Dinasti Pallava
Dinasti Pallava pada k.k. 645 Masihi semasa pemerintahan Narasimhavarman I | ||
Bahasa rasmi | Prakrit, Sanskrit, Tamil, Telugu | |
Ibu negara | Kanchipuram | |
Pemerintahan | Pemerintahan beraja | |
Kaum kerabat | ||
Negara sebelumnya | Dinasti Satavahana, Dinasti Kalabhra | |
Negara berikutnya | Dinasti Chola, Dinasti Chalukya Timur |
Dinasti Pallava ialah dinasti di India Selatan yang memerintah wilayah Tamil Nadu utara dan wilayah Andhra Pradesh selatan, dengan ibu kotanya terletak di Kanchipuram. Kaum kerabat Pallava berasal daripada komuniti Kuruba/Kurumba dan pada mula-mulanya, menghuni di wilayah Guntur di Andhra Pradesh. Kawasan ini kini masih dirujuk sebagai Palnadu atau Pallava Nadu. Perkataan "Pallava" dalam bahasa Sanskrit membawa pengertian cabang.
Dinasti Pallava mencapai kemasyhuran selepas membayangi Dinasti Satavahana di Andhra dan selepas kejatuhan Dinasti Chola di Tamil Nadu. Raja-raja Pallava menaungi bahasa Tamil, bahasa Telugu, dan bahasa Sanskrit. Sesetengah pemuisi Sanskrit yang terkenal, termasuklah Bharavi dan Dandin, serta kuil-kuil potongan batuan di tepi pantai Mahabalipuram berasal dari zaman dinasti ini.
Dinasti Pallava bangkit untuk berkuasa semasa pemerintahan Mahendravarman I (571 – 630 Masihi) dan Narasimhavarman I (630 – 668 Masihi). Ia menguasai Telugu dan bahagian utara wilayah Tamil selama sekitar 600 tahun sehingga akhir abad ke-9. Pada sepanjang pemerintahan mereka, mereka sering bertempur dengan kedua-dua:
- Dinasti Chalukya dari Badami di utara; dan
- kerajaan Tamil dari Dinasti Chola dan Dinasti Pandya di selatan;
dan akhirnya ditewaskan oleh raja-raja Chola pada abad ke-8.
Dinasti Pallava paling terkenal kerana menaungi seni bina yang masih dapat dilihat pada hari ini di Mahabalipuram. Raja-rajanya yang meninggalkan arca dan kuil yang megah mengasaskan seni bina India selatan zaman pertengahan. Penjelajah Cina, Hiuen Tsang, mengunjungi Kanchipuram sewaktu pemerintahan Dinasti Pallava dan memberikan pujian melangit terhadap pemerintahan mereka yang baik.
Banyak sumber memerihalkan Bodhidharma, pengasas mazhab Buddhisme Chan, sebagai putera dinasti Pallava yang hidup sezaman dengan Skandavarman IV dan Nandivarman I,[1] serta juga dengan putera Simhavarman II. Bagaimanapun, kenyataan ini masih dipertikaikan. Mazhab Buddhisme Chan kemudian dikenali sebagai mazhab Buddhisme Zen di Jepun.
Beberapa lagenda dikaitkan dengan asal Pallava.
Asal
[sunting | sunting sumber]Sejarah Asia Selatan Sejarah India | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Zaman Batu | sebelum 3300 SM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
- Budaya Mehrgarh | 7000–3300 SM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tamadun Lembah Indus | 3300–1700 SM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
- Budaya Harappa Akhir | 1700–1300 SM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemerintahan Syarikat di India | 1757–1858 Masihi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
India British | 1858–1947 Masihi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemecahan India | 1947 Masihi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah Sri Lanka | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah negara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Afghanistan • Bangladesh • Bhutan • India Maldives • Nepal • Pakistan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah khusus | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Duit syiling • Dinasti • Ekonomi Indologi • Bahasa • Kesusasteraan • Kelautan Tentera • Sains dan Teknologi • Garis masa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Main article: Asal Pallava
Tiga Raja Bertakhta (Tamil: மூவேந்தர், Mūvēntar), merujuk kepada triumvirate bagi Chola, Chera dan Pandya yang menguasai politik negeri Tamil silam, Tamilakam, yang terdiri dari kawasan Chola Nadu, Chera Nadu dan Pandya Nadu. Pallavas tidak disebut sebagai pemerintah di kawasan Tamil pada masa ini. Kesasteraan Tamil terawal yang memberikan bayangan kawasan yang dikaitkan dengan Pallavas adalah Ahananuru yang menempatkan dua Tiriyans -- Tiriyan tua di Gudur, daerah Nellore, dengan kerajaan melampaui hingga ke Tirupati atau Thiruvengadam; dan Tiraiyan muda yang ibu kotanya adalah Kanchipuram.[2] Karya Sangam, Perumbanarruppatai, menjejak leleuhur Tiriyan muda (ataujuga, Ilam Tiriyan) ke Dinasti Solar dari Ikshvakus, sementara pengulas Tamil berikutnya mengenal pasti dia sebagai anak luar nikah antara Raja Chola dan Puteri Naga.[2]
PT Srinivasa Iyengar menyatakan 'Tondaiyar' bererti "puak yang symbol mereka adalah pokok menjalar Tondai".[3] Tondai atau Coccinia indica biasanya dikenali sebagai Kōvai dalam bahasa Tamil moden, tetapi nama Doṇḍe merupakan nama asal tumbuhan ini dalam bahasa Telugu.[3] Sinonim bagi Doṇḍe, Tonde atau Tondai (Coccinia indica) adalah Cephalandra indica dan Coccinia grandis.
Hasil dari Kongres Tahunan Pertama (Proceedings of the First Annual Congress) mengenai Sejarah India Selatan turut mencatatkan: Perkataan Tondai bererti pokok menjalir dan istilah Pallava membawa erti yang serupa.[4] Oleh kerana Pallavas memerintah jajahan menganjur dari Bellary hingga ke Bezwada, ia mendorong kepada teori bahawa Pallavas merupakan dinasti utara yang membuat kontrak perkahwinan dengan puteri dari Dinasti Andhra dan mewarisi sebahagian dari Selatan Andhra Pradesh.[5][6]
KA Nilakanta Sastri mencadangkan bahawa Pallavas merupakan keturunan dinasti yang berasal dari India Utara yang berpindah ke selatan, mengambil tradisi tempatan bagi kegunaan mereka sendiri, dan menamakan diri mereka sempena tanah yang digelar Tondai sebagai Tondaiyar.[4][7] KP Jayaswal turut mencadangkan asal India Utara bagi mereka, mencadangkan teori bahawa Pallava merupakan cabang dinasti Vakatakas.[4] Kaitan dengan Vakatakas disokong oleh fakta bahawa Pallavas menerima pakai lambang jata majaraja Vakataka, sebagaimana terbukti pada lambang Pallava. Pallavas meletakkan pada mohor mereka, Ganga dan Yamuna, diketahui sebagai lambang Vakataka.[8]
Kesusteraan Sangam klasik, Manimekhalai meletakkan asal Raja Pallava pertama hasil hubungan antara puteri Raja Naga Manipallava bernama Pilli Valai (Pilivalai), bersama Raja Chola Killivalavan, dari hubungan mereka melahirkan seorang putera,[5] yang hilang dalam kapal karam dan dijumpai dengan ranting (pallava) Cephallandra indica (Tondai) membelit pergelangan kaki dan dengan itu digelar orang-Tondai.[5] Satu lagi versi menyatakan "Pallava" dilahirkan hasil hubungan Asvathama dengan Puteri Naga [5] juga disokong dalam ayat keenam kepingan Bahur yang menyatakan "Dari Asvathama lahirlah raja bernama Pallava".[5]
Sungguhpun Manimekhalai mendakwa bahawa Ilam Tiriyan sebagai Chola, bukannya Pallava, bagaimanapun dalam sejarah, kepingan Velurpalaiyam bertarikh sehingga 852 CE, tidak menyebut mengenai Chola. Sebaliknya ia menyatakan bahawa kisah hubungan Naga, dan jurai keturunan darah Pallava, pada raja Pallava yang lain bernama Virakurcha, sambil mengekalkan kepentingan kesahihannya:[9]
...darinya (Aśvatthāman) turutlah (datang) Pallava, penguasa seluruh dunia, yang kemashyurannya membingungkan. Dengan itu, wujudlah keturunan Pallavas... [termasuk anak lelaki Chūtapallava] Vīrakūrcha, nama yang dimuliakan, yang serentak bersama (dengan tangan) anak perempuan pemimpin ular mengenggam jata kerajaan dan menjadi terkenal.
Dalam sejarah, hubungan awal antara Naga dan Pallava terikat kukuh sebelum mitos kelahiran Pallava oleh Ashwatthama berakar umbi.[10] Praśasti (harafiah "pujian"), dikarang pada 753 CE dalam eulogi dinasti dalam kepingan Kasakadi (Kasakudi), oleh Pallava Trivikrama, menjejak leluhur Pallava sejak penciptaan melalui beberapa siri leluhur mistik, dan kemudian memuji dinasti Pallava dari segi dua persamaan (“similes”) terikat bersama oleh tiga penggunaan perkataan avatara ("keturunan"), seperti di bawah:[9]
Dari [mereka] keturunan dinasti Pallava [vaṁśāvatāra] berkuasa dan bersih, yang menyerupai kelahiran semula [aṃśāvatāra] separa Visnu, sebagaimana yang ditunjukkannya dengan menakluk kitaran dunia...dan yang menyerupai keturunan Ganges [gaṅgāvatāra] ketika ia menyucikan seluruh dunia.
Sejarahwan KR Subramanian menyatakan bahawa dinasti Pallava pada asalnya bukanlah kuasa Tamil, tetapi mereka merupakan kuasa Telugu; dan Sumber Telugu mengetahui mengenai Trilochana Pallava.[11] Trilochana Pallava dibunuh oleh Raja Chalukya berhampiran Mudivemu, Daerah Cuddapah. Kisah Buddha menggambarkan Kala Nagaraja, menyerupai Pallava Kalabhartar sebagai raja di wilayah berhampiran jajahan Krishna. Pallava Bogga boleh dikenal pasti dengan kerajaan Kala di Andhra yang memiliki hubungan laut dan budaya yang rapat dan awal dengan Ceylon.[10] Rev Heras turut mengenal pasti Raja Bappa dengan Kalabhartar (aka Kalabhartri), "permata keluarga ", yang Rev Heras cadangkan sebagai pengasas dinasti, mengesan rujukan pada Bappa dalam kepingan Hirahadagalli dan Uruvapalli, "perisa antik dan penghormatan yang sentiasa mengiringi ingatan pengasas dinasti ".[12]
Tulisan Pallava terawal dijumpai di wilayah Bellary, Guntur dan Nellore.[10] Selepas mengkaji dengan teliti jurai keturunan Pallava dengan semua bahan yang ada, tidak kurang dari 45 tulisan, Rev. H. Heras mencadangkan teori bahawa terdapat turutan berterusan raja Pallava, dua puluh empat orang semuanya, yang pada asalnya memerintah di bandar dalam negeri Telugu, kemungkinannya di Dasanapura, di mana Kepingan Tembaga Darsi menyatakannya sebagai adhisthana mereka.[12] Dasanapura telah dikenalpasti sebagai Darsi, di daerah Nellore.[13][14]
Pengembangan ke dalam Wilayah Tamil
[sunting | sunting sumber]Kepingan Velurpalaiyam menyebut mengenai Pallava, Simhavishnu:[15]
Dia dengan pantas merampas negeri Cholas dihias oleh anak perempuan Kavira (contoh. Sungai Kaveri), yang hiasannya adalah saujana jelapang padi, dan di mana (terdapat) ladang areca (palma).
Pada walnya negeri Chola tidak dimiliki oleh Pallavas dan Raja Pallava, Simhavishnu yang menakluk negeri Chola.[15]. Operasi tentera ini mendapat tentangan oleh ramai raja selatan seperti yang dapat dilihat dari Kepingan Kasakudi yang menyatakan Simhavishnu mengalahkan pemerintah berikut:[15]
The Malaya, Kalabhra, Malava, Chola and Pandya (Raja), Simhala (Raja) yang bangga dengan kekuatan tenteranya, dan Keralas.
Pallavas menawan Kanchi dari Cholas sebagaimana direkod dalam Kepingan Velurpalaiyam, sekitar pemerintahan jurai raja Pallava kelima Kumaravishnu I.[12] Selepas itu Kanchi disebut dalam tulisan sebagai ibukota Pallavas.[12] Cholas menghalau Pallava dari Kanchi pada pertengahan abad ke- 4 CE, semasa pemerintahan Vishugopa, raja jurai Pallava kesepuluh.[12] Pallava kembali menawan Kanchi pada pertengahan kurun ke-6, kemungkinannya semasa pemerintahan Simhavishnu, raja ke empat belas jurai raja Pallava, yang dinyatakan oleh kepingan Kasakudi sebagai "singa bumi ". Selepas itu Pallava memegang Kanchi sehingga kurun ke- 9 CE, sehingga pemerintahan raja terakhir mereka, Vijaya-Nripatungavarman.[12]
Perluasan dan penaklukan lain
[sunting | sunting sumber]Pallava berkonflik dengan kerajaan utama lain pada tempoh masa yang berlainan. Pertandingan bagi penguasaan politik wujud antara Dinasti Pallava awal dan Dinasti Kadamba. Banyak tulisan Kadamba memberikan perincian mengenai permusuhan Pallava-Kadamba.[16] Pallava turut memiliki hubungan perkahwinan kontrak dengan Kadamba. Menurut Kepingan Velurpalaiyam ibu raja Pallava king Nandivarman merupakan puteri Kadamba bernama Aggalanimmati.[17] Kepingan Velurpalaiyam turut menyatakan bahawa Nandivarman terpaksa bertarung bagi mendapatkan takhta bapanya.[17]
Semasa pemerintahan Vishnugopavarman II (sekitar.500-525 AD), pergelutan politik menyelubungi Pallava akibat penjajahan Dinasti Kalabhra ke atas negeri Tamil.[18] Pada akhir kurun ke enam, Pallava Simhavishnu menyerang Kalabhras. Pandyas turut menurut sama. Selepas itu negeri Tamil terbahagi antara Pallava di utara dengan Kanchipuram sebagai ibu negeri mereka, dan Pandya di selatan dengan Madurai sebagai ibu kota mereka.[18]
Selepas kekacauan Kalabhra pergelutan berpanjangan antara Pallava dan Chalukya dari Badami bagi penguasaan di semenanjung India bermula.[perlu rujukan] Kedua mereka cuba menetapkan penguasaan ke atas Krishna-Tungabhadra doab. Di bawah Skandavarman I, Pallava melanjutkan penguasaan mereka ke bahagian utara sehingga Sungai Krishna dan ke barat sehingga Laut Arab.[perlu rujukan] Sungguhpun pemerintah Chalukya Pulakeshin II hampai sampai ke Pallava capitalm penjajahna keduanya berakhir dengan kegagalan. Pemerintah Pallava Narasimhavarman menduduki Vatapi, mengalahkan Pandya, Chola dan Cheras.[perlu rujukan]
Raja Gupta, Samudragupta memimpin ekspedisi ke selatan, mengembara melalui hutan tebal Madhya Pradesh sehingga ke Orissa, Vishakapatnam, Godavari, Krishna dan daerah Nellore, dan menceroboh sehingga Kanchi ibukota Pallava.[19] Berundur ke tanah asal mereka di Nellore dan Guntur sekejab Pallava kembali ke Kanchi dengan kecergasan yang baru. Mereka kemudian memerintah dengan Kanchipuram sebagai ibukota mereka tanpa gangguan sehingga permusuhan dengan Chalukyas muncul kembali.[20]
Konflik antara Pallava dan Chalukyas bersambung pada awal bahagian pertama kurun ke lapan dengan banyak kekalahan Pallava. Chalukyas mengalahkan mereka sepenuhnya pada tahun 740 CE, mengakhiri penguasaan Pallava di Selatan India.[perlu rujukan]
Birudas
[sunting | sunting sumber]Adat diraja menggunakan siri gambaran gelaran kehormat, birudas, terutamanya amat meluas dikalangan Pallavas. Birudas bagi Mahendravarman I adalah dalam Sanskrit, Tamil dan Telugu. Birudas Telugu menunjukkan pembabitan Mahendravarman dengan wilayah Andhra terus kukuh pada masa dia mencipta kuil guanyadi wilayah Tamil.[21] Suffix "Malla" digunakan oleh pemerintah Pallava.[21] Mahendravarman I menggunakan biruda, Satrumalla, "pahlawan yang mengalahkan musuhnya ", dan cucunya Paramesvara I dipanggil Ekamalla "pahlawan tunggal atau pegusti ". Raja Pallava, kemungkinannya yang terhormat, dikenali dengan gelaran mereka, Mahamalla atau "pegusti agung ".[9]
Bahasa digunakan
[sunting | sunting sumber]Pada awal pemerintahan Pallava tulisan diraja samaada menggunakan bahasa Prakrit atau dalam bahasa Sanskrit, yang dianggap bahasa rasmi bagi dinasti sementara skrip rasmi adalah grantha Pallava.[22] Samajuga, tulisan yang ditemui di Andhra Pradesh dan Negeri Karnataka adalah dalam Prakrit dan bukannya bahasa Telugu atau Kannada.[22] Fenomena menggunakan bahasa Prakrit dan Sanskrit sebagai bahasa rasmi dalam mana pemerintah meninggalkan tulisan dan epigrafik mereka berterusan sehingga kurun ke- 6 CE. Ia menjadi kelebihan bagi golongan elite pemerintah bagi melindungi keistimewaan mereka dengan mengekalkan kesamaa Prakrit mereka bagi menyingkirkan orang biasa dari berkongsi kuasa (Mahadevan 1995a: 173-188). Pallavas dalam negeri Tamil mereka turut menggunakan kaedah yang sama. Mereka menggunakan bahasa Sanskrit dan skrip grantha Pallava dalam perintah rasmi mereka.
Dokumen rasmi kepingan tembaga muniment terawal yang dijumpai di India, sehingga kini adalah oleh Pallavas pada tarikh yang tidak ditentukan.[23] Dokumen ini merupakan pembaharuan anugerah taman sebelumnya yang diberikan oleh raja Bappa sebelum ini, kepada dua puluh keluarga Brahman dari Atreya, Harita, Bhradvaja, Kausika, Kasyapa, dan Vatsya gotras, yang menetap di Selatan India sekitar tarikh anugerah ini.[23] Anugerah ini menyebut bahagian khusus tertentu bagi Brahmans, dan bebas dari semua cukai ; pada mana kini ditambah dengan anugerah bidang tanah yang baru di kampong berjiranan bagi lantai melerai, dan sebidang lagi bagi tapak rumah, bersama juga dengan empat buruh penuai, dan dua serf pertanian terikat pada tanah. Pemberian ini dicipta bagi meningkatkan kebaikan, dipanjangkan hayat, kuasa, dan kemashyuran keluarga dan bangsa penderma.
Anugerah ini dikeluarkan dari Kanchipura, dan bertarikh pada hari kelima dari enam puluh hari musim hujan pada tahun ke lapan pemerintahan penderma. Anugerah ini dilakukan oleh raja Pallava, Sivaskanda-varman, yang disebut sebagai ahli persatuan kerohanian bagi rishi Bharadvaja, dan persembahan bagi pengorbanan vedik Agnishtoma, Vajapeya, dan Asvamedha.[23]
Keseluruhan kandungan ukiran tulisan dalam bentuk Prakrit kuno; tetapi pujian ringkas dalam bahasa Sanskrit ditambah pada penghujungnya, dan nama raja pada cop mohor juga ditulis dalam bentuk Sanskrit. Berkait dengan tarikh anugerah, Professor Buhler menyebut bahawa "adalah mustahil bagi menyatakan bagaimana penderma berkait dengan raja Pallava lain yang diketahui dari sasanas yang belum diterbitkan, atau menetapkan tarikh bila dia memerintah ", tetapi dia mengusulkan bagi tarikh anggaran awal dari sebaba ia ditulis dalam Prakrit.[23]
Menganggap ketepatan pengenalpastian Pallavas denag pauranic Pahlavas, dan Pahlavas dengan Parthians, terdapat asas sejarah yang kukuh bagi menganggap koloni Parthian menubuhkan diri mereka di Deccan pada tempoh amat awal.[23] Dari tempoh pemisahan Bactria dari Syria pada pertengahan kurun ke-3 BC, kecenderungan Bactrians, dipaksa oleh tekanan oleh jiran barat dan utara mereka, untuk bergerak keselatan ke India. Parthians, selepas penaklukan Bactrians sekitar seabad berikut, menurut kejayaan mereka dengan menguasai wilayah Bactria di Indian. hasil dari pergreakan ini adalah memberi tekanan Indo-Bactrians yang ditawan bagi bergerak lebih jauh keselatan dan timur ke India, dengan kecenderungan yang sama di pihak Parthians untuk sentiasa menurut pengunduran musuh mereka yang dikalahkan. Selepas tempoh yang lain, Indo-Parthians sendiri dipaksa keluar dari penguasaan mereka di Afghanistan, Punjab, dan India Utara oleh penjajahan Scythian, dan satu-satunya tempat mereka berlindung masa itu adalah di selatan.[23]
Foulkes menyatakan dalam rencana "The Early Pallavas of Kánchípura" yang diterbitkan dalam Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland sebagai berikut:
Kita boleh menjejak langkah pelarian, melalui cara penulisan Kshatrapas, sejauh lembah atas Godavari dan persisiran utara Konkans ; dan apabila bahan yang banyak ini gagal membantu kita menjejak pergerakan mereka lebih jauh ke selatan, kemungkinan yang timbul adalah sebahagian dari jeneral Parthian yang kalah yang lebih enterprising akan mengembara di hadapan baki tenteranya memasuki dataran luas Dakhan (deccan) dan membina bagi dirinya kerajaan di situ, atau, kemungkinannya berkhidmat dengan pemerintah Dakhan sedia ada sebagai perikatan pertahanan tambahan, diberikan jagaan sebahagian sempadan sebagai bayaran bagi tenteranya, dan dengan akibatnya dia menubuhkan pemerintahan bebasnya sendiri di situ. Pada titik ini pada teori tidak pasti ini kita bertembung dengan rekod Ceylon menunjukkan pertumbuhan kuasa besar koloni Parthian ini pada tempoh cukup awal, sebarang tarikh selepas itu boleh dikaitkan dengan raja Ceylon yang awal ...
[...]
An outline of this kind, pending the discovery of more definite materials to fill in the details, quite consistently prepares us for the next succeeding historical appearance of the Pallavas in Sir Walter Elliot's Vengi copper plates of Vijaya Nandi-varman and the subsequent inscriptions of the Chalukyas, at whose arrival in the Dakhan they found the Pallavas in possession of its western districts, as far at the least as the vicinity of Badami in the middle basin of the Krishna, and of its eastern districts as far north at least as Rajahmahendri (Rajamundry) in the lower basin of the Godavari, and with their capital still at Kanchipura, where Sivaskanda-varman of our present grant reigned several centuries before.....I believe it to be, and his reign fell at any time about the end of the first century CE, or the beginning of the second..
Pentadbiran di Kanchipuram
[sunting | sunting sumber]Kuasa Pallavas telah kukuh pada tempoh Sivaskanda-varman digelar " raja utama bagi raja-raja agung," gelaran yang membayangkan puncak kuasa ke atas pemerintah lain di bawahnya ; dan peristiwa dia mengorbankan kuda, yang menunjukkan penghargaan dirinya bagi kuasanya yang besar. Penggantinya atau dikenali sebagai, Raja Bappa, cukup kaya bagi memberikan derma pada Brahmans 100,000 Kerbau Pembajak, tidak kira berapa kali ganda diperbesarkannya, dan berjuta-juta siling emas.[23]
Raja-raja Pallava dibantu dalam pemerintahannya oelh menteri negeri dan "penasihat sulit "; dan takhtanya dikelilingi oleh "putera raja." Sebagaimana yang dipastikan dari istilah terjemahan Profesor Buhler, mereka menerima "negeri" ditadbir oleh "prefect" dipecah pada "rovinces" (jajahan) ditadbir oleh "lord (bangsawan)," dan dipecahkan lagi pada "daerah" dibawah penyeliaan "pemerintah" mereka. Aturan kewangan mereka termasuk "rumah kastam" dan "pegawai" kastam, dan "perisik" atau superintendent perincian pendapatan. Mereka turut memiliki semacam jabatan perhutanan dengan kakitangannya "pegawai hutan." Mereka mengekalkan tentera kekal, brigade yang dipimpin oleh "jeneral," dan kumpulan kecil bawahan memiliki pegawai tidak berkomisen atau "naick".[23]
Tanah kampong mereka diduduki oleh ryots (rakyat jelata) yang membayar "lapan belas jenis " sumbangan pada mahkota, sebahagiannya sebagai barangan dan sebahagiannya dalam bentuk wang ("cukai"). Antara yang dibayar dalam bentuk barangan adalah "susu manis dan masam ", "rumput dan kayu " dan "sayuran dan bunga ". Mereka terpaksa membajak tanah mahkota (negeri) secara giliran dengan "kerbau secara berturut," dan adalah sebahagian tanggungjawab mereka bagi mengekalkan jalan dan saliran dalam keadaan baik melalui sistem "kerahan". Garam dan gula dimonopoli oleh raja; dan ini sering membabitkan ryots (rakyat jelata) dengan "masalah".[23]
Pihak mahkota memiliki kuasa bagi memberi anugerah tanah bagi kegunaan keugamaan, bagi "meningkatkan merit, lanjut usia, kuasa, dan kemashyuran bagi keluarga dan kaumnya," dan mengecualikan dianugerah dan tanah yang dianugerah mereka dari membayar cukai biasa. Apabila pemberian tanah sedemikian dilakukan, "buruh" pertanian, dan "kolikas" atau kaki tangan kampung, dipindahkan bersama tanah. "Buruh" ini menerima bagi usaha mereka "separuh dari hasil," menurut sistem varam.[23]
Pallava Kronologi
[sunting | sunting sumber]Pallava awal
[sunting | sunting sumber]Sejarah Pallava awal tidak pernah ditetapkan dengan memuaskan. Dokumentasi terawal mengenai Pallava adalah tiga anugerah kepingan tembaga, kini dikenali sebagai Mayidavolu, Hirahadagalli dan kepingan Muzium British (Durga Prasad, 1988) milik Skandavarman I dan ditulis menggunakan Prakrit.[24] Skandavarman kelihatannya sebagai pemerintah agung pertama bagi Pallava awal, sungguhpun terdapat rujukan pada Pallava awal lain yang kemungkinannya leluhur Skandavarman.[25] Skandavarman meluaskan penguasaanya dari Sungai Krishna di utara ke Pennar di selatan dan sehingga daerah Bellary di Barat. Dia melakukan Aswamedha dan pengorbanan Vedic lain dan menggunakan gelaran 'Raja Utama bagi Raja-raja patuh pada dharma'.[24]
Pada masa pemerintahan Simhavarman IV, yang menaiki takhta pada 436 CE, jajahan yang jatuh ketangan Vishnukundin di utara sehingga muara Krishna diambil kembali.[perlu rujukan] Sejarah awal Pallava dari tempoh ini seterusnya diberikan oleh sekitar sedosen anugerah kepingan tembaga dalam Sanskrit. Kesemua mereka bertarikh menurut tahun pemerintahan raja-raja.[26]
Dengan perlantikan Nandivarman I (480–500 CE), kemerosotan keluarga Pallava awal kelihatan.[perlu rujukan] Kadambas amat agresif dan turut menyerah pusat pemerintahan Pallavas dengan Pallavas mengambil langkah tindak balas dengan menyingkir dan menceroboh wilayah Kadamba di Karnataka.[perlu rujukan] Di persisiran Andhra Vishnukundins menubuhkan penguasaan mereka.[perlu rujukan] Kuasa Pallava terhad pada Tondaimandalam. [perlu rujukan] Dengan perlantikan Simhavishnu, bapa Mahendravarman I, (c. 575 CE), kebangkitan semula Pallava bermula di selatan.[perlu rujukan]
Kronologikal berikut digabung dari tiga charter berikut: [26]
- Simhavarman I 275–300 CE
- Skandavarman
- Visnugopa 350 – 355 CE
- Kumaravishnu I 350–370 CE
- Skandavarman II 370–385 CE
- Viravarman 385–400 CE
- Skandavarman III 400–436 CE
- Simhavarman II 436–460 CE
- Skandavarman IV 460–480 CE
- Nandivarman I 480–510 CE
- Kumaravishnu II 510–530 CE
- Buddhavarman 530–540 CE
- Kumaravishnu III 540–550 CE
- Simhavarman III 550–560 CE
Pallava Berikut
[sunting | sunting sumber]
Pencerobohan Kalabhras dan kekeliruan di negeri Tamil diputuskan oleh Pandya Kadungon dan Pallava Simhavishnu.[27][perlu rujukan] Mahendravarman I menubuhkan kembali Kerajaan Pallava selepas mengalahkan Kalabhras.[perlu rujukan] Sebahagian dari peringatan paling berhias di Mamallapuram, dibina di bawah pemerintahan Raja Mahendravarman I. Kerajaan Pallava mula mendapat jajahan dan pengaruh dan merupakan kuasa regional menjelang akhir kurun ke-6, mengalahkan raja Ceylon dan tanah besar Tamilakkam.Ralat petik: Tag <ref>
tidak ditutup dengan </ref>
Aiyangar states
Kita memiliki sejumlah charter dalam Prakrit dari mana tiga yang terpenting. Kemudian diikuti oleh dinasti yang menulis charter mereka menggunakan Sanskrit; selepas itu diikuti oleh keluarga Pallava agung bermula dengan Simha Vishnu; ini diikuti oleh dinasti perampas Nandi Varman, Pallava agung yang lain. Kita terlepas pandang masa kini bagi dinasti Ganga-Pallavas postulated oleh Epigraphists. Yang terawal dari charter Pallava adalah satu yang dikenali sebagai Mayidavolu 1 (Guntur district) copper-plates.
Berdasarkan gabungan kepingan dinasti dan anugerah dari tempoh tersebut, Aiyangar mencadangkan pemerintahan mereka sebagai:
Pallava Awal
[sunting | sunting sumber]- Bappa - Virakurcha – berkahwin Naga dari Mavilanga (Kanchi) - Pengasas Agung jurai Pallava
- Simha Varman I (275–300 or 315–345)
- Skanda Varman I (345–355) (Shivaskandavarman)
Pallava Pertengahan
[sunting | sunting sumber]- Visnugopa (340–355) (Yuvamaharaja Vishnugopa)
- Kumaravisnu I (355–370)
- Skanda Varman II (370–385)
- Vira Varman (385–400)
- Skanda Varman III (400–435)
- Simha Varman II (435–460)
- Skanda Varman IV (460–480)
- Nandi Varman I (480–500)
- Kumaravisnu II (c. 500–510)
- Buddha Varman (c. 510–520)
- Kumaravisnu III (c. 520–530)
- Simha Varman III (c. 530–537)
Pallava Berikutnya
[sunting | sunting sumber]- Simhavishnu (537-570)
- Mahendravarman I 571–630
- Narasimhavarman I (Mamalla) 630–668
- Mahendravarman II 668–672
- Paramesvaravarman I 672–700
- Narasimhavarman II (Raja Simha) 700–728
- Paramesvaravarman II 705–710
- Nandivarman II (Pallavamalla) 732–796
- Dantivarman 775–825
- Nandivarman III 825–869
- Nirupathungan (869–882)
- Aparajithavarman 882–901
Hubungan lain
[sunting | sunting sumber]Cerita rakyat Khmer dan tulisan mengaitkan asal dinasti Funan dengan Pallava.[perlu rujukan] Sekitar 180, jurai Kaundinya-Gunavarman bagi peradapan Khmer diasaskan berikutan berlangsungnya hubungan antara Putera Kaundinya – seorang Brahman dan pengikut Ashwatthama – dengan Ratu Somadevi dari puak Naga.[perlu rujukan] Kang Tai, wakil China pada kurun ke tiga melaporkan bahawa apabila Kaundinya tiba ke Funan melalui kapal, puteri tempatan cuba menawannya, tetapi terpaksa menyerah, kedua mereka akhirnya berkahwin bagi mengakhirkan perang.[perlu rujukan] Raja Champa Prakasadharma (Vikrantavarman I) pada tahun 657 turut mengisahkan asal leluhurnya dalam tulisan pada kisah Kaundinya meletakkan tombaknya di tempat tertentu, mengambil Somadevi, anak perempuan Nagas, sebagai isterinya dan memulakan keluarga, memulakan dinasti Funan pertama.[perlu rujukan] Di Sri Lanka, semasa pemerintahan Lima Dravidians dari Kerajaan Pandyan Awal, tradisi menyebut bagaimana Ratu Somadevi dari Eelam diambil oleh ketua Tamil kepada Tamilakkam sebagai isterinya semasa perang. Dia kemudian melahirkan anak pada bakal raja, Chora-Naga.
Jurai keturunan diraja Pallava ditubuhkan pada awal kerajaan lama Kedah di Semenanjung Malaysia di bawah Rudravarman I, Chenla bawah Bhavavarman I, Champa bawah Bhadravarman I dan jurai Kaundinya-Gunavarman dari Funan di Kemboja, akhirnya pemerintahan mereka berkembang untuk membentuk Empayar Khmer.[perlu rujukan] Seni bina Dravidian unik dinasti ini diperkenalkan bagi membina Angor Wat sementara kebiasaan budaya Tamil [perlu rujukan] berkembang sepanjang benua, tulisan epigrafik yang selamat merekodkan kehidupan masyarakat domestik dan peranan penting mereka dalam laluan perdagangan Asia.[28]
Hubungan pesat dengan wilayah ini dikekalkan dari bandar perdagangan laut Mamallapuram,[perlu rujukan] di mana Mahendravarman I dan anaknya "Mahamalla" Narasimhavarman I membina Kuil Shore dari Tujuh Pagoda Mahabalipuram.
Kerajaan Kadava
[sunting | sunting sumber]Semasa kurun ke-tigabelas dan empatbelas CE, prinsipaliti kecil Dinasti Kadava melonjak mashur seketika. Pemerintah ini mendakwa keturunan dari Pallavas. Pemerintah terkenal dinasti ini adalah Kopperunchinga I (memerintah sekitar. 1216–1242 CE), dan anak dan penggantinya Kopperunchinga II (sekitar. 1243–1279 CE). Bersama mereka meluaskan pengaruh kerajaan mereka dan memainkan peranan utama dalam kejatuhan dinasti Chola akhirnya.
Ugama
[sunting | sunting sumber]Pallavas merupakan pengikut Hindu dan membuat hadiah tanah pada dewa dan Brahmin. Selaras dengan adat semasa, sesetengah pemerintah melakukan upacara Aswamedha dan pengorbanan Vedic yang lain.[26] Mereka bagaimanapun bertolak-ansur dengan kepercayaan lain. Sami Cina Xuanzang yang melawat Kanchipuram semasa pemerintahan Narasimhavarman I melaporkan bahawa terdapat 100 monastri Buddha di sana, dan 80 kuil di Kanchipuram.[29]
Mahendravarman I pada awalnya merupakan penaung kepercayaan Jain. Dia kemudian menganut Hinduism di bawah pengaruh santos Hindu Appar dengan kebangkitan Hinduism semasa pergerakan Bhakti di India Selatan.[30]
Seni bina Pallava
[sunting | sunting sumber]Pallavas merupakan penting bagi peralihan dari seni bina ukiran batu pada kuil batu. Contoh terawal binaan Pallava merupakan kuil ukiran batu bertarikh dari 610–690 CE dan kuil struktur antara 690–900 CE. Sejumlah kuil ukiran batu mempunyai ukiran tulisan raja Pallava, Mahendravarman I dan penggantinya.[31]
Puncak pencapaian seni bina Pallava merupakan kuil ukiran batu di Mahabalipuram. Terdapat dewan tiang digali dan penyembahan monolitik yang dikenali sebagai rathas di Mahabalipuram. Kuil awal kebanyakannya ditasbihkan pada Shiva. Kuil Kailasanatha di Kanchipuram dan Kuil Shore dibina oleh Narasimhavarman II, kuil ukiran batu di Mahendravadi oleh Mahendravarman merupakan contoh baik bagi kuil gaya Pallava.[32] Kuil Nalanda Gedige di Kandy, Sri Lanka adalah yang lainnya. Kuil Tondeswaram yang terkenal di Tenavarai dan kuil Koneswaram kuno di Trincomalee dinaungi dan dikembangkan strukturnya oleh Pallavas pada kurun ke-7.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kamil V. Zvelebil (1987). "The Sound of the One Hand", Journal of the American Oriental Society, Vol. 107, No. 1, p. 125-126.
- ^ a b KR Subramanian. (1989). Buddhist remains in Āndhra and the history of Āndhra between 224 & 610 A.D, p.72
- ^ a b P. T. Srinivasa Iyengar (1929). History of the Tamils: from the earliest times to 600 A.D. Asian Educational Services. m/s. 401. ISBN 81-206-0145-9, 9788120601451 Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). - ^ a b c South Indian History Congress. (February 15–17). Proceedings of the First Annual Conference. The Congress, 1980. Unknown parameter
|Volume=
ignored (|volume=
suggested) (bantuan); Check date values in:|date=
dan|year=
/|date=
tidak padan (bantuan) - ^ a b c d e Ordhendra Coomar Gangoly. The art of the Pallavas, Volume 2 of Indian Sculpture Series. G. Wittenborn, 1957. m/s. 2.
- ^ Gabriel Jouveau-Dubreuil. The Pallavas. Asian Educational Services, 1995. m/s. 13-14.
- ^ A.Krishnaswami. Topics in South Indian history: from early times upto 1565 A.D. Krishnaswami, 1975. m/s. 89–90.
- ^ Bihar Research Society (1933). The Journal of the Bihar Research Society. 19. m/s. 183–184.
- ^ a b c Michael D Rabe. (1997). The Māmallapuram Praśasti: A Panegyric in Figures, Artibus Asiae, Vol. 57, No. 3/4 (1997), pp. 189-241
- ^ a b c KR Subramanian. (1989). Buddhist remains in Āndhra and the history of Āndhra between 224 & 610 A.D, p.71
- ^ KR Subramanian. (1989). Buddhist remains in Āndhra and the history of Āndhra between 224 & 610 A.D, p.71: The Pallavas were first a Telugu and not a Tamil power. Telugu traditions know a certain Trilochana Pallava as the earliest Telugu King and they are confirmed by later inscriptions. [1]
- ^ a b c d e f Rev. H Heras, SJ (1931) Pallava Genealogy: An attempt to unify the Pallava Pedigrees of the Inscriptions, Indian Historical Research Institute
- ^ Paramanand Gupta. (1973). Geography in ancient Indian inscriptions, up to 650 A.D, p.69
- ^ Bharatiya Vidya Bhavan, Bhāratīya Itihāsa Samiti. (2009). The History and Culture of the Indian People: The classical age, p.279 [2]
- ^ a b c Gabriel Jouveau-Dubreuil. The Pallavas. Asian Educational Services, 1995. m/s. 36.
- ^ KR Subramanian. (1989). Buddhist remains in Āndhra and the history of Āndhra between 224 & 610 A.D, p.106-109
- ^ a b Gabriel Jouveau-Dubreuil. The Pallavas. Asian Educational Services, 1995. m/s. 79.
- ^ a b Sen, Sailendra Nath (1999). Ancient Indian History And Civilization. New Age International. m/s. 445. ISBN 8122411983, 9788122411980 Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). - ^ Shankarlal C Bhatt and Gopal K Bhargava (Eds). Land and people of Indian states and union territories, Vol 15, p.22. Gyan Publishing House, 2005, ISBN 8178353717, 9788178353715
- ^ KR Subramanian. (1989). Tinggalan Buddha di Āndhra dan sejarah Āndhra antara 224 & 610 A.D, p.69
- ^ a b Marilyn Hirsh (1987) Mahendravarman I Pallava: Artist and Patron of Māmallapuram, Artibus Asiae, Vol. 48, Number 1/2 (1987), pp. 109-130
- ^ a b Rajan K. (Jan-Feb 2008). Situating the Beginning of Early Historic Times in Tamil Nadu: Some Issues and Reflections, Social Scientist, Vol. 36, Number 1/2, pp. 40-78
- ^ a b c d e f g h i j Foulkes T (Oct 1889) The Early Pallavas of Kánchípura, Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland, New Series, Volume 21, Number 4, pp. 1111-1124
- ^ a b Nilakanta Sastri, A History of South India, p.91
- ^ Nilakanta Sastri, A History of South India, p.91–92
- ^ a b c Nilakanta Sastri, A History of South India, p.92
- ^ Kulke and Rothermund, p.120
- ^ International Tamil Language Foundation (2000). The Handbook of Tamil Culture and Heritage. Chicago: International Tamil Language Foundation. m/s. 877.
- ^ Kulke and Rothermund, pp121–122
- ^ Appar
- ^ Nilakanta Sastri, pp412–413
- ^ Nilakanta Sastri, p139