(Translated by https://www.hiragana.jp/)
De facto - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

De facto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

De facto merupakan satu ungkapan Latin yang bermaksud "pada hakikatnya" atau "dalam amalan" tetapi tidak diutarakan secara terus-terang dalam undang-undang. Istilah ini berlawanan dengan de jure (yang bermaksud "di sisi undang-undang") apabila merujuk kepada hal ehwal undang-undang, pentadbiran, atau teknik (seperti piawaian). Semasa membincangkan suatu keadaan undang-undang, de jure menandakan apa yang dikatakan undang-undang, manakala de facto menandakan apa yang berlaku dalam amalan sebenar.

Istilah de facto juga boleh digunakan apabila tidak terdapat undang-undang atau piawaian yang berkenaan, namun terdapat amalan umum yang telah diterima, walaupun bukan sejagat.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]