seluruh dunia samada di rumah, di kelab-kelab catur, dalam talian, surat menyurat, dan di dalam pertandingan.
Pemain | 2 |
---|---|
Masa penyediaan | Lebih kurang 1 minit |
Masa permainan | Permainan biasa tanpa kawalan masa biasanya berakhir kira-kira 10 hingga 60 minit; perlawanan catur biasanya berakhir daripada kurang daripada sepuluh minit (Catur kilat) hingga enam jam atau lebih. |
Peluang rawak | Tiada |
Kemahiran yang diperlukan | Taktik, Strategi |
Catur dimainkan pada papan bersaiz 8 x 8 petak, memberikannya 64 petak yang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 catur di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak, dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.
Satu pemain mengawal kepingan putih dan pemain lain mengawal kepingan hitam; pemain yang mengawal putih selalunya pemain pertama untuk gerak. Dalam catur, apabila pemain raja adalah secara terus diancam dengan tangkapan oleh satu atau lebih dari kepingan pihak lawan, pemain ini dikatakan ke dalam check atau syahmat. Bila dalam syahmat, hanya gerakan yang boleh mengelakkan syahmat, sekat syahmat, atau mengambil kepingan pihak lawan adalah dibenarkan. Objek permainan ini adalah untuk syahmat pihak lawan; ini berlaku apabila pihak lawan raja adalah dalam check, dan tiada gerakan boleh dibuat yang bakal mengelakkannya.
Pengenalan
suntingCatur adalah permainan yang paling popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak; kerana sebagai suatu "seni mempertahankan diri" menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan kompetitif di kelab-kelab, pertandingan, dalam talian, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi permainan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di China, shogi di Jepun, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.
Setiap pemain yang masih baharu dalam permainan catur ini haruslah mengenali terlebih dahulu peraturan-peraturan permainan, dan kemudian strategi-strategi permainan yang telah dirangkakan oleh pencatur-pencatur profesional dan juara-juara dunia yang terdahulu. Ini sangat membantu kebanyakan pemain agar tidak sesat di pertengahan permainan dan sekali gus memerangkap dirinya sendiri.
Cara permainan
suntingPersiapan
suntingBuah catur terdiri dari dua set berwarna hitam dan putih. Satu set terdiri dari 16 buah yang hanya bisa menempati satu petak:
- 8 buah biduk - di hadapan
- 1 raja - sebelah kanan pemain
- 1 menteri - sebelah kiri pemain
- 2 gajah
- 2 kuda atau satria
- 2 benteng atau tira
-
Raja
-
Menteri
-
Gajah
-
Kuda
-
Benteng
-
Bidak/Pion
-
Raja
-
Menteri
-
Gajah
-
Kuda
-
Benteng
-
Bidak/Pion
Memulakan
suntinga | b | c | d | e | f | g | h | ||
8 | 8 | ||||||||
7 | 7 | ||||||||
6 | 6 | ||||||||
5 | 5 | ||||||||
4 | 4 | ||||||||
3 | 3 | ||||||||
2 | 2 | ||||||||
1 | 1 | ||||||||
a | b | c | d | e | f | g | h |
Nama | Huruf | Gambar |
---|---|---|
Bidak | Pawn | |
Satria | Knight | |
Gajah | Bishop | |
Tir | Rook | |
Menteri | Queen | |
Raja | King |
Strategi dan taktik
suntingCatur jauh
suntingLa adalah modaliti permainan catur di mana pemain tidak berada di hadapan papan lain di tengah, tetapi di tempat yang jauh. Modaliti ini telah diamalkan sejak abad ke-18. Cara penyampaian drama telah berubah apabila komunikasi telah bertambah baik. Pada mulanya utusan digunakan, tetapi dengankemunculan setem pos, surat atau poskad mula digunakan. Telegraf dan telefon digunakan sebagai alternatif. Kemudian ia akan menjadi faks dan, lebih baru-baru ini, e.mel yang akan membawa kelajuan dan kecekapan.
Organisasi
suntingMasa berfikir bagi setiap pergerakan diukur dalam hari dan permainan boleh bertahan beberapa minggu, bulan atau tahun.
Organisasi antarabangsa pertama yang menyelia catur jarak jahur telah ditubuhkan pada tahun 1928. Pada tahun 1987 Cawagan Catur Surat-menyurat Persekutuan Catur Singapura telah diasaskan, atas inisiatif Helmut Glaser.
Glaser, seorang Jerman yang berpindah ke Singapura atas sebab kerja, berusaha menghubungi persatuan catur surat-menyurat tempatan untuk bermain, tetapi apabila ia tidak wujud, dia mendekati Persekutuan Catur Singapura, untuk menarik minat mereka untuk menciptanya. Cadangan beliau diterima serta-merta oleh Presiden Wong Yip Chong dan diskong oleh pemain negara yang paling terkemuka.
Glaser menemui seorang penganjur aktiviti yang bersemangat di Mong Lin Wang dan menawarkan jawatan Pengerusi CCS kepadanya, yang diterimanya.
Sejarah
suntingPeristilahan
suntingKata catur diambil dari kata bahasa Sanskrit berbunyi sama (चतुर ) yang bererti "empat", lebih tepat lagi singkatan dari chaturanga (चतुरङ्ग ; caturaṅga) atau "empat sudut".[1] Di India kuno permainan catur memang dimainkan oleh empat peserta yang berada di empat sudut yang berbeza. Hal ini lain dari permainan catur moden di mana pesertanya hanya dua orang saja.
Perkembangan
suntingBanyak negara mendakwa merekalah merupakan negara asal catur dalam bentuk yang tersendiri. Walau bagaimanapun, ahli sejarawan berpendapat bahawa catur sebenarnya berasal dari Iran purba, ia menjangkau dunia purbakala. India (dulu dikenali sebagai Hindustan), Pakistan dan Afghanistan adalah beberapa negara diberikan sebagai contoh.
Pembenaran
suntingTerdapat laman-laman web yang dikendalikan oleh evangelis Kristian (seperti Answering Islam) yang membuat dakwaan bahawa Rasulullah S.A.W. dan Islam mengharamkan permainan catur[perlu rujukan].
Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi mengatakan makruh dan sebilangan lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan hadis-hadis berkaitan dengan permainan catur tetapi apa yang nyata adalah permainan catur ini menular di kalangan penganut agama Islam setelah pengislaman negara Parsi bermula dalam 637M iaitu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi beranggapan hadis-hadis yang disebutkan mengenai permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum penaklukan negeri Parsi.
Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur. Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan daripada nard (backgammon) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh wang bermain catur).
Sahabat-sahabat lain dan ulama-ulama yang mengikut semasa dan selepas Khulafa al-Rasyidin seperti Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisham bin Umrah, dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan catur. Asas kebenaran adalah catur tidak melibatkan pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran dan strategi.
Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-perkara berikut dijaga oleh pengamalnya. Pertama ia, tidak dilekakan sehingga meninggalkan solat serta tidak melibatkan pertaruhan [[wang].[2]
Rujukan
suntingNota kaki
sunting- ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 384. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 49–50.
- ^ "salinan arkib" (dalam bahasa Arab). IslamOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-11. Dicapai pada 2018-11-17.
Bacaan lanjut
sunting- Dunnington, Angus (2003). Chess Psychology: Approaching the Psychological Battle Both on and Off the Board. Everyman Chess. ISBN 978-1-85744-326-4.
- Fine, Reuben (1983). The World's Great Chess Games. Courier Dover Publications. ISBN 978-0-486-24512-6. OCLC 9394460.
- Hale, Benjamin (2008). Philosophy Looks at Chess. Open Court Publishing Company. ISBN 978-0-8126-9633-2.
- Kotov, Alexander (1971). Think Like a Grandmaster. B.T. Batsford Ltd. ISBN 978-0-7134-3160-5.
- Lasker, Emanuel (1960). Lasker's Manual of Chess. Dover. ISBN 978-0-486-20640-0.
- Mason, James (1947). The Art of Chess. Dover Publications. ISBN 978-0-486-20463-5. OCLC 45271009.
- Pachman, Ludek (1971). Modern Chess Strategy. Dover. ISBN 978-0-486-20290-7.
- Réti, Richard (1960). Modern Ideas in Chess. Dover. ISBN 978-0-486-20638-7.
- Rizzitano, James (2004). Understanding Your Chess. Gambit Publications. ISBN 978-1-904600-07-7. OCLC 55205602.
Pautan luar
suntingKetahui lebih lanjut tentang catur di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |