Uwe Seeler
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 5 November 1936 | ||
Tempat lahir | Hamburg, Jerman | ||
Ketinggian | 1.69 m (5 ka 7 in)[1] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
1946–1953 | Hamburger SV | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1953–1972 | Hamburger SV[2] | 476 | (404) |
1978 | Cork Celtic | 1 | (2) |
Jumlah | 477 | (406) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1953–1954 | Jerman B18 | 10 | (15) |
1954–1970 | Jerman Barat | 72 | (43) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Uwe Seeler (lahir 5 November 1936) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman. Kebanyakan beliau beraksi untuk kelab Hamburger SV sepanjang kariernya dan beliau turut telah beraksi dalam 72 perlawanan antarabangsa buat pasukan kebangsaan Jerman Barat. Seeler sering dianggap salah satu pemain bola sepak terbaik dalam sejarah bola sepak Jerman.[3] Pada tahun 2004, Pelé meletakkan Seeler ke dalam FIFA 100, iaitu 125 pemain bola sepak terhebat sempena ulang tahun FIFA ke-100. Cucunya, Levin Öztunalı turut merupakan seorang pemain bola sepak.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Seeler mengikuti langkah bapanya menjadi pemain untuk kelab Hamburger SV dan membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1954 dalam perlawanan DFB-Pokal di usia bawah 18 tahun. Pada perlawanan tersebut, beliau menjaringkan empat gol menentang Holstein Kiel yang berkesudahan 8-2 berpihak kepada Hamburg. Pada tahun-tahun seterusnya, walaupun menerima tawaran daripada kelab-kelab Itali dan Sepanyol, beliau tetap setia kepada Hamburg. Selain bermain bola sepak, beliau bekerja sebagai penjual.
Seeler telah menjaringkan 137 gol dalam 239 perlawanan Bundesliga dan 21 gol dalam 29 perlawanan kejohanan Eropah. Beliau merupakan kapten pasukan untuk Hamburg bahkan pasukan Jerman Barat bertahun-tahun. Beliau membantu Hamburg merangkul kejuaraan liga pada tahun 1960 dan DFB-Pokal pada tahun 1963. Beliau turut merupakan penjaring terbanyak pada musim pertama Bundesliga diperkenalkan ketika musim 1963–64 dan dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman pada tahun 1960, 1964 dan 1970. Ketika musim 1960-61, Seeler bersama-sama abangnya, Dieter membantu Hamburg mara ke peringkat separuh akhir Piala Eropah tetapi mereka terlepas ke perlawanan akhir apabila tewas kepada Barcelona dalam perlawanan play-off. Pada musim 1967-68, Seeler membantu Hamburg melangkah ke perlawanan akhir Piala Pemenang Eropah namun tewas kepada Milan. Walau bagaimanapun, beliau menamatkan kejohanan sebagai penjaring terbanyak kejohanan.
Pada tahun 1978, beliau bersama bekas rakan sepasukan, Franz-Josef Hönig beraksi untuk kelab Cork Cltic. Seeler menamatkan kerjayanya pada tahun 1972. Secara keseluruhannya, seluruh jaringan Seeler dalam saingan liga adalah 446 gol (HSV 444,[4] Cork Celtic 2). Sebanyak 404 gol dijaringkan olehnya dalam saingan Oberliga dan Bundesliga menjadi sebuah rekod yang masih berdiri hingga ke hari ini. Oleh itu, beliau merupakan penjaring kedua terbanyak di liga Jerman di belakang Gerd Müller.[5]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Seeler mengambil bahagian dalam empat edisi Piala Dunia seperti Pelé iaitu pada 1958, 1962, 1966 dan 1970. Antara keempat-empat edisi itu, pasukan Jerman Barat melangkah ke perlawanan akhir pada edisi 1966 namun mereka tewas secara kontroversi kepada tuan rumah, England 4-2 selepas masa tambahan.[6] Pada Piala Dunia 1958, pasukan Jerman menduduki tempat keempat manakala pada edisi seterusnya iaitu pada tahun 1970, mereka tewas pada saingan separuh akhir kepada Itali 4-3 selepas masa tambahan dan perlawanan ini dikenali secara meluas sebagai "Game of the Century".[7]
Walaupun Seeler tidak pernah merangkul trofi Piala Dunia, beliau mencipta namanya dalam kejohanan berprestij tersebut. Beliau merupakan pemain pertama yang tampil dalam 20 perlawanan Piala Dunia, pemain pertama menjaringkan gol dalam empat edisi Piala Dunia (menewaskan Pelé dengan perbezaan hanya beberapa minit) dan pemain pertama menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol dalam empat edisi Piala Dunia (setanding dengan pemain senegara, Miroslav Klose). Beliau berada di tempat ketiga dalam rekod penampilan terbanyak di Piala Dunia di belakang Paolo Maldini dan Lothar Matthäus. Secara bilangannya, beliau menjaringkan sembilan gol dalam kejohanan Piala Dunia yang disertainya. Tambahan lagi, beliau menjaringkan 43 gol dalam 72 penampilan antarabangsa di antara tahun 1954 dan 1970.[8]
Kerjaya selepas bersara
[sunting | sunting sumber]Beliau menjadi presiden kelab lamanya, Hamburg selama dua tahun setengah bermula tahun 1995. Namun, beliau meletak jawatan atas skandal kewangan di mana beliau bertanggungjawab. Bagaimanapun, Seeler tidak terbabit dalam isu penyelewengan.
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]Kelab | Musim | Liga | Kejuaraan[nb 1] | Eropah[nb 2] | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Hamburg | 1954–55 | 26 | 28 | 5 | 1 | — | 31 | 29 | |
1955–56 | 29 | 32 | 5 | 3 | 34 | 37 | |||
1956–57 | 26 | 31 | 4 | 2 | 30 | 33 | |||
1957–58 | 24 | 22 | 4 | 2 | 28 | 24 | |||
1958–59 | 27 | 29 | 4 | 5 | 31 | 34 | |||
1959–60 | 26 | 36 | 7 | 13 | 33 | 49 | |||
1960–61 | 23 | 29 | 6 | 8 | 7 | 5 | 36 | 42 | |
1961–62 | 28 | 28 | 2 | 4 | — | 30 | 32 | ||
1962–63 | 28 | 32 | 6 | 2 | 34 | 34 | |||
1963–64 | 30 | 30 | — | 6 | 5 | 36 | 35 | ||
1964–65 | 19 | 14 | — | 19 | 14 | ||||
1965–66 | 23 | 11 | 23 | 11 | |||||
1966–67 | 23 | 10 | 23 | 10 | |||||
1967–68 | 30 | 12 | 9 | 8 | 39 | 20 | |||
1968–69 | 33 | 23 | 4 | 3 | 37 | 27 | |||
1969–70 | 30 | 17 | — | 30 | 17 | ||||
1970–71 | 25 | 9 | 2 | 0 | 27 | 9 | |||
1971–72 | 26 | 11 | 1 | 0 | 27 | 11 | |||
Jumlah | 476 | 404 | 43 | 40 | 25 | 21 | 544 | 465 | |
Cork Celtic | 1977-78 | 1 | 2 | — | 1 | 2 | |||
Jumlah kerjaya | 477 | 406 | 43 | 40 | 25 | 21 | 545 | 467 |
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Pasukan kebangsaan Jerman Barat | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1954 | 3 | 0 |
1955 | 0 | 0 |
1956 | 1 | 0 |
1957 | 0 | 0 |
1958 | 9 | 5 |
1959 | 5 | 6 |
1960 | 5 | 4 |
1961 | 6 | 5 |
1962 | 7 | 2 |
1963 | 3 | 3 |
1964 | 3 | 4 |
1965 | 1 | 1 |
1966 | 12 | 7 |
1967 | 3 | 1 |
1968 | 1 | 0 |
1969 | 3 | 0 |
1970 | 10 | 5 |
Jumlah | 72 | 43 |
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Gol antarabangsa oleh Uwe Seeler | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
8 Jun 1958 | Malmö, Sweden | Argentina | Piala Dunia 1958 | |||
15 Jun 1958 | Ireland Utara | |||||
26 Oktober 1958 | Paris, Perancis | Perancis | Persahabatan | |||
21 Disember 1958 | Augsburg, Jerman | Bulgaria | ||||
6 Mei 1959 | Glasgow, Scotland | Scotland | ||||
7 | 21 Oktober 1959 | Cologne, Jerman | Belanda | 3–0 | 7–0 | |
8 | 4–0 | |||||
9 | 6–0 | |||||
10 | 8 November 1959 | Budapest, Hungary | Hungary | 3–1 | 4–3 | |
11 | 4–2 | |||||
23 Mac 1960 | Stuttgart, Jerman | Chile | ||||
27 April 1960 | Ludwigshafen, Jerman | Portugal | ||||
3 Ogos 1960 | Reykjavik, Iceland | Iceland | ||||
26 Oktober 1960 | Belfast, Ireland Utara | Ireland Utara | Kelayakan Piala Dunia 1962 | |||
16 | 20 September 1961 | Düsseldorf, Jerman | Denmark | 1–0 | 5–1 | Persahabatan |
17 | 3–0 | |||||
18 | 4–0 | |||||
19 | 22 Oktober 1961 | Augsburg, Jerman | Greece | 1–0 | 2–1 | Kelayakan Piala Dunia 1962 |
20 | 2–0 | |||||
3 Jun 1962 | Santiago, Chile | Switzerland | Piala Dunia 1962 | |||
6 Jun 1962 | Chile | |||||
23 | 28 September 1963 | Frankfurt, Jerman | Turki | 1–0 | 3–0 | Persahabatan |
24 | 2–0 | |||||
25 | 3–0 | |||||
26 | 29 April 1964 | Ludwigshafen, Jerman | Czechoslovakia | 1–0 | 3–4 | |
27 | 3–4 | |||||
28 | 12 Mei 1964 | Hannover, Jerman | Scotland | 1–0 | 2–2 | |
29 | 2–0 | |||||
26 September 1965 | Stockholm, Sweden | Sweden | Kelayakan Piala Dunia 1966 | |||
23 Mac 1966 | Rotterdam, Belanda | Belanda | Persahabatan | |||
7 Mei 1966 | Belfast, Ireland Utara | Ireland Utara | ||||
1 Jun 1966 | Ludwigshafen, Jerman | Romania | ||||
23 Jun 1966 | Hannover, Jerman | Yugoslavia | ||||
20 Julai 1966 | Birmingham, England | Sepanyol | Piala Dunia 1966 | |||
23 Julai 1966 | Sheffield, England | Uruguay | ||||
19 November 1966 | Cologne, Jerman | Norway | Persahabatan | |||
7 Oktober 1967 | Hamburg, Jerman | Yugoslavia | Kelayakan Euro 1968 | |||
9 Mei 1970 | Berlin, Jerman | Ireland | Persahabatan | |||
13 Mei 1970 | Hanover, Jerman | Yugoslavia | ||||
3 Jun 1970 | León, Mexico | Maghribi | Piala Dunia 1970 | |||
7 Jun 1970 | Bulgaria | |||||
14 Jun 1970 | England |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Hamburger SV[9]
Individu
[sunting | sunting sumber]- Ballon d'Or – Tempat Ketiga: 1960
- Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman: 1960, 1964, 1970
- FIFA XI (Simpanan): 1963[10]
- Penjaring Terbanyak Bundesliga: 1964
- Bintang Pasukan Pilihan Piala Dunia FIFA: 1966
- FIFA 100: 2004
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Sebelum bermulanya Bundesliga, juara liga telah ditentukan dalam satu siri pertandingan kalah mati selepas liga domestik berakhir.
- ^ Termasuk Piala Eropah, Piala Pemenang UEFA dan Inter-Cities Fairs Cup.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Seeler, Uwe". nationalfootballteams.com. Dicapai pada 6 Mei 2011.
- ^ name="stats"
- ^ name="IFFHS">Stokkermans, Karel (30 Januari 2000). "IFFHS' Century Elections". RSSSF. Dicapai pada 14 Oktober 2013.
- ^ Tore, Punkte, Spieler – Die komplette HSV-Statistik. Göttingen. 2008.
- ^ "Seeler: Germany legend, Hamburg icon". FIFA.com. Dicapai pada 4 Januari 2015.
- ^ "The most controversial goal-line incidents: England vs. Germany, 1966". The Independent. Dicapai pada 4 Januari 2015.
- ^ name="storiedicalcio"
- ^ "Uwe SEELER". Dicapai pada 4 Januari 2015.
- ^ name="storiedicalcio"
- ^ Leme de Arruda, Marcelo (20 Oktober 2015). "FIFA XI´s Matches - Full Info". RSSSF. Dicapai pada 4 November 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Uwe Seeler |
Kedudukan sukan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Hans Schäfer |
Kapten Jerman Barat 1962–1970 |
Diikuti oleh: Wolfgang Overath |