(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Universiti Nanjing - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Universiti Nanjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Nanjing
南京なんきん大学だいがく (南京なんきん大學だいがく)
Nama lama
Sanjiang or Liangjiang Normal College (1902–1914)

Nanking Higher Normal School (1915–1923)
National Southeastern University (1921–1927)

National Central University (1928–1949)
Moto诚朴ゆう伟励がくあつしぎょう
(まことしらき雄偉ゆうい勵學あつしぎょう)
[1]
Moto dalam Bahasa Melayu
Sincerity with Aspiration, Perseverance and Integrity (rasmi)[2]
JenisAwam
Ditubuhkan pada1902 (institut moden)
PresidenLü Jian (吕建)
Staf akademik
2,135
Siswazah13,865
Ijazah/Sarjana12,793
Lokasi, ,
KampusUrban: Gulou
Suburban: Xianlin, Pukou, Suzhou (dalam pembinaan)
Warna    
PenggabunganAPRU, AEARU, WUN, C9, Service-Learning Asia Network
Laman sesawangwww.nju.edu.cn
[3][4][5]

Universiti Nanjing (NJU atau NU, Cina Ringkas: 南京なんきん大学だいがく; Cina Tradisional: 南京なんきん大學だいがく; pinyin: Nánjīng Dàxué) ialah sebuah universiti awam utama di bandar Nanjing, Jiangsu, China, dan merupakan salah satu daripada universiti-universiti dalam Liga C9.

Universiti ini lazim mendapat kedudukan baik dalam senarai universiti penyelidikan terbaik China,[6] dan mendapat kedudukan baik dalam carta universiti terbaik pada tahap antarabangsa.[7][8]

Sejarah awal

[sunting | sunting sumber]

Menurut catatan sejarah oleh Universiti Pusat Kebangsaan pada zaman Kuomintang, sejarah Universiti Nanjing boleh dilihat kembali dari 258 Masihi, ketika tertubuhnya Universiti Imperial Nanjing (Nanjing Taixue) ketika zaman Kerajaan Wu.[9][10]

Penubuhan

[sunting | sunting sumber]

Secara moden, Universiti Nanjing ditubuhkan pada 1902, akhir zaman Empayar Qing sebagai Kolej Normal Sanjiang. Pada 1906, kolej itu dinamakan semula sebagai Kolej Normal Liangjiang.

Pada 1915, Sekolah Normal Tinggi Nanking ditubuhkan bagi menggantikan Sekolah Normal Tinggi Liangjiang yang ditutup akibat Revolusi Xinhai, dan Jiang Qian dilantik sebagai presiden pertama. Persatuan Sains China ditubuhkan di universiti ini pada 1918.

Pada 1921, Universiti Tenggara Kebangsaan pula ditubuhkan. Pada 1923, Sekolah Normal Tinggi Nanking diserap ke dalam universiti ini. Universiti ini diangkat sebagai universiti kebangsaan utama oleh Kuomintang selepas Nanjing dijadikan sebagai ibu kota China. Pada Jun 1927, universiti ini menggabungkan lapan buah sekolah di wilayah Jiangsu, dan dinamakan semula sebagai Universiti Jiangsu pada Februari 1928, dan menjadi Universiti Pusat Kebangsaan pada bulan Mei.

Ketika perang China menentang Jepun pada 1937 hingga 1945, universiti ini dipindahkan ke Chongqing. manakala kolej perubatan dan jabatan rawatan veterinar dipindahkan ke Chengdu. Pada 1944, sebuah lagi persatuan sains China, Persatuan Pekerja Saintifik China, ditubuhkan pada 1944.

Pada 1949, pihak Kuomintang berundur dari Nanking dan Universiti Pusat Kebangsaan dinamakan semula mejadi Universiti Kebangsaan Nanjing selepas Nanking dikuasai oleh Parti Komunis China. Pada 1952, sebuah rombakan besar-besaran oleh pihak kerajaan menyebabkan banyak fakulti dipisahkan dan menjadi universiti yang tersendiri seperti Universiti Normal Nanjing dan Institut Teknologi Nanjing.

Pada 1950, Universiti Nanking, sebuah universiti swasta yang ditubuhkan pada 1888 digabungkan dengan Universiti Kebangsaan Nanjing, dan dinamakan semula sebagai Universiti Nanjing.[11]

Kemasukan

[sunting | sunting sumber]

Universiti Nanjing terkenal disebabkan oleh syarat-syarat kemasukan yang begitu ketat, bahkan disebut oleh media negara sebagai "universiti yang paling sukar untuk dimasuki di China".

Kedudukan senarai

[sunting | sunting sumber]

Dalam Indeks Nature pada Januari 2018, Universiti Nanjing, ditempatkan di tempat ketiga di China, tempat keempat di Asia Pasifik dan tempat ke-14 di seluruh dunia dalam kalangan universiti dan organisasi kebangsaan. Dalam kalangan universiti sahaja, Universiti Nanjing ditempatkan pada tempat kedua di China, tempat ketiga di Asia Pasifik dan tempat ke-10 di dunia.[12]

Universiti ini terdiri daripada tiga buah kampus, iaitu kampus Gulou, Pukou dan Xianlin. Kampus Gulou terletak di pusat Nanjing. Kampus Pukou pula terletak di utara Nanjing, dan ditubuhkan pada 1993. Kampus Xianlin terletak di timur laut Nanjing, dan dibuka pada September 2009.

  1. ^ 校歌こうかこう. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-30. Dicapai pada 2014-07-02.
  2. ^ "President's Message". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-29. Dicapai pada 2014-07-02.
  3. ^ 现任领导 (dalam bahasa Cina). Official NJU site. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-28. Dicapai pada 2012-07-26.
  4. ^ 南京なんきんだい学校がっこう长办おおやけしつ (2011-04-19). "intro NJU" (dalam bahasa Cina). 南京なんきんだい学校がっこう长办おおやけしつかんかた网站. Dicapai pada 2012-07-26.CS1 maint: multiple names: authors list (link)[pautan mati kekal]
  5. ^ 南京なんきんだい学校がっこう长办おおやけしつ (2011-11-04). 南京なんきん大学だいがく视觉形象けいしょう规范标准 (dalam bahasa Cina). 南京なんきんだい学校がっこう长办おおやけしつかんかた网站. Dicapai pada 2012-07-26.CS1 maint: multiple names: authors list (link)[pautan mati kekal]
  6. ^ "Best universities in China 2018". Times Higher Education. 6 September 2017.
  7. ^ "Nanjing University - Academic Ranking of World Universities - 2018 - Shanghai Ranking - 2018". www.shanghairanking.com.
  8. ^ "Nanjing University". Times Higher Education (THE).
  9. ^ 國立こくりつ中央ちゅうおう大學だいがく沿革えんかく [Sejarah Universiti Pusat Kebangsaan] (dalam bahasa Cina). Bahagian Pengumpulan Sekretariat Universiti Pusat Kebangsaan. 1937. ついみなもとはじめもとうえ孫吳そんごきょうがく、以逮明代あきよみなみ雍、せい季之としゆき三江みえりょうこう師範しはんみんはつみなみだか東大とうだいみな與本よもとこうゆう歷史れきし淵源えんげんあずかみつきり關係かんけい。茲將其沿革えんかくぶんじゅつ於後
  10. ^ 國立こくりつ中央ちゅうおう大學だいがく沿革えんかく [Sejarah Universiti Pusat Kebangsaan] (dalam bahasa Cina). Bahagian Pengumpulan Sekretariat Universiti Pusat Kebangsaan. 1937. 南京なんきんゆう國立こくりつ學校がっこうじつはじめ孫吳そんご...。永安えいあん元年がんねんふゆ西曆せいれきはちねんみことのりりつ五經ごきょう博士はかせれいしょう子弟してい就業しゅうぎょうため南京なんきんゆう國立こくりつ學校がっこうはつ桄。
  11. ^ 佚名. "中国ちゅうごくめいぱいだい学校がっこう简介南京なんきん大学だいがく" (dalam bahasa Cina). しろ宽网络. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-31. Dicapai pada 2012-10-13. 1949ねん8がつさらめい国立こくりつ南京なんきん大学だいがく”;1950ねん10がつきさきみちしょう南京なんきん大学だいがく Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ "Institution outputs - Nature Index". www.natureindex.com.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]