Tulisan Cina Tradisional
tulisan Cina tradisional | |
---|---|
Jenis | |
Bahasa | bahasa Cina |
Tempoh masa | sejak abad ke-5 |
Aksara induk | Cina
|
Arah tulis | Varies |
ISO 15924 | Hant, 502 |
Tulisan Cina Tradisional (Cina Tradisional:
Pada hari ini, aksara-aksara tradisional digunakan di Taiwan, Hong Kong, Makau, dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berasal dari kawasan/negara tersebut atau yang berhijrah sebelum penggunaan aksara ringkas di Republik Rakyat China. Sebagai perbandingan, aksara ringkas digunakan di tanah besar China, Singapura (dalam terbitan rasmi, walaupun banyak nama masih ditulis dalam aksara tradisional), dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berhijrah dari negara-negara tersebut selepas penggunaan aksara Cina Ringkas secara meluas. Perdebatan tentang aksara-aksara Cina tradisional dan ringkas merupakan suatu topik yang lama yang masih diperdebatkan antara komuniti-komuniti Cina.)
entah[sunting | sunting sumber]
Antara para penutur bahasa Cina, aksara Cina tradisional dirujuk dengan berbagai-bagai nama yang berbeza, dengan setiapnya mempunyai konotasi yang berlainan. Kerajaan Republik China di Taiwan secara rasmi merujuk kepada aksara Cina tradisional sebagai aksara baku atau aksara tepat (Cina tradisional:
Para pengguna aksara tradisional juga merujuk kepada aksara tradisional sebagai "aksara lengkap" (Cina tradisional:
Sebagai perbandingan, orang-orang Cina yang biasanya menggunakan aksara ringkas memanggilnya aksara rumit (Cina tradisional:
Para pengguna aksara tradisional memperdebatkan bahawa aksara tradisional tidak boleh dipanggil "rumit" kerana aksara-aksara itu tidak pernah diubah menjadi lebih rumit, dengan bentuk-bentuk yang asli dikekalkan. Sebaliknya, para penyokong aksara Cina ringkas amat membantah pemerihalan aksara tradisional sebagai "baku" kerana mereka menganggap bahawa aksara-aksara ringkas yang baru adalah aksara baku sezaman. Mereka juga menunjukkan bahawa aksara tradisional bukannya aksara tradisional yang sebenar kerana tulisan China telah mengalami banyak perubahan dengan berlalunya masa. Banyak aksara Cina sejak Dinasti Han telah dibuat lebih berbunga-bunga berbanding dengan aksara-aksara yang asli.
Peliknya, walaupun padanan aksara Cina yang umumnya diterjemahkan sebagai "rumit" pada dirinya terdiri daripada coret yang banyak, jika bukan rumit, aksara itu tidak pernah menjalani peringkasan; ini mungkin disengajakan kerana ia menunjukkan kerumitan aksara tradisional yang relatif, berbanding dengan versi-versi ringkas. Di samping itu, sedangkan perkataan "rumit" menimbulkan konotasi yang negatif dalam bahasa Melayu, padanan aksara Cina pada dirinya tidak menimbulkan sebarang konotasi yang "rumit" atau "menyusahkan"; sebaliknya, maksudnya agak kabur dan neutral kecuali apabila dikaitkan dengan aksara-aksara yang lain.
Sesetengah orang tua merujuk kepada aksara tradisional sebagai "aksara wajar" (Bahasa Cina:
Di bahagian timur laut China, perkataan tempatan untuk aksara tradisional ialah "aksara sebenar" (Bahasa Cina:
Teks bercetak تيکﺱ برچيتق[sunting | sunting sumber]
Apabila mencetak teks, orang-orang di China Tanah Besar dan Singapura biasanya menggunakan sistem diperingkas yang dikembangkan oleh kerajaan Republik Rakyat China pada dekad 1950-an. Bagaimanapun, Republik Rakyat China juga mencetak bahan-bahan yang bertujuan dibaca di luar China Tanah Besar dengan menggunakan aksara tradisional. Bagi teks ditulis tangan, kebanyakan orang menggunakan peringkasan tidak rasmi yang kekadang bersifat peribadi. Dalam kebanyakan kes, suatu aksara alternatif (
Di samping itu, terdapat juga dua kegunaan utama bagi aksara alternatif pada masa dahulu. Pertamanya, aksara-aksara alternatif telah dipergunakan untuk mengelakkan penggunaan nama rasmi orang yang penting dalam konteks yang kurang rasmi sebagai cara untuk menunjukkan penghormatan kepada orang tersebut dengan mengekalkan aksara-aksara namanya. Perbuatan ini dipanggil "pengelakan perasaan tersinggung" (避諱 ) dalam bahasa Cina. Yang kedua, aksara-aksara alternatif digunakan ketika aksara yang sama diulang untuk menunjukkan bahawa pengulangannya telah dibuat dengan sengaja dan bukan suatu kesilapan editor (
Pengekodan aksara komputer ڤڠکودن اکسارا کومڤوتر[sunting | sunting sumber]
Pada masa dahulu, aksara Cina tradisional seringnya dipaparkan dengan menggunakan skema pengekodan aksara Big5, suatu skema pengekodan yang memihak kepada aksara Cina Tradisional. Bagaimanapun, Unikod kini semakin popular sebagai cara untuk memaparkan aksara Cina Tradisional, dan memberikan penekanan yang sama kepada kedua-dua aksara Cina ringkas serta tradisional, tanpa mengutamakan satu sama lain.
Berbagai-bagai Editor Kaedah Input (IME) juga wujud untuk menginput aksara Cina, seperti yang terkenal ialah kaedah Changjie. Walaupun demikian, masih terdapat sebilangan aksara yang tidak dapat ditulis menggunakan kebanyakan IME; salah satu contoh ialah padanan loghat Shangai untuk 嗎 yang ditulis sebagai
Laman web لامن ويب[sunting | sunting sumber]
Konsortium Jaringan Sejagat menyarankan penggunaan nilai atribut bahasa dan nilai bahasa kandungan zh-Hant untuk menentukan kandungan laman web yang ditulis dalam aksara Cina Tradisional. [1]
Penggunaan dalam bahasa lain ڤڠݢوناءن دالم بهاس لاءبن[sunting | sunting sumber]
Aksara-aksara Cina tradisional juga digunakan untuk tulisan Hanja Korea, manakala aksara tradisional yang diperingkas secara sederhana digunakan dalam tulisan Kanji Jepun moden.
Lihat juga ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]
- Kanji
- Hanja, hampir sama dengan aksara Cina tradisional
- Kaishu
- Aksara Cina
- Peringkasan aksara Cina di Hong Kong
Rujukan روجوعن[sunting | sunting sumber]
- ^ Akademi Sains Sosial, (1978), Modern Chinese Dictionary, The Commercial Press: Beijing.