Staurotypus
Staurotypus | |
---|---|
Kura-kura Kesturi Chiapas Kura-kura Kesturi Besar | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Klad: | Americhelydia |
Keluarga: | Kinosternidae |
Subkeluarga: | Staurotypinae |
Genus: | Staurotypus Wagler, 1830 |
Staurotypus ialah genus kura-kura akuatik yang dikenali sebagai Kura-kura Kesturi Mexico atau Kura-kura Kesturi Besar. Terdapat dua spesies yang dijumpai di Mexico dan Amerika Tengah.
Spesies
[sunting | sunting sumber]- S. salvinii (Gray, 1864) — Kura-kura Kesturi Besar atau Kura-kura Kesturi Chiapas
- S. triporcatus (Wiegmann, 1828) — Kura-kura Kesturi Mexico
Taburan
[sunting | sunting sumber]S. salvinii biasanya dijumpai di Mexico, di negeri-negeri Oaxaca dan Chiapas, terutamanya kawasan selatan seperti Guatemala, El Salvador, dan Belize. Manakala S. triporcatus juga biasanya dijumpai di Mexico, dan taburannya lebih meluas merangkumi negeri Veracruz, Tabasco, Chiapas, Yucatán, dan Campeche, dan meliputi kawasan selatan seperti Belize, Guatemala, dan Honduras.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Mereka mempunyai saiz yang lebih besar dalam keluarga Kinosternidae, karapasnya boleh mencapai saiz sehingga 36 cm (14 in) panjang , di mana jantan lebih kecil berbanding betina. Mempunyai warna coklat, hitam atau hijau, dan kuning pada bahagian bawah badannya.
Diet
[sunting | sunting sumber]Seperti Kura-kura Kesturi lain, mereka bersifat maging, iaitu memakan kebanyakan haiwan akuatik invertebrate lain, seperti ikan dan bangkai.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Genus Staurotypus di The Reptile Database
- Turtles of the World Diarkibkan 2006-09-27 di Wayback Machine - Staurotypus salvini Diarkibkan 2011-07-17 di Wayback Machine & Staurotypus triporcatus Diarkibkan 2011-07-17 di Wayback Machine
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Wagler, J.G. 1830. Natürliches System der Amphibien, mit vorangehender Classification des Säugthiere und Vögel. Ein Beitrag zur vergleichenden Zoologie. J.G. Cotta. Munich, Stuttgart, and Tübingen. vi + 354 pp. (Genus Staurotypus, p. 137.)