Airbus A310
Airbus A310 | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat Komersil |
Pengeluar | Airbus Industrie |
Penerbangan sulung | 3 April 1982 |
Mula digunakan | April 1983 |
Diperkenalkan | 1983 - 2007 |
Pengguna utama | FedEx (59) Air India (19) Pakistan International Airlines (12) Air Transat (12) |
Jumlah dibina | 255 |
Dibangunkan dari | Airbus A300 |
Kelainan | Airbus A310 MRTT CC-150 Polaris |
Airbus A310 pesawat berbadan lebar berjulat sederhana yang dibangunkan dari A300. Keistimewaan siri ini ialah julatnya yang melangkaui julat A300. Kelabihan ini menjadikan ia cukup popular di laluan merentasi lautan atlantik. Disebabkan A310 dan A300 menggunakan teknologi yang sama, maka kapten pesawat hanyalah perlu melalui satu latihan sahaja untuk menerbangkan kedua-dua siri ini.
Permulaan
A310 dilancarkan pada Julai 1978 dengan Lufthansa dan Swissair sebagai pelanggan pertama. Perbezaan di antara A310 dan A300 adalah;
- Fuislaj yang lebih pendek- sama keratan rentas
- Sayap yang direka semula- direka oleh British Aerospace
- Sirip menegak pesawat yang lebih kecil
A310 merupakan permulaan kejayaan bagi Airbus yang membolehkan mereka bersaing dengan Boeing. Ini juga membantu mereka untuk mara kehadapan dengan pembangunan A330 dan A340
Model-Model
- A310-200
merupakan model pertama A310 dan pengeluaran ke 162 merupakan pengeluaran terakhir bagi variasi ini. Penerbangan perdananya dalah pada April 1982 dan dijana oleh Pratt & Whitney JT9D. - A310-300
Kali petama terbang adalah pada Julai 1985 dan perbezaannya dengan variasi sebelumnya ialah Berat naik terbang ditambah dan julat dipanjangkan. Turut diperkenalkan ialah penambahan sayap lawi untuk membantu kawalan pesawat. Memasuki perkhidmatan pada 1986 bersama Swissair. - A310-C
Model boleh tukar. Menggunakan rekaan A310-200C dan -300C. - A310-F
Tiada pengeluaran kargo dibuat, operator kargo menggunakan pesawat-pesawat lama A310. - A310 MRTT
Kebanyakkan tentera udara menggunakan A310 sebagai alat pengangkutan mereka. Sebahagian daripada A310 ditukar menjadi kapal tangki pelbagai fungsi.
Pengguna
Pengguna tentera
Pesawat A310 juga digunakan oleh angkatan tentera bersenjata negara-negara berikut:
- Belgium - Komponen Udra Belgium
- Kanada - Arahan Udara Angkatan Tentera Kanada - dikenali CC-150 Polaris
- Chile - Tentera Udara Chile
- Perancis - Tentera Udara Perancis
- Jerman - Tentera Udara Jerman
- Sepanyol - Tentera Udara Sepanyol
- Thailand - Tentera Udara Diraja Thailand
- Pakistan - Tentera Udara Pakistan
Spesifikasi
[1] | A310-200 | A310-200F | A310-300 | A310-300F |
---|---|---|---|---|
Anak Kapal | 2 | |||
Panjang | 46.66 m (153 kaki 1 inci) | |||
Tinggi | 15.8 m (51 kaki 10 inci) | |||
Rentang Sayap | 43.9 m (144 kaki) | |||
Keratan Rentas | 5.64 m (17 kaki 4 inci) | |||
Penumpang (2 kelas) | 240 | 33 tan kargo | 240 | 33 tan kargo |
Berat Lepas Naik | 141,974 kg (312,342 lb) | 164,000 kg (361,600 lb) | ||
Berat Bersih | 80,142 kg (176,312 lb) |
72,400 kg | 83,100 kg (183,300 lb) |
73,900 kg |
Muatan Bahan Bakar Maksimum | 55,200 l (14,603 g) | 75,470 l (19,940 g) | ||
Laju Terbang (Mach) | 0.79 | |||
Laju Maksimum (M) | 0.84 | |||
Tinggi Maksimum Penerbangan | 12,000 m (40,000 kaki) | |||
Tujahan (×2) (lb) | 50,000-53,200 | 56,000-59,000 | ||
Enjin | PWJT9D-7R4 atau CF6-80C2A2 | PW4156A atau CF6-80C2A8 | ||
Julat | 6,800 km (3,670 nm) |
5,550 km | 9,600 km (5,200 nm) |
7,330 km |
Enjin
Model | Tarikh | Enjin |
---|---|---|
A310-203 | 1985 | General Electric CF6-80A3 |
A310-204 | 2001 | General Electric CF6-80C2A2 |
A310-221 | 1985 | Pratt & Whitney JT9D-7R4D1 |
A310-222 | 1985 | Pratt & Whitney JT9D-7R4E1 |
A310-304 | 1988 | General Electric CF6-80C2A2 |
A310-322 | 1987 | Pratt & Whitney JT9D-7R4E1 |
A310-324 | 1987 | Pratt & Whitney PW4152 |
A310-325 | 1996 | Pratt & Whitney PW4156A |
Kecelakaan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Airbus A310. |
- Hilang kawalan: 6 kehilangan jiwa seramai 518
- Rampasan pesawat: 10 kehilangan jiwa seramai 5
- Kemudi: Kepingan kemudi jatuh (Air Transat)
Lihat Juga
Komponen berkaitan | |
---|---|
Perkembangan terkini | |
Pesawat udara setara | |
Siri Diberi |
A300 - A310 - A318 - A319 - A320 - A321 - A330 - A340 - A350 - A380 |
Daftar Berkaitan |