Kediamagnetan
![](https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c9/Diamagnetic_graphite_levitation.jpg/220px-Diamagnetic_graphite_levitation.jpg)
Kediamagnetan (Inggeris: diamagnetism) ialah ciri suatu objek yang menyebabkannya menghasilkan medan magnet yang berlawanan daripada medan magnet yang dikenakan dari luar. Ia adalah satu kesan mekanik kuantum yang terdapat dalam semua bahan; jika kesan ini satu-satunya penyumbang kepada kemangnetan, suatu bahan itu dipanggil diamagnet. Tidak seperti feromagnet, diamagnet bukanlah magnet kekal. Kebolehtelapan magnetiknya adalah kurang daripada
Diamagnet ditemui buat kali pertama pada 1778 apabila Sebald Justinus Brugmans mendapati bahawa bismut dan antimoni ditolak oleh medan magnet. Istilah diamagnetism diterbitkan oleh Micheal Faraday pada September 1845, apabila beliau menyedari bahawa setiap bahan memberi tindak balas (sama ada secara diamagnet atau paramagnet) pada medan magnet yang dikenakan ke atasnya.
Bahan-bahan
[sunting | sunting sumber]Bahan | |
---|---|
Pengalir lampau | -105 |
Karbon pirolitik | -40.0 |
Bismut | -16.6 |
Raksa | -2.9 |
Perak | -2.6 |
Karbon (berlian) | -2.1 |
Plumbum | -1.8 |
Karbon (grafit) | -1.6 |
Tembaga | -1.0 |
Air | -0.91 |
Kediamagnetan ialah satu sifat dalam setiap bahan yang sangat sedikit menyumbang kepada respon suatu bahan kepada medan magnet. Namun, bagi bahan-bahan yang menunjukkan bentuk kemagnetan lain (seperti keferomagnetan atau keparamagnetan), sumbangan kediamagnetan boleh tidak diambil kira. Bahan-bahan yang biasanya menunjukkan sifat-sifat diamagnet dinamakan bahan-bahan diamagnet, atau diamagnet secara ringkas. Bahan-bahan diamagnet adalah bahan-bahan yang secara umumnya dikenali sebagai bahan tidak bermagnet seperti air, kayu, sebatian-sebatian organik seperti petroleum dan sesetengah plastik, dan pelbagai jenis logam seperti tembaga, terutama sekali logam-logam yang mempunyai banyak elektron teras seperti raksa, emas dan bismut. Kerentanan magnet pelbagai serpihan molekul dikenali sebagai pemalar Pascal.
Bahan diamagnet mempunyai kebolehtelapan magnet relatif yang kurang atau sama dengan 1, dan oleh itu mempunyai kerentanan magnet kurang daripada atau sama dengan 0, kerana kerentanan ditakrifkan sebagai
Setiap pengalir memiliki kediamagnetan berkesan apabila ia mengalami medan magnet yang berubah. Daya Lorentz pada elektron menyebabkannya beredar dan menghasilkan arus pusar. Arus pusar ini kemudiannya menghasilkan medan magnet teraruh yang bertentangan dengan medan yang dikenakan dan menentang gerakan pengalir itu.
Pengalir lampau
[sunting | sunting sumber]![](https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/22/EXPULSION.png/220px-EXPULSION.png)
Pengalir lampau boleh dianggap sebagai diamagnet sempurna (
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nave, Carl L. "Magnetic Properties of Solids". Hyper Physics. Dicapai pada 2008-11-09.