(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Batu dakwat - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Batu dakwat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suatu batu lesung berbentuk asas dengan takungan menurun.

Batu dakwat atau batu tinta (Cina Tradisional: すずり, Cina Ringkas: , pinyin: yàn) ialah sejenis batu berupa lesung yang digunakan untuk mengisar dakwat kering sebelum ia dapat digunakan untuk tujuan menulis; ia khusus ada dalam seni khat Cina. Barangan ini tidak sahaja boleh dihasilkan daripada batu, tetapi juga tanah liat, gangsa, besi mahupun tembikar.

Cara menggunakan

[sunting | sunting sumber]

Dakwat dipakai dalam penulisan Cina terkumpul dalam bentuk batang kering. Batang-batang ini lazim digiling pada hujung tapak batu agar ada suatu longgokan terkumpul - orang Cina lazim menggiling dakwat mengikut arah berpusing manakala orang Jepun menggiling ikut arah depan belakang.

Air dititiskan pada longgokan terkumpul sehingga ia melarutkan dakwat ini; larutan tersebut kemudiannya menurun dan bertakung jauh dari tempat dakwat digiling. Dakwat digiling dan dicairkan sehingga cukup larutan terhasil yang boleh dicelupkan sambil meninggalkan kesan pada kertas.

Sumber utama
  • T.C.Lai, Treasures of a Chinese Studio, Hong Kong, 1976.
  • Kitabatake Sōji and Kitabatake Gotei, Chūgoku kenzai shūsei (A Compendium on Chinese Inkstones), Tokyo, 1980.
  • Kitabatake Sōji and Kitabatake Gotei, Suzuri-ishi gaku (An Inkstone Encyclopedia), Tokyo, 1977.
  • Yin-ting hsi-ch'ing yen-p'u (An Imperial Catalogue of the Western Brightness Collection of Inkstones), 24 chapters, preface 1778.