(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Susyi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Susyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sushi)
Kotak bento dan nigiri-sushi

Susyi[1] atau sushi (Jepun: すし, 寿司すし, ずし, すし) ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi cuka (鮨飯すしめし, sushi-meshi) dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti-inti tersebut boleh dimakan mentah, dimasak atau diperam.

Nama sushi berasal daripada perkataan sushi () "berasa masam"[2] konjugasi shi kata sifat bahasa Jepun sui (?) bererti "memasamkan".[3]

Sajian sushi disebutkan berasal daripada sejenis hidangan iaitu narezushi (寿司ずし, じゅく寿司ずし?, "ikan masin") yang dibuat dengan memeram ikan mentah dalam nasi yang ditapaikan dengan cuka beras dan garam selama berbulan-bulan sekali gus.[4] Teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum Masihi. Narezushi masih wujud sebagai sajian istimewa terutama sekali sebagai funa-zushi di Wilayah Shiga.[5]

Yohei Hanaya yang membuka gerai susyi di bandar Edo (Tokyo) pada 1800-an dikenali sebagai pencipta susyi gulungan tangan, atau nigiri-sushi. Nigiri-sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.

Penyediaan susyi

[sunting | sunting sumber]
Lukisan semangkuk susyi oleh Ichiyusai Hiroshige

Penyediaan susyi memerlukan beberapa perkakas dapur yang penting seperti pisau yang tajam (hōchō), batang penyepit (sai bashi), kain (fukin), dan beberapa alat-alat khusus seperti:

Ramuan penting termasuklah:

Jenis-jenis susyi

[sunting | sunting sumber]

Susyi berlainan dari segi bentuk dan ramuan, tetapi nasi merupakan bahan yang sentiasa dimasukkan. Kadangkala dua susyi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama, hanya berbeza dari segi penyediaan.

  • Nigirizushi (にぎ寿司ずし?, "susyi kepal") terdiri daripada seketul nasi susyi yang dikepalkan dengan tangan membentuk bebola dan dibubuh hiasan (neta) di atas bebola tersebut.
    • Temarizushi (まり寿司ずし?, "susyi bebola") dibuat dengan mengepal nasi dan ikan di dalam tangan menggunakan pembalut plastik membentuk bebola.
  • Makizushi (寿司ずし?, "susyi gulung"), norimaki (海苔のり?, "gulungan nori") atau makimono (巻物まきもの?, "pelbagai jenis gulungan") ialah susyi yang digulung dengan alat tikar buluh.
    • Temaki (まき, "gulungan tangan") ialah susyi berbentuk kon besar dengan nori di luar dan inti melimpah keluar di hujungnya.
  • Oshizushi (寿司ずし?, "susyi tekan") atau hako-zushi (はこ寿司ずし?, "susyi kotak") ialah susyi dari kawasan Kansai dan keistimewaan Osaka. Susyi ini ditekan menggunakan acuan oshibako.
  • Chirashizushi (ちらし寿司ずし?, "susyi terabur", juga disebut barazushi) dihidangkan dalam mangkuk dan ditabur dengan hiasan ikan mentah dan sayur.

Kebanyakan kedai makan Jepun yang menghidangkan susyi tidak menyediakan menu untuk pelanggan. Jika dibandingkan dengan struktur menu yang biasa ditemui, hidangan Jepun tidak mempunyai susunan hidangan yang khas. Susyi boleh dimakan dengan tangan bagi mereka yang kurang selesa dengan batang penyepit. Di restoran Jepun, pelanggan yang ingin menjamu dengan tangan akan diberikan tuala basah sebelum hidangan. Mengikut pantang larang di meja makan Jepun, makanan yang diberikan dengan kayu penyepit kepada penerima yang berkayu penyepit dipandang rendah kerana ini dianggap membawa malang.[6]

  1. ^ "susyi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Kouji Itou; Shinsuke Kobayashi; Tooru Ooizumi; Yoshiaki Akahane (2006). "Changes of proximate composition and extractive components in narezushi, a fermented mackerel product, during processing". Fisheries Science. 72 (6): 1269–1276. doi:10.1111/j.1444-2906.2006.01285.x. S2CID 24004124.
  3. ^ 国語こくごだい辞典じてん新装しんそうばん) Kokugo Dai Jiten (dalam bahasa Jepun) (ed. disemak). Tōkyō: Shogakukan. 1988.
  4. ^ Lee, Cherl-Ho; Steinkraus, Keith H; Reilly, P.J. Alan (1993). Fish fermentation technology (dalam bahasa Inggeris). Tokyo: United Nation University Press. OCLC 395550059. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2021. Dicapai pada 17 Jun 2021.
  5. ^ Bestor, Theodore C. (13 Julai 2004). Tsukiji: The Fish Market at the Center of the World. m/s. 141. ISBN 9780520923584.
  6. ^ 1. Kimiko Barber dan Hiroki Takemura (2002). Sushi: taste and technique. ISBN:0-751-33699-8