Rush Hour
Rush Hour | |
---|---|
Pengarah | Brett Ratner |
Penulis | Ross LaManna |
Dihasilkan oleh | Roger Birnbaum Jonathan Glickman Arthur M. Sarkissian |
Dibintangi | Chris Tucker Jackie Chan Tom Wilkinson Chris Penn Elizabeth Pena |
Sinematografi | Adam Greenberg |
Disunting oleh | Mark Helfrich |
Muzik oleh | Lalo Schifrin |
Diedarkan oleh | New Line Cinema |
Tarikh tayangan | 18 September 1998 |
Masa tayangan | 98 minit |
Negara | United States |
Bahasa | Inggeris Kantonis Mandarin |
Bajet | $33 million |
Pecah panggung | $244.4 million |
Rush Hour adalah filem seni bela diri/komedi arahan Brett Ratner serta dibintangi Jackie Chan dan Chris Tucker. Ditayangkan pada tahun 1998, filem tersebut sangat berjaya, dengan kutipan kasar ketujuh tertinggi pada tahun 1998 iaitu sejumlah AS$140 juta di Amerika Syarikat.
Slogan:
The Fastest Hands In The East Meet The Biggest Mouth In The West.
Pals Forever. If they can get past today.
They come from different cultures. But on a case this big, they speak the same language.
Plot
[sunting | sunting sumber]Templat:Spoiler Sebaik sahaja Konsul Han (pelakon: Tzi Ma) tiba di Amerika Syarikat sebagai Konsul China, anaknya, Soo Yung, diculik. Oleh kerana dia tidak begitu mempercayai FBI, dia memanggil rakan baiknya, Detektif Inspektor Lee (pelakon: Jackie Chan) untuk menyiasat.
FBI tidak mahu orang luar seperti Lee mengganggu siasatan mereka, maka mereka mengambil Detektif James Carter (pelakon: Chris Tucker) dari Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), seorang pegawai polis yang bermulut becok tetapi bercita-cita untuk menyertai FBI. Pada awalnya Lee dan Carter asyik bertengkar tentang perkara remeh, tetapi setelah menyedari bahawa mereka dipergunakan, mereka berhasrat untuk menyelesaikan kes tersebut sendiri.
Mereka mendapati dalang di sebaliknya ialah Juntao, penjenayah Cina yang penuh misteri. Di Pekan Cina, Carter secara kebetulan terserempak dengan dalang utama di sebalik penculikan tersebut. Sebenarnya, "Juntao" bukanlah orang Cina tetapi sebenarnya komander British, Thomas Griffin (pelakon: Tom Wilkinson), bekas pegawai tinggi polis Hong Kong serta sahabat Han semasa penjajahan British di Hong Kong. Setelah pergaduhan di Pekan Cina di mana mereka gagal menyelamatkan budak perempuan tersebut, orang bawahan Griffin iaitu Sang menaikkan tuntutan wang tebusan serta mula mengancam nyawa Soo Yung. Malu dengan peristiwa tersebut, Lee dan Carter diperintahkan keluar daripada penyiasatan dan seterusnya Lee dibawa pulang ke Hong Kong. Namun, sebelum kapal terbang sempat berlepas, Carter berjaya memujuk Lee untuk membantu menyelamatkan Soo Yung.
Perhitungan akhir berlaku semasa pembukaan ekspo kesenian China di Pusat Konvensyen Los Angeles, di mana wang tebusan diserahkan. Sementara Carter mengarahkan pengunjung keluar, Griffin mendedahkan identiti sebenarnya. Dengan bantuan Tania Johnson, pakar bom LAPD, untuk menyakaktifkan bom yang dipasang pada Soo Yung, Lee membawa bom tersebut ke arah Griffin yang mahu melarikan diri melalui bumbung. Carter membunuh Sang manakala Griffin mati terjatuh setelah bom yang dipautnya terlucut dari badan Lee.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Cif Inspektor Lee
Jackie Chan - Detektif James Carter
Chris Tucker - Sang
Ken Leung - Thomas Griffin/Juntao
Tom Wilkinson - Konsul Han
Tzi Ma - Tania Johnson
Elizabeth Peña - Soo Yung
Julia Hsu - Ejen Khas Warren Russ
Mark Rolston - Kapten William Diel
Philip Baker Hall
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Rush Hour di Rotten Tomatoes
- Rush Hour di Metacritic