(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Undi rahsia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Undi rahsia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Undi rahsia[1] merupakan sebuah kaedah dalam pilihan raya yang mana identiti pengundi dirahsiakan. Semasa pengiraan undi, petugas yang terlibat tidak akan mengetahui siapakah yang mengundi untuk mana-mana parti demi menjaga ketelusan dan privasi pilihan raya.

Undi rahsia digunakan serentak dengan pelbagai sistem pengundian. Bentuk undian rahsia yang biasa digunakan adalah menggunakan kertas undi kosong di mana setiap pengundi memilih pilihan mereka. Tanpa mendedahkan undi kepada sesiapa, pengundi melipat kertas undi dan membuangnya ke dalam kotak undi. Kotak ini kemudiannya dibuka untuk proses pengiraan dan penjumlahan rasmi. Salah satu aspek pengundian sulit termasuklah penyediaan ruang mengundi untuk membolehkan pengundi memilih tanpa orang lain dapat melihat apa yang dipilih.

  1. ^ "Australian ballot | politics". Encyclopedia Britannica.