(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Ashira - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Ashira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ashira
Nama lahirSharifah Nur Ashira binti Syed Abdul Aziz
Juga dikenali sebagai
Ashira Aziz
Kelahiran (1984-10-28) 28 Oktober 1984 (umur 40)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1999–2022
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Eddie Hamid

Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz (lahir 28 Oktober 1984) atau lebih dikenali dengan mononim, Ashira merupakan seorang bekas penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya muzik sejak 1999, beliau terkenal dengan lagu "Di Ombak Resah" yang dimuatkan dalam EP 2000 beliau yang bertajuk sama.[3][4][5] Pada tahun 2020, beliau menjadi salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh, di mana beliau berjaya memenangi tempat ketujuh.

Ashira mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik sejak kanak-kanak dan mula serius semasa menduduki Tingkatan 2. Bapanya, Syed Abdul Aziz Syed Alwi ialah seorang penyanyi veteran.[6] Demi merealisasikan impiannya, beliau berhenti sekolah dan hanya belajar di rumah sahaja bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian yang diminatinya.[7][8] Kakaknya, Shasha juga ialah seorang penyanyi yang pernah popular dengan lagu "Sehelai Daun Setitis Embun".[9]

Beliau mengikat kontrak bersama BMG Music Malaysia, seterusnya muncul bersama EP sulungnya, Di Ombak Resah (2000) yang mengandungi lima lagu, dengan lagu bertajuk sama dikeluarkan sebagai single pertama.[4]

Pada tahun 2001, beliau meninggalkan BMG dan menandatangani kontrak bersama Broadway Entertainment.[10] Album studio pertamanya, Jatuh Cinta & Hati muncul pada 2002 dengan memuatkan 10 lagu. "Jatuh Cinta" dan "Selamanya Tak Akan Berakhir" dikeluarkan sebagai single.[11][12] Album itu merupakan kegagalan komersial, menyebabkan Ashira mengundurkan diri dan bergiat aktif sebagai penyanyi kelab malam secara langsung di Kuala Lumpur dan di luar negara termasuk Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Pada September 2013, Ashira terpilih sebagai salah seorang beberapa artis dari benua Asia yang dipilih menjayakan persembahan di Penang Starwalk.[13] Pada tahun 2020, Ashira terpilih sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang mula bersiaran di Astro Ria.[14]

Gegar Vaganza 2020

[sunting | sunting sumber]

Ashira ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Yantzen, Haslinda, Linda Nanuwil dan lain-lain. Beliau berjaya memenangi tempat ketujuh selepas 10 minggu bertanding. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 7)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Grand Konsert "Di Ombak Resah" Dirinya sendiri Ke-9 SELAMAT
Minggu 2 Sama Naik "Sempurna" Andra and the BackBone Ke-4 SELAMAT
Minggu 3 Cuba Try Best "Penasaran" Krisdayanti Ke-10 SELAMAT
Minggu 4 Lagu Berhantu "Cinta Beralih Arah" Aishah Ke-10 SELAMAT
Minggu 5 Tak Tahu Sampai "Yang Terindah Hanyalah Sementara" Erra Fazira Ke-2 SELAMAT
Minggu 6 Double Special "Dengarkanlah" (duet bersama Mark Adam) Amy Mastura & Glenn Fredly Ke-6 SELAMAT
Minggu 7 Take Over "Sekilas Senyumanmu" Fauziah Latiff Ke-2 SELAMAT
Minggu 8 GV Throwback "Nur Kasih" Slam Ke-6 SELAMAT
Minggu 9 Medley Outstation "Peluang Kedua"
"Don't Speak"
Nabila Razali
No Doubt
Ke-5 SELAMAT
Minggu 10 Konsert Akhir "Wajah Kekasih"
"Beribu Sesalan" (duet bersama Liza Hanim)
Siti Nurhaliza
3 Suara
Ke-3 TEMPAT KETUJUH

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Ashira merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2015.[15]

Beliau mendedahkan kepada media bahawa telah kehilangan sumber pendapatan kerana kelab malam sekian lamanya ditutup kerana perintah kuarantin yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[16] Untuk mencari wang lebih, Ashira menyara kehidupan dengan menjual laksa dan menjalankan perniagaan dalam talian, namun menemui jalan buntu. Beliau turut membuat siaran secara langsung di aplikasi Bigo bagi membayar bil elektrik dan air.[17][18]

Ashira turut mendedahkan selepas menerima berita layak ke Gegar Vaganza 7, beliau telah diusir keluar dari rumah sewanya kerana tidak membayar sewa RM1,000 selama 6 bulan. Beliau terpaksa menumpang di rumah kakaknya manakala anaknya tinggal di rumah seorang lagi kakaknya.[19][20][21]

Beliau berkahwin dengan ahli kumpulan Indigo, Bad pada 11 Mac 2021. Perkahwinan ini merupakan kali kedua buat Ashira dan Bad.[22] Pasangan ini sebelum ini dilaporkan pernah menjalin hubungan cinta ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza 7.

Ashira disahkan positif COVID-19 pada hujung Julai 2021 dan menjalani kuarantin kendiri.[23] Ibu tirinya, isteri kedua bapanya, Norma Ariffin meninggal dunia pada 2 Ogos 2021 akibat penyakit sama.[24]

Ashira dan suaminya, Bad bercerai pada Jun 2022 selepas setahun berkahwin.[25]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album
Di Ombak Resah

Album studio

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album
Jatuh Cinta & Hati
Tajuk Tahun
"Buat Insan Tersayang" (bersama Eddie Hamid) 1999
"Di Ombak Resah"
"Jatuh Cinta" 2002
"Selamanya Tak Akan Berakhir"

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2003 Separuh Akhir Muzik Muzik 18 Lagu Balada "Selamanya Tak Akan Berakhir" Tercalon
  1. ^ "Pandemic plunges Ashira into hard times" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 25 September 2020. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  2. ^ Hardi Effendi Yaacob (12 Februari 2000). "Ashira mahu buat duit dengan muzik". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  3. ^ "Ashira mahu terus berjaya". Utusan Malaysia. 16 Oktober 2000. Dicapai pada 9 Februari 2018.
  4. ^ a b "Ashira meletup kerana Di Ombak Resah". Utusan Malaysia. 20 Februari 2000. Dicapai pada 9 Februari 2018.
  5. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (29 Disember 1999). "Di Ombak Resah tuah Ashira". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
  6. ^ "Bezanya berhari raya sebagai penyanyi - Ashira". Utusan Malaysia. 2 Januari 2000. Dicapai pada 9 Februari 2018.
  7. ^ Ellyna Ali (5 September 1999). "Ashira nekad jadi penyanyi". Berita Minggu. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  8. ^ Marina Abdul Ghani (20 September 1999). "'I'm not Siti Nurhaliza clone': Ashira" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 Februari 2020.
  9. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (16 Oktober 1999). "Ashira ikut jejak kakak". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  10. ^ "Ashira beralih syarikat rakaman lain". Utusan Malaysia. 19 Februari 2001. Dicapai pada 3 Julai 2018.
  11. ^ Hanisah Selamat (7 Julai 2002). "Ashira mampu bangkit mood segar". Berita Minggu. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  12. ^ Abie Abdullah (18 Jun 2002). "Ashira buktikan boleh". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
  13. ^ "Dazzling shows awaits walkers" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 12 September 2013. Dicapai pada 20 November 2013.
  14. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 September 2020). "Gegar Vaganza musim ketujuh kembali dengan 14 peserta". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  15. ^ Budiey (23 September 2020). "Ashira hilang kerja, dihalau selepas enam bulan tak bayar sewa rumah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  16. ^ Sudirman Mohd Tahir (24 September 2020). "Ashira hilang kerja, diminta keluar rumah". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  17. ^ Nur Asyikin Mayudin (23 September 2020). ""Kelab malam tutup... saya terpaksa jual laksa dan 'live' Bigo". mStar Online. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  18. ^ "Ashira diusir tuan rumah". Media Permata. 26 September 2020. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  19. ^ Anne Grace Savitha (23 September 2020). "Malaysian singer Ashira loses home, separated from son due to living arrangements after loss of income due to MCO" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  20. ^ "Ashira hilang kerja, diusir tuan rumah". Berita Harian. 23 September 2020. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  21. ^ Amri Hassan (23 September 2020). "6 bulan tak bayar sewa, Ashira dihalau keluar dari rumah - "Saya tak ada pendapatan, macam-macam buat sampai live di Bigo, tapi..."". Astro Gempak. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  22. ^ Syafil Syazwan Jefri (11 Mac 2021). "Ashira dan Bad kini suami isteri". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  23. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (30 Julai 2021). "Ashira positif COVID-19". Berita Harian. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  24. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 Ogos 2021). "Ibu tiri Ashira meninggal dunia akibat COVID-19". Berita Harian. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  25. ^ Fatin Farhana Ariffin (23 Jun 2022). "Bad Indigo, Ashira bercerai". Berita Harian. Dicapai pada 9 Oktober 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]