(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Polimer termoset - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Polimer termoset

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kiri: Kumpulan rantai polimer tunggal linear
Kanan: Rantai polimer dengan ikatan silang untuk memperoleh polimer termoset tiga dimensi yang kaku

Suatu polimer termoset atau sekadar termoset ialah suatu polimer yang diperoleh melalui pengerasan kekal suatu prapolimer pepejal lembut atau cecair likat (resin).[1] Proses ini, yakni proses pematangan, dijalankan dengan bantuan haba atau sinaran sesuai, dan dapat juga dilakukan dalam tekanan tinggi atau dengan bantuan mangkin. Haba tak semestinya diberi dari luar, tetapi lazimnya terhasil daripada tindak balas resi dengan agen pematang (pengeras atau mangkin). Proses pematangan memberikan rantai silang yang meluas antara polimer-polimer untuk membentuk suatu rangkaian polimer yang keras.

Bahan permulaan dalam penghasilan termoset lazimnya mulur atau cecari sebelum pematangan, dan lazimnya direka agar diacu menjadi bentuk akhir. Polimer ini juga dapat digunakan sebagai pelekat. Setelah mengeras, termoset tidak boleh dicairkan semula, tidak seperti termoplastik yang lazim dikilang dalam bentuk pelet, dan dibentuk melalui pencairan semula termoplastik.

Plastik termoset secara amnya lebih kukuh berbanding dengan termoplastik oleh kerana rangkaian silang yang bersifat tiga dimensi, dan lebih sesuai dalam kegunaan bersuhu tinggi sehingga satu tahap oleh kerana ikatan kovalen yang kuat di antara polimer yang tidak mudah terputus. Dengan ini, rangkaian silang serta kandungan molekul aromatik yang lebih banyak membawa kepada ketahanan haba dan kimia yang lebih baik. Kekuatan dan kekerasan mekanikal turut membaik, tetapi menjadi lebih rapuh.[2] Plastik termoset secara biasanya terurai sebelum mencair.

  1. ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "thermosetting polymer". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.
  2. ^ S.H. Goodman, H. Dodiuk-Kenig, penyunting (2013). Handbook of Thermoset Plastics (dalam bahasa Inggeris) (ed. ketiga). USA: William Andrew. ISBN 978-1-4557-3107-7.