Amukan Pocong
Amukan Pocong | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Sofia J. Rhyland |
Pengarah | Aidilfitri Md. Yunos |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Mungkin Ada Lagi" oleh Han |
Lagu penutup | "Mungkin Ada Lagi" oleh Han |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Adli Bakri Shaary |
Penerbit | Nor Aliah Lee |
Penyunting |
|
Lokasi |
|
Sinematografi | Nazir Ahmad |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Padi Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 15 Mac 2012 – 7 Jun 2012 |
Kronologi | |
Mengikuti | Santau Merasuk |
Diikuti oleh | Waris |
Amukan Pocong ialah sebuah siri drama televisyen seram ghaib Malaysia 2012 dibintangi oleh Azhan Rani, Ezany Nizariff, Iqram Dinzly dan Elly Mazlein. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 15 Mac 2012 hingga 7 Jun 2012 menggantikan Santau Merasuk.[1][2]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan dua orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi pertaruhan terbesar termasuklah menjalankan upacara ilmu hitam selepas berjumpa dengan bomoh Siam.
Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu. Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun, tindakan mereka juga telah ‘membangkitkan’ pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah janjikan sebelum ini. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Utama
[sunting | sunting sumber]- Azhan Rani sebagai Long Husin
- Ezany Nizariff sebagai Jidin
- Iqram Dinzly sebagai Lan Becok
- Elly Mazlein sebagai Long Jamilah
Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Farhanna Qismina sebagai Aisyah
- Hady Tahir sebagai Awang
- Roslan Saleh sebagai Sulaiman
- Liza Abdullah sebagai Ros
- Latiff Borgiba sebagai Tok Sayut
- Namron sebagai Pak Nang
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Nabila Huda
- Anzalna Nasir
- Liyana Jasmay
- Izara Aishah
- Dayana Roza
- Erin Malek
- Neelofa
- Faralyna Idris
- Sharifah Sakinah
- Siti Elizad
- Puteri Faten Nasuha
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Menurut pengarah drama ini, Aidilfitri Md Yunos, Amukan Pocong tidak hanya menampilkan unsur hantu, namun masalah ketagihan judi yang mengakibatkan kehilangan wang simpanan yang menjurus kepada kegiatan jenayah serius. "Kami berharap drama ini sedikit sebanyak dapat menimbulkan kesedaran dan memberi amaran kepada penonton tentang bahaya dan kesan negatif kerana judi boleh memusnahkan kehidupan dalam sekelip mata jika tidak berhati-hati. Malah, drama ini juga menceritakan kisah hantu pocong yang selama ini dianggap makhluk itu suka melompat sedangkan ia sebenarnya berguling".[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Budiey (22 Februari 2012). "Drama Amukan Pocong". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2014.
- ^ "Selepas Santau Merasuk, Amukan Pocong bakal mengamuk di Slot Seram TV3". Selebriti Online. 15 Mac 2012. Dicapai pada 17 April 2014.
- ^ Amukan Pocong (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 21 Jun 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (29 Februari 2012). "'Amukan Pocong' Beri Pengajaran Kepada Penonton". mStar Online. Dicapai pada 17 April 2014.