(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Sungai Vaal - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Sungai Vaal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vaal / ǀHai
Lekwa, IliKwa
Pemandangan sungai Vaal pada waktu senja dari Rocky Ridge, Parys
Nama asalǀHaiǃarib
Lokasi
NegaraAfrika Selatan
KawasanFree State, Gauteng, Cape Utara, Mpumalanga
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiBerdekatan Breyten
MuaraSungai Oranye 
 • lokasi
Berdekatan Douglas
 • koordinat
29°4′15″S 23°38′10″E / 29.07083°S 23.63611°E / -29.07083; 23.63611Koordinat: 29°4′15″S 23°38′10″E / 29.07083°S 23.63611°E / -29.07083; 23.63611
 • ketinggian
1,241 m (4,072 ka)
Panjang1,120 km (700 bt)
Saiz lembangan196,438 km2 (75,845 bt2)
Aliran 
 • lokasiSungai Oranye
 • purata125 m3/s (4,400 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriSungai Vet


Sungai Vaal ([ˈvɑːl, val atau [ˈfɑːl, fal] - bahasa Inggeris: Vaal River, Afrikaans: Vaalrivier, bahasa Khoemana: ǀHaiǃarib) ialah suatu sungai utama di Afrika Selatan. Ia muncul dari suatu punca berdekatan Breyten di provinsi Mpumalanga, timur Johannesburg[1] sebelum mengalir ke arah barat sehingga bertemu Sungai Oranye di Kimberley, Northern Cape. Ia berjarak sejauh 1120 kilometer dan merupakan sungai ketiga terpanjang di Afrika Selatan selepas sungai Oranye (2200 km) dan sungai Limpopo (1750 km).

Ia merupakan sempadan semulajadi antara Mpumalanga, Gauteng dan North West di sebelah utara dengan Free State di sebelah selatan. Ia merupakan sumber air utama para pelombong emas yang tiba mencuba nasib di kawasan Witwatersrand pada abad ke-19.[2] Suatu empangan membekal dan mengalirkan air sungai untuk tujuan perindustrian dibina di bandar Deneysville terletak berhampiran sempadan Gauteng-Free State.

Vaal merupakan pinjam terjemah bahasa Belanda tuturan orang Boer[3] daripada suatu nama setempat dalam bahasa Khoekhoe Kora atau bahasa !Orakobab iaitu name, sometimes spelled as (in Khoekhoegowab orthography it is ǀHai!garib, drab river - ia dahulu dieja para peneroka dengan nama Tky-Gariep.[4] !Arib dalam bahasa-bahasa ini bermaksud sungai manakala ǀHai bermaksud "kusam" (dull) merujuk kepada rupa sungai ini yang dipenuhi kelodak sehingga tampak perang kepucatan, lagi-lagi semasa musim banjir.

Sungai ini turut diberi nama-nama iLigwa (bahasa Sindebele), Ikwa (isiZulu), ilikwa (siSwati), lekwa (Bahasa Sotho) atau cuoa oleh masyarakat Khoikhoi merujuk kepada dataran direntasi sungai ini.[4]

  1. ^ Times Comprehensive Atlas, 12th ed. Times Books, London, 2007
  2. ^ 9 longest rivers. SA9. Accessed 2 April 2018.
  3. ^ Thompson, G. (1827). Travels and Adventures in Southern Africa I. Henry Colburn, London. m/s. 74.
  4. ^ a b du Plessis, E.J. (1973). Suid-Afrikaanse berg- en riviername. Tafelberg-uitgewers, Cape Town. m/s. 326, 221. ISBN 0-624-00273-X.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]