(Translated by https://www.hiragana.jp/)
K2 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

K2 ialah gunung ke-2 tertinggi di dunia. Terletak di bahagian Karakoram dari Himalaya antara Pakistan dan Republik Rakyat China; merupakan pergunungan kebangsaan di Pakistan. Tinggi pergunungan ini mencapai 8,611 meter (28,251 kaki). Kononnya, gunung ini lebih sulit didaki daripada Gunung Everest karena cuacanya yang buruk. K2 juga lebih tinggi di daerah sekitarnya bila dibandingkan dengan Everest. K2 dijuluki "Pergunungan Kejam" kerana hal ini. Pada tahun 2004, hanya 246 orang yang berhasil mendaki sampai ke puncak. Setidaknya 56 orang meninggal ketika mencuba mendakinya.

K2
Bahagian utara K2
Titik tertinggi
Ketinggian8,611 m (28,251 ka) Ke-2 tertinggi (Ke-1 di Pakistan)
Tonjolan4,017 m (13,179 ka)  Ke-22
Pengasingan1,316 kilometer (818 bt)
Senarai8 ribuan
Puncak Tujuh Kedua
Titik tinggi negara
Ultra
Geografi
LokasiPakistan Pakistan Utara
Republik Rakyat China Wilayah Autonomi Tajik Tashkurgan, Xinjiang, China
Induk banjaranKarakoram
Pendakian
Pendakian pertama31 Julai 1954
Itali Achille Compagnoni
Itali Lino Lacedelli
Laluan paling mudahPendakian batu/salji/ais

Nama tidak rasmi untuk K2 ialah Gunung Godwin Austen, dinamai dari nama orang yang pertama kali memanjatnya. Selain itu gunung ini juga dinamai Qogir (diturukan dari Chogori), Lamba Pahar, Dapsang, Kechu, Ketu, dll.