(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Sukhoi Su-30 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Sukhoi Su-30

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5645718 pada 20:20, 15 Ogos 2022 oleh CommonsDelinker (bincang | sumb.) (Bot: Menggantikan Szu-30.svg dengan Sukhoi_Su-30_3-view_line_drawing.svg.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Sukhoi Su-30
Su-30 MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
Peranan Pesawat penguasaan udara, Pesawat penyerang
Negara pengeluar  Rusia
Pengeluar Sukhoi
Penerbangan sulung 1989
Mula digunakan 1996
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Tentera Udara India
Tentera Udara Algeria
Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat
Kos seunit AS$ 33-45 juta
Dibangunkan dari Sukhoi Su-27
Kelainan Sukhoi Su-30MKI
Sukhoi Su-30MKK

Sukhoi Su-30 (nama pengenalan NATO "Flanker-C") merupakan sebuah pesawat tentera lincah yang dibangunkan oleh Sukhoi Aviation Corporation, Rusia dan mula berkhidmat pada tahun 1996. Pesawat ini merupakan pesawat penguasaan udara yang mana juga berupaya untuk melaksanakan misi serangan darat.

Pesawat ini merupakan pesawat tingkat upaya daripada Su-27UB dan mempunyai beberapa variasi. Pesawat siri Su-30K dan Su-30MK membawa kejayaan komersil. Variasi pesawat ini dikeluarkan oleh KnAAPO dan IRKUT Corporation, kedua-duanya adalah syarikat di bawah naungan kumpulan Sukhoi Aviation Corporation. KNAAPO mengeluarkan Su-30MKK dan Su-30MK2, yang mana direka dan dijual kepada China. IRKUT Corporation pula mengeluarkan pesawat jarak jauh, pelbagai fungsi siri Su-30MK. Siri-sirinya termasuk Su-30MKI yang dibangunkan untuk Tentera Udara India. Singkatan MKM, MKA dan MKV pada versi Su-30MK adalah masing-masing merujuk kepada Malaysia, Algeria dan Venezuela.

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Pesawat pemintas jarak jauh Su-27PU

[sunting | sunting sumber]

Walaupun pesawat asal Su-27 mempunyai jarak operasi yang baik, ia belum cukup untuk melaksanakan beberapa tugas pertahanan udara seperti yang dikehendaki oleh PVO Strany ("PVO" merujuk kepada "Protivo-Vozdushnaya Oborona" — "Pertahanan Udara") yang mana meliputi kawasan yang luas yang merentasi Kesatuan Soviet. Oleh sebab itu, pembangunan dimulakan pada 1986 pada Su-27PU, iaitu variasi tingkat upaya untuk Su-27 yang bertindak sebagai pesawat pemintas jarak jauh atau pusat kawalan udara. Pesawat latihan tempur 2 tempat duduk, Su-27UB pula dipilih sebagai asas untuk Su-27PU, disebabkan ia mempunyai keupayaan pesawat satu tempat duduk, Su-27 manakala misi jarak jauh memerlukan 2 anak kapal. Pesawat prototaip (konsept terbukti) diterbangkan pada 6 Jun, 1987, dan kejayaan ini telah memulakan kerja-kerja pembangunan pesawat prototaip 2 tempat duduk, Su-27PU. Pesawat prototaip pertama, Su-27PU terbang di Irkutsk pada 31 Disember, 1989, dan pesawat pertama daripada 3 pesawat diterbangkan pada 14 April, 1992.

Untuk menyesuaikan pesawat Su-27UB dengan tugasan barunya, pesawat ini telah dilengkapkan dengan prob pengisian minyak di udara jenis boleh ditarik semula untuk menambah jarak operasi; prob ini dipasang pada bahagian sisi kiri muncung dan sebagai penyelesaian IRST telah diubah ke bahagian kanan.

Sistem avionik pesawat juga ditukar, alat panduan dan komunikasi khas dipasang untuk kawalan formasi penerbangan pada pesawat pemintas satu tempat duduk, Su-27. Kokpit belakang pula dilengkapkan dengan paparan CRT yang memberi maklumat taktikal kepada Ketua Formasi berkenaan sasaran dan pesawat pemintas. Sistem navigasi dan terbang dengan wayar juga ditingkat upaya. Ia telah dilengkapkan dengan radar NIIP N001 terkini, yang mana berkeupayaan untuk melakukan serangan udara-ke-darat dan menjejak dan memusnahkan beberapa sasaran udara secara serentak.

Sukhoi juga menawarkan Su-27PU yang boleh bertindak sebagai "pengawal pesawat", seolah-olah mini-AWACS, dengan krew belakang bertindak menggunakan radar dan rangkaian data untuk mengawal pesawat-peswat lain. Walau bagaimanapun, PVO Strany tidak berminat untuk membeli Su-27PU. Kesemua nasib 5 buah pesawat Su-27PU, dengan memakai pengenalan baru "Su-30", berakhir dengan digunakan sebagai pesawat latihan bersama PVO Strany. Penghantaran pesawat ke pangkalan latihan lanjutan Regimen Pemintas Udara ke-54 bermula pada tahun 1996.

Pesawat ini dilengkapi dengan brek udara di belakang kokpit.

Reka bentuk

[sunting | sunting sumber]

Variasi 2 tempat duduk Su-30M pelbagai peranan telah dicadangkan untuk kegunaan Rusia dan beberapa unit mungkin telah dibina pada pertengahan-1990-an untuk penilaian.

  • Sukhoi mencadangkan versi export, Su-30MK, di mana "MK" bermaksud "Modernizirovannyi Kommercheskiy" (Komersil Dimodenkan). Sukhoi telah mempamerkan Su-30MK di Pertunjukan Udara Paris pada 1993.
  • Versi Su-30MK yang lebih berkuasa, dibina semula daripada pengeluaran pertama Su-27PU, telah dipamerkan pada 1994.

Pesawat tempur pelbagai fungsi berprestasi tinggi

[sunting | sunting sumber]

Pesawat Su-30MK berupaya untuk melaksanakan misi tempur yang pelbagai yang jauh daripada pangkalan, dalam sebarang keadaan cuaca, persekitaraan serakan yang tinggi, pada waktu siang atau malam.

Pesawat MRCA Su-30MK ini dipasang dengan segala kelengkapan tempur dalam semua senario untuk kombat operasi dan taktikal, daripada tugas-tugas pertempuran udara (iaitu mendapatkan penguasaan udara, pertahanan udara, rondaan udara dan pengiring) hingga serangan darat, menumpaskan pertahanan udara musuh, larangan udara, sokongan udara dekat dan serangan maritim. Selain itu, pesawat Su-30MK boleh melaksanakan ECCM dan tugas amaran awal, seperti bertindak sebagai arahan dan kawalan ke atas sekumpulan aset tempur udara yang melaksanakan misi bersama.

Sudut serangan

[sunting | sunting sumber]

Tatarajah aerodinamik bagi pesawat Su-30MK sangat tidak stabil pada kedudukan longitude triplane. Untuk meningkatan kecekapan lonjakan dan pengendalian pesawat, kanard dipasang pada pesawat. Kanard ini akan melencong secara automatik untuk memastikan pesawat berada dalam keadaan terkawal semasa pesawat dalam serangan sudut yang tinggi. Kanard bagaimanapun hanya dipasang pada sesetengah model kelainan Su-30 sahaja sebagai contoh Sukhoi Su-30MKI.

Manuver Ular Tedung Pugachev

[sunting | sunting sumber]

Konfigurasi aerodinamik bersepadu, yang digabungkan bersama dengan keupayaan Kawalan Tujahan Vektor, menghasilkan kebolehan manuver yang sukar dijangka dan ciri-ciri unik semasa berlepas dan mendarat. Dilengkapkan dengan sistem digital terbang-dengan-wayar, pesawat Su-30MK boleh melakukan manuver-manuver yang rumit. Ini termasuk manuver Ular Tedung Pugachev dan Loceng yang terkenal. Semasa melakukan manuver balik-kuang, pesawat ini melakukan pusingan 360-darjah dalam satah mencerun tanpa kehilangan altitud. Dalam manuver pusingan mendatar terkawal, pesawat ini boleh melakukan beberapa pusingan penuh pada satah mendatar, dengan pecutan sifar, secara tiba-tiba.

Jana kuasa

[sunting | sunting sumber]

Pesawat Su-30 dijanakan oleh gabungan 2 unit enjin Saturn AL-31FP turbofan bersaluran rendah pembakaran lanjut yang menghasilkan kuasa tujahan pembakaran lanjutr berjumlah 25,000 kgf (245 kN). Ini menghasilkan Mach 2 kelajuan terbang mendatar, laju sebanyak 1,350 km/j di altitud rendah dan kadar pendakian sebanyak 230 m/s.

Dengan kapasiti tangki minyak normal sebanyak 5,270 kg, Su-30MK berupaya untuk melaksanakan misi serangan selama 4.5-jam dalam lingkungan jarak 3,000 km. Sistem pengisian minyak di udara menambah masa terbang sehingga 10 jam dan jarak operasi sehingga 8,000 km pada ketinggian meluncur di antara 11 hingga 13 km.

Keupayaan jarak jauh meningkatan pilihan penggunaan pesawat yang ketara. Pilihan misi berubah dari misi rondaan, mengiring pesawat pemintas jarak jauh dan serangan udara ke darat.

Kawalan tujahan vektor pepenjuru-2D

[sunting | sunting sumber]

Perbezaan sudut lencongan sebanyak ±15-darjah pada muncung tak simetri dan enjin (dengan kedudukan paksi pusingan pada sudut 32-darjah diantara satu sama lain) membolehkan kawalan tujahan vektor (TVC) dilakukan. Bergantung pada manuver yang ingin dilakukan, kecerunan muncung boleh diselarskan dengan atau diasingkan daripada kecerunan satah mendatar pada bahagian ekor pesawat.

Konfigurasi 2 tempat duduk

[sunting | sunting sumber]

Konfigurasi pesawat 2 tempat duduk menyumbang kepada peningkatan keupayaan pesawat yang ketara. Ini disebabkan oleh pembahagian tugas di antara 2 anak kapal. Tugas juruterbang adalah menerbangkan pesawat, mengawal senjata dan melakukan manuver pertempuran udara, sementara itu pegawai sistem senjata (WSO) pula akan mengendalikan misil udara-ke-udara Jarak Melangkaui Penglihatan (BVR) dan misil panduan udara-ke-darat semasa pertempuran jarak jauh, mengawasi persekitaran taktikal untuk memastikan situasi terkawal serta melaksanakan tugas-tugas arahan-dan-kawalan dalam misi berkumpulan.

  • Radar: Sama ada radar N001VE, Phazotron N010 Zhuk-27 atau radar denyutan Doppler N011M BARS PESA. Berupaya untuk menjejak dan mengesan sehingga 15 sasaran udara, dan pada masa yang sama menyerang 4 daripadanya. Radar N011M BARS yang memaparkan resolusi 20 meter (65.6 kaki) dan menjejak sasaran besar pada permukaan laut pada jarak sehingga 400 km (248.5 batu), dan sasaran kecil pada jarak sehingga 120 km (74.5 batu).
  • Avionik lain termasuk sistem penglihatan-dan-navigasi optronik bersepadu bersama sistem navigasi laser giro, paparan yang dilekapkan di helmet, paparan lihat atas, LCD berwarna pelbagai dengan keupayaan percampuran imej dan GPS (sesuai untuk GLONASS/NAVSTAR).
  • Inframerah dan pod pandangan laser untuk mengesan dan menyerang sasaran kecil di darat boleh diperolehi untuk pemasangan. Pesawat ini disediakan kemudahan ECCM yang bertujuan untuk menghapuskan perlindungan elektronik dan elektro-optik pihak musuh.
  • Pesawat ini juga mempunyai ciri alat pemanduan automatik pada semua keadaan penerbangan termasuk penerbangan aras rendah mengikut permukaan bumi, tempur individu dan berkumpulan menentang sasaran udara, permukaan darat dan laut. Sistem kawalan automatik yang bersambung dengan sistem navigasi memastikan laluan penerbangan, menghampiri sasaran, pengunduran ke pangkalan terbang dan melakukan pendaratan dalam mod automatik.
Su-27PU
Pesawat pemintas jarak jauh berasaskan pesawat latihan 2 tempat duduk Su-27UB. Kemudian dinamakan semula sebagai Su-30.
Su-30
Pesawat ujian dengan tambahan kanard.
Su-30K
Versi komersil daripada asas Su-30. 50 buah pesawat dijual kepada India, kemudian ditingkat upaya ke Su-30MKI.
Su-30KI
Cadangan Sukhoi untuk meningkat upaya pesawat satu tempat duduk Tentera Udara Rusia, Su-27S. Ia juga versi export ke Indonesia. Satu-satunya pesawat satu tempat duduk dalam keluarga Su-30.
Su-30KN
Ditingkat upaya ke pesawat 2 tempat duduk daripada model Su-27UB, Su-30 dan Su-30K.
Su-30M
Versi tingkat upaya dari Su-27PU, pesawat pelbagai fungsi sebenar pertama daripada Su-27.
Su-30MK
Versi komersil Su-30M pertama kalinya didedahkan pada 1993.
Su-30M2
Su-30MK yang dilengkapi dengan kanard dan kawalan tujahan vektor (TVC).
Su-30MKI
Dibangunkan bersama dengan Hindustan Aeronautics Limited, India untuk Tentera Udara India. Ia memiliki Kawalan Tujahan Vektor (TVC) dan kanard. Ia turut dilengkapi oleh sistem avionik kompleks dari pelbagai negara seperti Israel, India, Rusia dan Perancis. [1]
Su-30MKK
Versi export ke China.
Su-30MKM
Berasaskan model MKI, versi dikhususkan untuk Tentera Udara Diraja Malaysia dengan menggunakan platfom yang sama tetapi dengan kombinasi sistem avionik daripada Perancis, Afrika Selatan dan Rusia. Antara ciri-cirinya adalah paparan muka (HUD), sistem navigasi pandang hadapan inframerah (NAVFLIR) dan pod Penanda Laser Damocles (LDP) dari Thales Group, Perancis, penderia amaran peluru berpandu (MAWS) MAW-300 dan penderia amaran laser (LWS) daripada firma SAAB AVITRONICS (Afrika Selatan)[1], juga radar NIIP N011M BARS PESA daripada Rusia, sistem peperangan elektronik (EW), sistem lokasi optik (OLS) dan kokpit kaca.[2] Diarkibkan 2008-03-07 di Wayback Machine
Su-30MKV
Versi export untuk Venezuela, kemungkinan besar serupa dengan Su-30MK2. Ini berdasarkan kehadiran 2 pesawat pertunjukkan (No. 0460 dan No. 1259) daripada KNAAPO yang telah mengambil bahagian dalam pembarisan hari kebangsaan di Caracas pada Julai 2006. Berita terkini mengesahkan pesawat Su-30 yang dibeli oleh Venezuela sebenarnya adalah pesawat Su-30MK2.
Su-30MK2
Su-30MKK dengan peningkatan sistem elektronik yang menyokong penggunaan peluru berpandu anti kapal.
Su-30MK2V
Su-30MK2 variasi untuk Vietnam dengan perubahan kecil.
Su-30MK3
Su-30MKK dengan radar Zhuk MSE dan sokongan untuk peluru berpandu anti kapal Kh-59MK.
Su-30MKA
Versi khusus untuk Algeria seolah-olah menyamai MKI, tetapi secara prinsipnya akan dilengkapi dengan sistem avionik Perancis dan Rusia. Antara ciri-cirinya adalah paparan muka pelbagai fungsi daripada Thales Group dan Sagem daripada Perancis.

Pengendali

[sunting | sunting sumber]
Sukhoi-30MKI, Tentera Udara India, Aeroindia 05.


 Algeria
 Angola
  • Tentera Udara Angola memesan 18 buah Su-30K pada 16 Oktober 2013 sebagai sebahagian daripada satu perjanjian bernilai $1 bilion yang juga termasuk kelengkapan lain dan khidmat peyelenggaraan. Pesawat Su-30K asalnya dihantar kepada India pada tahun 1990-an, tetapi dipulangkan semula ke Rusia pada tahun 2007.[5]
 Republik Rakyat China
 India
 Indonesia
  • Tentera Udara Indonesia (TNI - AUえーゆー atau Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Udara) telah memesan sejumlah 11 buah Su-30MK/MK2.[8] Setakat September 2013, kesemua pesawat Su-30MK/MK2 telah diserahkan oleh Rusia.[8]
 Kazakhstan
  • Tentera Udara Kazakhtan telah memesan pesawat Su-30SM pada bulan Februari 2015.[9] 4 buah pesawat pertama telah diserahkan pada tahun 2015.[10] Kumpulan kedua berjumlah 2 buah pesawat telah dihantar pada Disember 2016.[11][perlu rujukan]
 Malaysia
 Rusia
  • Tentera Udara Rusia: kira-kira 14 buah pesawat berada dalam perkhidmatan Tentera Udara Rusia. Sehingga 120 buah pesawat akan dipesan sebelum 2012 berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh ITAR-TASS pada 2007 (pengeluaran bermula pada 1996).
 Uganda
 Venezuela
  • Pada 14 Jun 2006, Tentera Udara Venezuela dan kerajaan Venezuela mengumumkan pembelian 24 buah pesawat Su-30MK2. 2 buah pesawat Su-30MK2 tiba pada minggu pertama Disember 2006 manakala 8 buah pesawat lagi akan ditauliah dalam tahun 2007. Baki 14 buah pesawat dijangka akan diserahkan pada 2008.[15]
 Vietnam
  • Tentera Udara Rakyat Vietnam menggunakan 4 buah Su-30MK dan 20 buah Su-30MK2V pada tahun 2013.[6] Pada 21 Ogos 2013, Rusia mengumumkan ia akan menyerahkan kumpulan tambahan sebanyak 12 buah Su-30MK2 di bawah kontrak bernilai AS$450 juta, yang akan diserahkan pada tahun 2014-2015.[16]

Spesifikasi (Su-27PU/Su-30)

[sunting | sunting sumber]
Sukhoi Su-30

Data dari laman KNAAPO Su-30MK,[17] Sukhoi Su-30MK,[18] Gordon and Davison[19]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 21.935 m (72.97 kaki)
  • Rentang sayap: 14.7 m (48.2 kaki)
  • Tinggi: 6.36 m (20.85 kaki)
  • Sayap luas: 62.0 m² (667 kaki²)
  • Berat kosong: 17,700 kg (39,021 lb)
  • Berat berisi: 24,900 kg (54,900 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 34,500 kg (76,060 lb)
  • Loji kuasa:AL-31FL turbofan saluran rendah
    • Tujahan kering: 7,600 kgf (74.5 kN, 16,750 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 12,500 kgf (122.58 kN, 27,560 lbf) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Su-27PU mempunyai 8 tenggekan untuk muatan senjatanya, berbanding 12 tenggekan pada pesawat Su-30MK: 2 rel pada hujung sayap untuk melancarkan peluru berpandu udara ke udara, 3 pilon di bawah setiap sayap, 1 pilon pada bawah setiap enjin, dan 2 pilon sebaris di "lengkung" yang terletak di antara enjin. Kesemua versi boleh membawa sehingga 8,000 kg muatan persenjataan.

Kemalangan

[sunting | sunting sumber]
  • 12 Jun 1999, Pameran Udara Paris (Video)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  1. ^ SU30MKI
  2. ^ "IHS Jane's 360: Algerian Su-30MK order stokes Russian industry rivalry". Jane's. Dicapai pada 17 September 2015.
  3. ^ "Algeria receives eight Su-30MKI(A) multirole fighters from Russia". Defence Blog. Dicapai pada 2 January 2017.
  4. ^ "TASS: Military & Defense - Russia, Algeria sign contract for 14 Su-30MKA aircraft". TASS. Dicapai pada 17 September 2015.
  5. ^ Angola Inks $1Bln Arms Deals With Russia - Rian.ru, 16 October 2013
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama slupsk
  7. ^ The Military Balance 2016, p.254
  8. ^ a b "Indonesia's Air Force Adds More Flankers". Defense Industry Daily, 10 May 2013.
  9. ^ "Kazakhstan to acquire Su-30SM fighters". Jane's, 4 February 2015.
  10. ^ "Kazakhstan Has Received Four Russian SU-30SM Fighters". bellingcat. 30 June 2015. Dicapai pada 23 August 2015.
  11. ^ http://www.armstrade.org/includes/periodics/news/2016/1227/130538854/detail.shtml
  12. ^ "Russia signs $1.2 bln contract for jet fighter delivery to Algeria, Uganda | Russia". RIA Novosti. Dicapai pada 2012-05-17.
  13. ^ Tabu Butagira, Martin Ssebuyira, "New Russian-built jet fighters arrive". Daily Monitor (13 July 2011).
  14. ^ "Uganda receives final Su-30s from Russia". DefenceWeb. 7 June 2012. Dicapai pada 2 September 2013.
  15. ^ Air Forces Monthly, isu Ogos.
  16. ^ Russia to Deliver 12 Su-30 Fighter Jets to Vietnam – Source - Rian.ru, 21 August 2013
  17. ^ Sukhoi Su-30MK, KNAAPO.
  18. ^ Su-30MK Aircraft performance page, Sukhoi.
  19. ^ Gordon and Davison 2006, pp. 92, 95-96.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan