(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Gempa bumi dan tsunami Sanriku 869 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Gempa bumi dan tsunami Sanriku 869

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi dan tsunami Jōgan 869
Gempa bumi dan tsunami Sanriku 869 yang terletak di Jepun
Gempa bumi dan tsunami Sanriku 869
Tarikh9 Julai 869
Magnitud8.6 Ms
Koordinat38°30′N 143°48′E / 38.5°N 143.8°E / 38.5; 143.8Koordinat: 38°30′N 143°48′E / 38.5°N 143.8°E / 38.5; 143.8
Kawasan terjejasJepun
Tsunamiya
Korban≈1,000[1]

Gempa bumi dan tsunami Sanriku 869 (869ねん三陸さんりく地震じしん, 869-nen Sanriku jishin) melanda kawasan sekitar Sendai di bahagian utara Honshu pada 9 Julai 869 (26 hari bulan 5, tahun ke-11 Jōgan).[2] Gempa bumi ini dianggarkan magnitudnya 8.6 pada skala magnitud gelombang permukaan.[3] Tsunami pula menyebabkan banjir yang berleluasa di dataran Sendai, dengan terjumpanya mendapan pasir sejauh 4 kilometer (2.5 bt) dari pantai.

Di Jepun, peristiwa ini dipanggil "Gempa Bumi Jōgan" (さだかん地震じしん), yang mana Jōgan ialah nama zaman mulai tahun 859 hingga 877 M. Akan tetapi, pada zaman itu juga berlakunya gempa-gempa bumi besar yang lain di Jepun, maka nama pusat gempa dan tahun Masihi berlakunya gempa bumi turut digunakan. Sanriku dalam konteks ini lebih kurang bersamaan dengan kawasan pantai timur laut dermaga Pasifik di pulau Honshu. Naskhah sejarah Jepun, Nihon Sandai Jitsuroku yang dihimpunkan pada tahun 901, tercatat peristiwa gempa dan tsunami 869 di Wilayah Mutsu.[4]

Keterangan dalam arkib awam

[sunting | sunting sumber]

Walaupun gempa ini berlaku di kawasan sempadan Kerajaan Jepun lama yang beribu kota di Kyoto, namun tinggal sahaja catatan rasmi yang ringkas tetapi sungguh jitu tentang bencana ini. Keterangan dalam Nihon Sandai Jitsuroku adalah seperti berikut:

(Teks asal dalam bahasa Cina Klasik)
五月ごがつ廿にじゅうろくにちみずのと 陸奧みちのくこくだい震動しんどう りゅうこう如晝かくれうつ ころ 人民じんみんさけべよび ふく不能ふのうおこり ある仆壓 あるきれうめ殪 うまうし駭奔 あるあいのぼり踏 しろかく倉庫そうこ もん墻壁 くずおれ顛覆てんぷく 不知ふち其數 うみこうたけほえ こえ雷霆らいてい おどろき濤涌しお 泝洄漲ちょう ゆるがせいたり城下じょうか うみすうじゅうひゃく ひろし不辨ふべん其涯しょ 原野はらの道路どうろ そうため滄溟そうめい 乘船じょうせん遑 登山とざんなん及 溺死できししゃせんもと 資産しさんなえ稼 殆無孑遺焉


(Terjemahan bahasa Melayu)
Pada 26 hari bulan lima (9 Julai 869 M), berlakunya sebuah gempa bumi besar di wilayah Mutsu dengan sinar cahaya yang luar biasa di langit. Rakyat menjerit-jerit sambil menangis, berbaring dan tidak dapat bangun. Ada yang terkorban oleh rumah-rumah yang tumbang, dan ada yang terkorban oleh tanah runtuh. Kuda-kuda dan lembu-lembu dikejutkan, meluru berkeliaran dan mencederakan yang lain-lain. Bangunan besar-besar, gudang-gudang, pintu-pintu pagar dan tembok-tembok musnah. Kemudian, laut mulai mengaum umpama ribut petir besar. Permukaan laut tiba-tiba naik dan ombak gergasi menyerang tanah. Ia mengganas seperti igauan buruk, dan mencapai pusat kota dengan begitu cepat. Ombak-ombak tersebar ribuan ela dari pantai, sampai kami tidak dapat melihat betapa besar kawasan yang terjejas itu. Padang-padang dan jalan-jalan tenggelam sama sekali dalam laut. Sekitar seribu orang lemas dalam ombak kerana gagal melarikan diri ke arah laut atau ke tanah tinggi dari air bah. Harta benda dan kecambah tanaman hampir semuanya habis terhanyut.


Latar tektonik

[sunting | sunting sumber]

Bahagian utara Honshu terletak di atas sempadan pertemuan antara Plat Okhotsk yang menindih (yang diusulkan sebagai mikroplat di dalam Plat Amerika Utara) dan Plat Pasifik yang membenam. Sempadan ini disangkut-pautkan dengan serantaian gempa bumi besar dalam sejarah yang berpunca daripada pecahan di sepanjang antaramuka plat ataupun daripada pencacatan dalam mana-mana plat, kebanyakannya mencetuskan tsunami pembinasa seperti Gempa bumi Meiji-Sanriku 1896.

Kemusnahan

[sunting | sunting sumber]

Di kawasan yang dilanda gempa bumi, kerajaan Jepun berperang dengan orang asli kawasan Tōhoku, Emishi, ketika itu.[4][5] Menurut Nihon Sandai Jitsuroku, sekitar 1000 orang dibunuh oleh tsunami.[4]

Tsunami ini mengakibatkan banjir yang berleluasa di dataran Sendai, membinasakan pekan Tagajō. Siasatan kaji purba telah mengenal pasti tinggalan bangunan abad ke-8 dan ke-9 di bawah pekan itu, dilitupi oleh endapan-endapan yang datang dari pertengahan abad ke-10.[6]

Gempa bumi

[sunting | sunting sumber]

Anggaran magnitud gempa bumi pada 8.6 pada skala magnitud permukaan diambil daripada pemodelan tsunami. Kawasan sumber panjang 200 kilometer (120 bt) kali lebar 85 kilometer (53 bt) dengan sesaran 2 meter (6 ka 7 in) adalah sejajar dengan taburan yang diamati dan takat pembanjiran.[6] Analisa mendapan yang berkaitan dengan gempa bumi 2011 menunjukkan bahawa takat mendapan tanah pada peristiwa-peristiwa lalu teranggar kurang takat pembanjiran itu. Mendapan lumpur didapati menjangkau separuh jauhnya lagi dengan lembaran pasir. Setelah topografi dan penanaman di dataran Sendai tidak banyak berubah sejak tahun 869, maka adalah diusulkan bahawa punca-punca tsunami 2011 dan 869 lebih kurang sama saiznya, oleh itu magnitud gempa bumi 869 itu telah dianggar kurang.[7]

Takat pembanjiran yang disebabkan oleh tsunami di dataran Sendai telah dipetakan dengan menggunakan mendapan pasir yang ditentukan tarikhnya. Tsunami itu membanjiri tidak kurang 4 kilometer (2.5 bt) ke pedalaman.[6]

Ramalan ancaman gempa bumi

[sunting | sunting sumber]

Tiga mendapan tsunami telah dikenal pasti di dalam jujukan Holosen dataran Sendai, kesemuanya terbentuk dalam masa 3,000 tahun yang lain, menunjukkan waktu selang berulangnya gempa bumi besar pencetus tsunami sekitar 800 hingga 1,100 tahun. Pada 2001, adalah diakui bahawa terdapat kemungkinan besar akan datangnya tsunami besar yang melanda dataran Sendai kerana lebih 1,100 tahun sudah berlalu.[6]

Bagi dua lagi tsunami besar yang dikenali sebelum tsunami 869, salah satunya dianggarkan berlaku sekitar tahun 1000 SM dan 500 SM dan satu lagi sekitar tahun 1 M.[8] Pada tahun 2007, kebarangkalian berlakunya gempa bumi bermagnitud Mw 8.1–8.3 dianggarkan 99% dalam masa 30 tahun akan datang.[1]

Gempa bumi Tōhoku 2011 lebih besar daripada yang diramal, tetapi berlaku di tempat yang sama dengan bencana 869 dan menyebabkan banjir besar di kawasan Sendai.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Satake, K. (2007). "Tsunami source of the unusual AD 869 earthquake off Miyagi, Japan, inferred from tsunami deposits and numerical simulation of inundation". American Geophysical Union, Fall Meeting 2007, abstract #T31G-03. Dicapai pada 12 March 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Sawai, Y. (2008). "Marine incursions of the past 1500 years and evidence of tsunamis at Suijin-numa, a coastal lake facing the Japan Trench". Holocene. 18 (4): 517–528. doi:10.1177/0959683608089206. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-16. Dicapai pada 27 March 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ "Significant Earthquake". NOAA. Dicapai pada 2011-08-13.
  4. ^ a b c Minoura, Koji (June 30, 2001). "津波つなみ災害さいがいかえす" (dalam bahasa Japanese). Tohoku University. Dicapai pada March 14, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "ム.陸奥みちのくくに奈良なら天平てんぴょう伽藍がらんかな" (dalam bahasa Jepun). Sendai. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 14 Mac 2011.
  6. ^ a b c d Minoura, K. (2001). "The 869 Jōgan tsunami deposit and recurrence interval of large-scale tsunami on the Pacific coast of northeast Japan" (PDF). Journal of Natural Disaster Science. 23 (2): 83–88. Dicapai pada 12 March 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ Goto, K. (2011). "New insights of tsunami hazard from the 2011 Tohoku-oki event". Marine Geology. Elsevier. 290 (1–4): 46–50. doi:10.1016/j.margeo.2011.10.004. Dicapai pada 30 November 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  8. ^ http://www.jishin.go.jp/main/chousakenkyuu/miyagi_juten/h18/h18_miyagi.pdf (ms. 68)