Tulisan Kanji
Tulisan Kanji (
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Terdapat percangahan pendapat mengenai permulaan penggunaan huruf Cina di Jepun, namun pakar bahasa bersepakat menerima pendapat bahawa sami Buddha membawa tulisan Cina ke Jepun sekitar abad ke-5, dan ia dibaca dalam bahasa Cina. Secara beransur-ansur, sistem yang dikenali sebagai kanbun (
Bahasa Jepun itu sendiri tidak mempunyai bentuk tulisan. Akhirnya sistem tulisan yang dikenali sebagai manyogana (digunakan dalam antologi sastera silam Manyoshu) berubah yang menggunakan bentuk set kanji terbatas untuk nilai fonetik sahaja, bukannya untuk nilai semantik, yang diperlukan untuk menulis sastera Jepun. Manyogana yang ditulis dalam gaya bersambung rangkai lama-lama berubah menjadi hiragana, sistem tulisan yang mula digunakan oleh wanita (yang dinafikan hak pengajian tinggi). Hasil karya kesusasteraan wanita zaman Heian ditulis menggunakan hiragana. Katakana muncul melalui laluan yang sama: pelaja-pelajar wihara meringkaskan tulisan gaya manyogana ini kepada unsur kandungan konstituen tunggal. Hiragana dan katakana dirujuk bersama sebagai kana.
Apabila sistem penulisan Jepun matang dan berkembang, kanji mula digunakan untuk menulis bahagian pertuturan tertentu seperti kata benda, kata sifat dan kata kerja sementara kana digunakan untuk akhiran kata kerja, perkataan yang hanya terdapat di Jepun dan perkataan asing (sebelum ini perkataan asing dieja secara fonetik dengan huruf Kanji).
Pembacaan
[sunting | sunting sumber]Oleh sebab cara tulisan kanji diserap ke dalam bahasa Jepun, sesuatu kanji boleh digunakan untuk menulis satu atau lebih perkataan (atau morfem) yang berlainan. Dari sudut pandangan pembaca, kanji boleh mempunyai satu atau lebih "sebutan". Sebutan aksara itu bergantung kepada konteks, maksud, kegunaan dalam gugusan, dan juga kedudukan dalam ayat. Sesetengah kanji kegunaan am mempunyai sepuluh atau lebih sebutan yang berlainan. Bacaan-bacaan ini biasanya terbahagi kepada on'yomi atau kun'yomi [3].
On'yomi (Bacaan berdasarkan Bahasa Cina)
[sunting | sunting sumber]On'yomi (
Biasanya, on'yomi dibahagikan kepada empat jenis:
- Go-on (
呉音 , "bunyi Wu"), berdasarkan sebutan ketika zaman Dinasti Selatan dan Utara atau Baekje (sebuah negeri kuo di Semenanjung Korea), pada abad ke-5 dan ke-6. Go merujuk kepada rantau Wu (kawasan sekeliling Shanghai kini). - Kan-on (
漢音 , "bunyi Han"), berdasarkan sebutan ketika zaman Dinasti Tang dari abad ke-7 hingga abad ke-9, terutamanya sebutan piawai di ibu kota Chang'an. - Tō-on (
唐音 , "bunyi Tang"), berdasarkan sebutan dinasti-dinasti lanjut, seperti dinasti Song dan Ming (明 ), meliputi semua bacaan yang diterap sejak zaman Heian hingga zaman Edo. - Kan'yō-on (
慣用音 ), iaitu sebutan kanji yang tersilap atau diubah suai yang diterima dalam bahasa.
Contoh (sebutan jarang dalam tanda kurungan)
Kanji | Maksud | Go-on | Kan-on | Tō-on | Kan'yō-on |
---|---|---|---|---|---|
terang | myō | mei | (min) | - | |
pergi | gyō | kō | (an) | - | |
terlalu | goku | kyoku | - | - | |
mutiara | shu | shu | ju | (zu) | |
darjah | do | (to) | - | - | |
輸 | pengangkutan | (shu) | (shu) | - | yu |
anak | shi | shi | su | - | |
jelas | shō | sei | (shin) | - | |
ibu negara | kyō | kei | (kin) | - | |
askar | hyō | hei | - | - | |
kuat | gō | kyō | - | - |
On'yomi didapati terutamanya dalam kata majmuk pelbagai kanji jukugo (
Kun'yomi (sebutan Bahasa Jepun)
[sunting | sunting sumber]Kun'yomi (
Contohnya, aksara kanji bagi timur,
Kun'yomi disifatkan melalui struktur suku kata (C)V yamatokotoba yang ketat. Kebanyakan kun'yomi kata nama atau adjektif panjangnya dua atau tiga suku kata, manakala kun'yomi kata kerja selalunya satu atau dua suku kata panjangnya (tanpa mengira hiragana ekoran bergelar okurigana, itupun dianggap sebahagian daripada bacaan).
Dalam sesetengah kes, pelbagai kanji diberi untuk meliputi satu perkataan bahasa Jepun. Biasanya apabila berlakunya kes sebegini, kanji yang berlainan menyentuh kelainan maksud yang tertentu. Contohnya, perkataan なおす (naosu), jika ditulis
Bacaan dialek tempatan bagi kanji juga dikelaskan di bawah Kun'yomi, terutamanya sebutan bagi perkataan dalam Bahasa-bahasa Ryukyu.
Bantuan sebutan
[sunting | sunting sumber]Oleh sebab kekeliruan yang boleh terjadi, kadang-kadang kanji disertakan panduan sebutan bagi konteks yang diberi yang dieja dalam furigana (kana kecil yang ditulis pada bahagian atas atau kanan aksara) atau kumimoji (kana kecil yang ditulis sejurus selepas aksara). Bantuan sebutan ini banyak diamalkan dalam teks bagi kanak-kanak atau pelajar bahasa ini dari negara asing serta juga dalam komik manga. Bantuan sebutan juga diaplikasi dalam akhbar untuk bacaan yang tidak biasa atau ganjil dan juga untuk aksara yang tidak termasuk dalam set rasmi kanji am.
Perkembangan tempatan
[sunting | sunting sumber]Meskipun kanji ialah aksara Cina (hanzi) yang digunakan dalam penulisan bahasa Jepun, terdapat juga kelainan ketara antara kanji dan hanzi, termasuk kegunaan aksara yang direka di Jepun, aksara yang diberi maksud berlainan dalam bahasa Jepun, dan pemudahan kanji selepas Perang Dunia II.
Kokuji
[sunting | sunting sumber]Kokuji (
峠 (とうげ tōge "genting")榊 (さかき sakaki "pokok sakaki, genus Cleyera")畑 (はたけ hatake "sawah", "ladang pertanian")辻 (つじ tsuji "persimpangan")働 (どう dō, hatara(ku) "bekerja")
sesetengah kokuji seperti "
Kokkun
[sunting | sunting sumber]Selain kokuji, terdapat kanji yang diberi maksud dalam bahasa Jepun yang berlainan daripada maksud bahasa Cinanya. Kanji-kanji sedemikaian bukanlah kokuji, sebaliknya bergelar kokkun (
沖 oki ("pesisir"; bahasa Cina: chōng "membilas")椿 tsubaki ("Camellia japonica"; bahasa Cina: chūn "Ailanthus")
Aksara lama dan baru
[sunting | sunting sumber]Ada kalanya sesuatu kanji yang sama boleh ditulis dalam dua bentuk berlainan, iaitu Kyūjitai (
國 国 kuni, koku ("negara")號 号 gō ("nombor")變 変 hen, ka(waru) ("berubah")
Kebanyakan aksara Cina langsung tidak diserap dalam bahasa Jepun. Namun begitu, secara teori, mana-mana aksara Cina boleh dijadikan aksara Jepun—Daikanwa Jiten, salah sebuah kamus kanji terbesar pernah dikompilasi, mengandungi kira-kira 50,000 masukan, itupun kebanyakannya tidak pernah digunakan dalam bahasa Jepun.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Taylor, Insup; Taylor, Maurice Martin (1995). Writing and literacy in Chinese, Korean, and Japanese. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company. m/s. 305. ISBN 90-272-1794-7.
- ^ Malatesha Joshi, R.; Aaron, P.G. (2006). Handbook of orthography and literacy. New Jersey: Routledge. m/s. 481–2. ISBN 0-8058-4652-2.
- ^ Hary Gunarto, Building Kanji Dictionary as Basic Tool for Machine Translation in Natural Language Processing Applications, Journal of Ritsumeikan Studies in Language and Culture, April 2004, 15/ 3, 177-185
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kanji-A-Day.com, Kanji harian percuma berdasarkan senarai JLPT, kamus kanji, senarai pembelajaran kanji, kuiz kanji.
- Japanese Calligraphy Kamus Bahasa Jepun
- (Jepun)Kamus Kokuji