(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Kitab Amos - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Kitab Amos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kitab Amos ialah salah satu kitab dalam Nevi'im dan Perjanjian Lama yang ditulis oleh nabi Amos. Amos yang berasal dari Tekoa, sebelah tenggara Bethlehem, adalah nabi pertama dalam Alkitab di mana pesanannya ada dicatatkan secara terperinci. Beliau berasal dari sebuah bandar di Yehuda, tetapi ia berkhutbah kepada orang-orang Israel di kerajaan utara sekitar pertengahan abad ke-8 SM.

Kitab Amos terdiri daripada tiga bahagian:

  1. Hukuman atas negara-negara tetangga Israel 1:1--2:5
  2. Hukuman atas Israel 2:6--6:14
  3. Lima penglihatan 7:1--9:15

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Pengantar Alkitab Lembaga Alkitab Indonesia, 2002.