Penjaluran G
Penjaluran-G, penjaluran G atau penjaluran Giemsa ialah teknik yang digunakan dalam sitogenetik untuk menghasilkan kariotip yang boleh dilihat dengan mewarnakan kromosom mampat. Ia merupakan kaedah penjaluran kromosom yang paling biasa digunakan.[1] Ia berguna untuk mengenal pasti penyakit genetik (terutamanya keabnormalan kromosom) melalui perwakilan fotografi keseluruhan pelengkap kromosom.[2]
Kaedah
[sunting | sunting sumber]Kromosom yang berada pada fasa metafasa dirawat dengan tripsin (untuk mencerna kromosom itu secara separa) dan diwarnakan menggunakan kaedah pewarnaan Giemsa. Kawasan heterokromatin yang cenderung kaya dengan DNA adenina dan timina (kaya AT) dan agak kekurangan gen diwarnakan lebih gelap melalui penjaluran G. Sebaliknya, kromatin yang kurang padat (Eukromatin)—yang cenderung kaya dengan guanina dan sitosina (kaya GC) dan lebih aktif dari segi proses transkripsi — kurang bertindak balas dengan pewarnaan Giemsa, dan kawasan ini muncul sebagai jalur cerah melalui penjaluran G.[3] Corak jalur dinomborkan pada setiap lengan kromosom dari sentromer hingga telomer. Sistem penomboran ini membolehkan mana-mana jalur pada kromosom dikenal pasti dan diterangkan dengan tepat.[4] Hasil pewarnaan yang terbalik berbanding penjaluran G diperolehi melalui kaedah penjaluran R. Pewarnaan dengan Giemsa memberikan warna ungu kepada kromosom, tetapi mikrograf sering ditukar kepada skala kelabu untuk memudahkan persembahan data dan membuat perbandingan hasil daripada makmal yang berbeza.[5]
Semakin kurang padat kromosom, semakin banyak jalur muncul selepas proses penjaluran G. Ini bermakna kromosom yang berbeza adalah lebih ketara sifatnya pada profasa berbanding metafasa.[6]
-
Mikrograf kromosom lelaki manusia menggunakan pewarnaan Giemsa untuk penjaluran G.
-
Mikrograf kromosom lelaki manusia menggunakan pewarnaan Giemsa, diikuti dengan pengisihan danpenskalaan kelabu.
Kelebihan
[sunting | sunting sumber]Proses pengenalpastian dan pengumpulan kromosom berdasarkan pewarnaan semata-mata adalah sukar kerana keseragaman warna pada struktur kromosom menjadikannya sukar untuk membezakan antara kromosom yang berlainan. Oleh itu, teknik seperti penjaluran G telah dibangunkan supaya corak "jalur" dapat muncul pada kromosom. Corak jalur ini adalah sama penampilannya pada kromosom homolog, oleh itu, pengenalan menjadi lebih mudah dan lebih tepat.
Jenis-jenis penjaluran
[sunting | sunting sumber]Jenis penjaluran sitogenik lain disenaraikan seperti :
Jenis penjaluran | Kaedah pewarnaan |
---|---|
Penjaluran C | Heterokromatin konstitutif |
Penjaluran G | Pewarnaan Giemsa |
Penjaluran Q | Quinakrina |
Penjaluran R | Pewarnaan silang Giemsa |
Penjaluran T | Telomerik |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Maloy, Stanley R.; Hughes, Kelly (2013). Brenner's encyclopedia of genetics. San Diego, CA. ISBN 978-0-08-096156-9. OCLC 836404630.
- ^ Speicher, Michael R. and Nigel P. Carter. "The New Cytogenetics: Blurring the Boundaries with Molecular Biology." Nature Reviews Genetics, Vol 6. Oct 2005.
- ^ Romiguier J, Roux C (2017). "Analytical Biases Associated with GC-Content in Molecular Evolution". Front Genet. 8: 16. doi:10.3389/fgene.2017.00016. PMC 5309256. PMID 28261263.
- ^ Nussbaum, Robert; McInnes, Roderick; Willard, Huntington (2015). Thompson & Thompson, Genetics in Medicine (ed. Eighth). Canada: Elsevier Inc. m/s. 58. ISBN 978-1-4377-0696-3.
- ^ Lee M. Silver (1995). Mouse Genetics, Concepts and Applications. Chapter 5.2: KARYOTYPES, CHROMOSOMES, AND TRANSLOCATIONS. Oxford University Press. Revised August 2004, January 2008
- ^ Nussbaum, McInnes, Willard (21 May 2015). Genetics in Medicine. Elsevier. m/s. 57–73. ISBN 978-1-4377-0696-3.CS1 maint: multiple names: authors list (link)