Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Januari
Templat:JanuariCalendar2024Source
1 Januari: Hari Tahun Baharu (kalendar Gregory); Hari Kemerdekaan di Brunei (1984), Haiti (1804), Samoa (1962) dan Sudan (1956)
- 1739 – Pulau Bouvet di Lautan Atlantik Selatan, pulau paling terpencil di dunia, ditemui penjelajah Perancis Jean-Baptiste Charles Bouvet de Lozier.
- 1801 – Ahli astronomi Itali Giuseppe Piazzi menemui planet kerdil Ceres (gambar).
- 1818 – Novel cereka sains Frankenstein; or, The Modern Prometheus oleh Mary Shelley diterbitkan buat pertama kali, di London.
- 1983 – ARPANET menukar protokol perangkaian terasnya daripada NCP ke TCP/IP, menandakan permulaan Internet seperti yang dikenali hari ini.
- 1999 – Mata wang rasmi Kesatuan Eropah, euro diperkenalkan di 11 negara.
Hari-hari sebelum: 31 Disember – 30 Disember – 29 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
2 Januari: Hari Perayaan Gregory dari Nazianzus (Gereja Roman Katolik).
- 1680 – Pemberontakan Trunajaya: Amangkurat II dari Jawa dan pengawalnya menikam Trunajaya hingga mati seminggu selepas pemimpin pemberontak menyerah kalah kepada tentera VOC.
- 1941 – Perang Dunia II: Katedral Llandaff (gambar) di Cardiff, Wales, telah diserang oleh bom Jerman semasa Serangan Udara Cardiff.
- 1944 – Perang Dunia II: Tentera Amerika Syarikat dan Australia berjaya mendarat di Papua New Guinea mencuba mematahkan pengunduran Jepun.
- 1963 – Perang Vietnam: Viet Cong memenangi kejayaan besar pertamanya di Pertempuran Ap Bac.
- 1967 – Bekas pelakon Ronald Reagan memulakan kerjayanya dalam kerajaan apabila beliau mengangkat sumpah sebagai gabenor California ke-33.
Hari-hari sebelum: 1 Januari – 31 Disember – 30 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1521 – Paus Leo X mengeluarkan suatu titah perintah Decet Romanum Pontificem yang mengucilkan Martin Luther daripada Gereja Katolik Rom.
- 1749 – Gabenor Benning Wentworth mula memberikan Geran New Hampshire untuk tanah yang juga dituntut oleh New York, yang kini merupakan Vermont.
- 1888 – Teleskop bias 91 cm di Balai Cerap Lick (gambar), berhampiran San Jose, California, yang merupakan teleskop terbesar ketika itu, digunakan buat pertama kali.
- 1958 – Sepuluh bekas koloni British di Caribbean bersatu untuk membentuk negara baharu, Persekutuan Hindia Barat.
- 1990 – Serangan Amerika Syarikat ke atas Panama: Jeneral Manuel Noriega menyerah diri kepada tentera AS.
Hari-hari sebelum: 2 Januari – 1 Januari – 31 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
4 Januari: Hari Kemerdekaan di Myanmar (1948); Hari Braille Sedunia
- 1854 – Kapten William McDonald menjumpai Kepulauan McDonald, sebuah kepulauan tidak berpenghuni di Lautan Selatan kira-kira dua pertiga perjalanan dari Madagaskar ke Antartika.
- 1948 – Burma mencapai kemerdekaan daripada Empayar British, dengan U Nu daripada Liga Kebebasan Rakyat Anti Fasisme sebagai Perdana Menteri.
- 2004 – Perayau Marikh NASA Spirit (gambar) berjaya mendarat di Marikh pada 04:35 UTC.
- 2010 – Pencakar langit Burj Khalifa, struktur tertinggi di dunia, dibuka secara rasmi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
- 2020 – Taman Mata Air Panas Sembawang di Singapura dibuka semula selepas dibangunkan semula oleh Lembaga Taman Negara.
Hari-hari sebelum: 3 Januari – 2 Januari – 1 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
5 Januari: Malam Kedua Belas (Kristian Barat)
- 1527 – Pengasas bersama jemaah Anabaptis Schweizer Brüder di Zurich, Felix Manz dihukum mati dengan dilemaskan.
- 1933 – Pembinaan Jambatan Golden Gate (gambar) yang menyeberangi Selat Golden Gate dimulakan.
- 1996 – Pemimpin Briged Izzuddin Al-Qassam Hamas Yahya Ayash dibunuh oleh Shin Beit Israel dengan bom telefon bimbit.
- 2005 – Planet kerdil terbesar dalam Sistem Suria, Eris ditemui oleh Michael E. Brown dan pasukannya menggunakan imej dari Balai Cerap Palomar.
- 2009 – Dalam Eng Foong Ho lwn Peguam Negara, Mahkamah Rayuan Singapura memutuskan kesamarataan di sisi undang-undang telah dipenuhi oleh "neksus munasabah" antara tindakan negara dan objek undang-undang.
Hari-hari sebelum: 4 Januari – 3 Januari – 2 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
6 Januari: Teofani (Kristian); Hari Angkatan Tentera di Iraq.
- 1449 – Constantine XI Palaiologos dimahkotakan sebagai Maharaja Byzantine, yang terakhir sebelum Kejatuhan Constantinople.
- 1838 – Samuel Morse dan pembantunya Alfred Vail berjaya menguji telegraf elektrik buat pertama kali.
- 1907 – Maria Montessori (gambar) membuka sekolah dan pusat jagaan harian yang pertama untuk kanak-kanak kaum buruh di Rom.
- 1912 – Ahli geofizik Jerman Alfred Wegener mengemukakan teori hanyutan benuanya.
- 1995 – Kebakaran mencurigakan di sebuah rumah pangsa di Manila menyebabkan terhalangnya Komplot Bojinka, pelopor serangan 11 September 2001.
Hari-hari sebelum: 5 Januari – 4 Januari – 3 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
7 Januari: Krismas (takwim Julius); Hari Bendera di Itali; Hari Kemenangan di Kemboja.
- 1558 – Francis, Duke Guise menawan semula Calais, kawasan benua milik England yang terakhir.
- 1610 – Galileo Galilei mencerap tiga satelit Musytari melalui teleskopnya: Io, Ganymede dan Callisto (gambar).
- 1785 – Jean-Pierre Blanchard dan John Jeffries menjadi orang pertama menyeberangi Selat Inggeris menggunakan belon.
- 1924 – Persekutuan Hoki Antarabangsa diasaskan di Paris sebagai gerak balas terkeluarnya sukan hoki daripada Sukan Olimpik Paris 1924.
- 1979 – Perang Kemboja–Vietnam: Phnom Penh ditawan oleh Angkatan Tentera Rakyat Vietnam, menamatkan rejim Khmer Rouge di bawah Pol Pot.
Hari-hari sebelum: 6 Januari – 5 Januari – 4 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
8 Januari: Hari Lahir Kim Jong-un di Korea Utara
- 1198 – Lotario de Conti menjadi Paus Innocent III. Tindakannya yang pertama ialah memulihkan kuasa paus di Rom.
- 1815 – Perang 1812: Angkatan Amerika Syarikat pimpinan Jeneral Andrew Jackson menewaskan Tentera Darat British dalam Pertempuran New Orleans, dua minggu selepas pemeteraian Perjanjian Ghent.
- 1889 – Herman Hollerith menerima paten untuk mesin jadual elektriknya.
- 2004 – Kapal penumpang terbesar ketika itu, RMS Queen Mary 2 (gambar) dinamakan oleh Ratu Elizabeth II, cucu Ratu Mary.
- 2010 – Bas yang membawa pasukan bola sepak Togo ke Piala Negara Afrika 2010 diserang di Cabinda hingga mengorbankan tiga orang, menyebabkan pasukan itu menarik diri.
Hari-hari sebelum: 7 Januari – 6 Januari – 5 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
9 Januari: Hari Syahid di Panama (1964); Perayaan Nasrani Hitam di Filipina.
- 475 – Basiliscus menjadi Maharaja Byzantine selepas Zeno diusir dari ibu kota Constantinopolis.
- 1839 – Akademi Sains Perancis mengumumkan Daguerreotaip, satu proses fotografi yang dinamakan bersempena perekanya Louis Daguerre (gambar).
- 1916 – Perang Dunia Pertama: Empayar Uthmaniyyah menewaskan gabungan tentera British dan Perancis dalam Pertempuran Canakkale di Gallipoli.
- 1923 – Autogiro, sejenis kenderaan berotor ciptaan jurutera awam dan juruterbang Juan de la Cierva, berjaya terbang di Madrid, Sepanyol.
- 2012 – Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dalam kes liwat keduanya.
Hari-hari sebelum: 8 Januari – 7 Januari – 6 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
10 Januari: Hari Tradisional di Benin
- 1810 – Napoleon yang tidak mempunyai anak selepas perkahwinan selama 14 tahun, menceraikan isteri pertamanya Maharani Joséphine (gambar).
- 1927 – Filem cereka sains Metropolis, yang tercatat dalam Memory of the World Register oleh UNESCO, dikeluarkan di Jerman.
- 1941 – Perang Greece-Itali: Angkatan Tentera Greece menawan Laluan Klisura di Albania.
- 1946 – Perhimpunan Agung pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersidang di London.
- 2008 – Pengeluar kereta Tata Motors mempamerkan kereta pengeluaran termurah di dunia, Tata Nano, berharga Rs 100,000 (AS$ 2,500).
Hari-hari sebelum: 9 Januari – 8 Januari – 7 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
11 Januari: Hari Eugenio María de Hostos di Puerto Rico (1839); Perisytiharan Kemerdekaan di Maghribi (1944).
- 1055 – Puteri Constantine VIII dan Helena dari Byzantium, Theodora menjadi Maharani Byzantine.
- 1787 – Ahli astronomi British William Herschel menemui dua bulan Uranus, kemudian dinamakan anaknya John sebagai Oberon dan Titania.
- 1879 – Zululand diserang, mencetuskan Perang Inggeris–Zulu.
- 1922 – Insulin diberikan buat pertama kali kepada pesakit manusia yang menghidap penyakit kencing manis, di Toronto, Kanada.
- 1964 – Dalam satu laporan penting, Pakar Bedah Negara A.S. Dr. Luther Terry (gambar) mengeluarkan amaran bahawa "merokok membahayakan kesihatan seseorang".
Hari-hari sebelum: 10 Januari – 9 Januari – 8 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
12 Januari: Hari Peringatan di Turkmenistan (1881); Hari Revolusi Zanzibar di Tanzania (1964).
- 1838 – Bagi mengelakkan penyeksaan anti-Mormon, Joseph Smith dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dari Ohio ke Missouri.
- 1872 – Yohannes IV dimahkotakan sebagai Maharaja Habsyah di Axum.
- 1967 – Profesor psikologi James Bedford menjadi orang pertama dibeku krionik dengan tujuan disedarkan semula pada masa hadapan.
- 1992 – Satu perlembagaan baharu dipersetujui dalam satu pungutan suara di Mali, memberikan kebebasan untuk membentuk parti politik.
- 2010 – Satu gempa bumi berukuran 7.0 Mw melanda Haiti, menjejaskan sehingga 3 juta orang (gambar).
Hari-hari sebelum: 11 Januari – 10 Januari – 9 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
13 Januari: Hari St. Knut di Finland dan Sweden.
- 532 – Rusuhan Nika bermula di Konstantinopolis menyebabkan hampir separuh bandar itu musnah.
- 1842 – Perang Afghan-Inggeris Pertama: Pembantu pakar bedah tentera British William Brydon tiba di Jalalabad, menjadi satu-satunya pelarian dari Kabul yang terselamat.
- 1898 – Akhbar Paris L'Aurore menerbitkan surat terbuka Émile Zola (gambar) bertajuk J'accuse, mendedahkan peristiwa Dreyfus.
- 1986 – Pertempuran hebat selama sebulan bermula di Aden, Yaman Selatan, antara para penyokong Presiden Ali Nasir Muhammad dengan bekas Presiden Abdul Fattah Ismail.
- 1991 – Peristiwa Januari: Askar Soviet menyerang penyokong kemerdekaan Lithuania di Vilnius, membunuh 14 orang.
Hari-hari sebelum: 12 Januari – 11 Januari – 10 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
14 Januari: Tahun Baru (takwim Julius); Hari Thaiponggal.
- 1301 – Dinasti Árpád yang telah memerintah Hungary sejak akhir abad ke-9 berakhir dengan kemangkatan Raja Andrew III.
- 1724 – Pemerintah Bourbon pertama di Sepanyol, Raja Felipe V melepaskan takhta kepada paduka putera sulungnya Raja Luis.
- 1814 – Sweden dan Denmark–Norway menandatangani Perjanjian Kiel, menyebabkan Raja Frederick VI dari Denmark menyerahkan Norway kepada Sweden sebagai balasan bagi pemegangan Sweden di Pomerania.
- 1900 – Opera Giacomo Puccini Tosca mengadakan tayangan perdananya di Teatro Costanzi di Rom.
- 1972 – Ratu Margrethe II (gambar) naik takhta Denmark di bawah akta pewarisan yang baharu.
- 2004 – Bendera kebangsaan Republik Georgia, Bendera Lima Salib digunakan semula secara rasmi selepas lebih kurang 500 tahun tidak digunakan.
Hari-hari sebelum: 13 Januari – 12 Januari – 11 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
15 Januari: Hari John Chilembwe di Malawi; Hari Chosŏn'gŭl di Korea Utara; Hari Angkatan Tentera di India dan Nigeria.
- 1759 – Muzium British di Bloomsbury, London, dibuka kepada awam.
- 1885 – Jurugambar A.S. Wilson Bentley menjadi orang pertama mengambil gambar foto emping salji.
- 1919 – Dua tokoh sosialis terkenal di Jerman, Rosa Luxemburg dan Karl Liebknecht diseksa dan dibunuh oleh Freikorps.
- 1943 – Bangunan pejabat dengan kapasiti terbesar di dunia, ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Pentagon ditahbiskan.
- 2010 – Gerhana matahari anulus (gambar) paling lama bagi alaf ke-3 terjadi di sebahagian Afrika dan Asia.
Hari-hari sebelum: 14 Januari – 13 Januari – 12 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
16 Januari: Hari Guru di Thailand; Mattu Pongal (Tamil, 2024).
- 27 SM – Gaius Octavius dianugerahkan gelaran Augustus oleh Senat Rom.
- 929 – Amir Abdul Rahman III dari Cordoba mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah, dengan itu mengasaskan Khilafah Córdoba.
- 1547 – Ivan si Dahsyat (gambar) dimahkotakan sebagai Tsar pertama Rusia.
- 1809 – Perang Semenanjung: Angkatan Perancis menyerang pengungsian amfibia British di Corunna, Galicia, Sepanyol.
- 1986 – Pertubuhan piawaian Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet yang memaju dan menggalakkan Piawai Internet mengadakan mesyuarat pertamanya, terdiri daripada 21 penyelidik berdana kerajaan Amerika Syarikat.
Hari-hari sebelum: 15 Januari – 14 Januari – 13 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
17 Januari: Hari Agama Sedunia (2021)
- 1899 – Tentera Laut Amerika Syarikat mendarat di Pulau Wake (gambar) di Lautan Pasifik dan menguasai pulau ini hingga kini.
- 1929 – Watak kartun kelasi Popeye yang dicipta oleh E. C. Segar muncul buat kali pertama dalam lerang komik Thimble Theater.
- 1946 – Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuaratnya yang pertama, di Church House, London.
- 1995 – Gempa Bumi Besar Hanshin melanda berhampiran Kobe, Jepun, mengorbankan lebih 6,000 nyawa dan mengakibatkan kerosakan lebih ¥10 trilion.
- 2010 – Rusuhan pertama antara kumpulan Muslim dan Kristian di Jos, Nigeria bermula, akhirnya menyebabkan lebih 200 kematian.
Hari-hari sebelum: 16 Januari – 15 Januari – 14 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
18 Januari: Minggu Doa untuk Perpaduan Kristian bermula; Hari Angkatan Tentera Diraja Thai (1591).
- 1535 – Konkuistador Sepanyol Francisco Pizarro mengasaskan Lima, ibu negara Peru kini.
- 1778 – Penjelajah Inggeris James Cook tiba di Kepulauan Sandwich, kini dikenali sebagai Kepulauan Hawaii.
- 1871 – Beberapa negeri Jerman bebas bersatu menjadi Empayar Jerman, dengan Raja Prusia Wilhelm I diisytiharkan sebagai Kaiser pertama.
- 1955 – Perang Saudara China: Tentera Pembebasan Rakyat bertempur dengan Tentera Revolusi Kebangsaan di Kepulauan Yijiangshan.
- 2003 – Kebakaran belukar yang tidak dapat dikawal mula merebak ke kawasan kediaman di Canberra, Australia (gambar), akhirnya merosakkan lebih 500 buah rumah.
Hari-hari sebelum: 17 Januari – 16 Januari – 15 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
19 Januari: Teofani (takwim Julius)
- 1795 – Sehari selepas William V, Putera Orange melarikan diri dari Republik Belanda akibat revolusi, Republik Batavia diisytiharkan.
- 1839 – Tentera Laut Diraja British mendarat di Aden untuk menghentikan serangan lanun terhadap laluan perkapalan SHTI ke India, dan kekal di sana sehingga 1967.
- 1853 – Opera Giuseppe Verdi Il trovatore, berdasarkan pementasan El Trobador, dipersembahkan buat pertama kali, di Teatro Apollo di Rom.
- 1983 – Apple memperkenalkan Apple Lisa (gambar), komputer peribadi komersil yang pertama dengan antara muka grafik pengguna dan tetikus komputer.
- 1992 – Waktu Dekri dikuatkuasakan kembali di Rusia selepas dimansuhkan pada Mac 1991.
Hari-hari sebelum: 18 Januari – 17 Januari – 16 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
20 Januari: Hari Syahid di Azerbaijan (1990); Hari Angkatan Tentera di Mali; Hari Martin Luther King, Jr. di A.S. (2014).
- 1320 – Selepas menyatukan semula Poland, Wladyslaw si Pendek (gambar) dimahkotakan sebagai Raja di Kraków.
- 1839 – Askar Chile menewaskan dengan muktamad angkatan Konfederasi Peru–Bolivia dalam Pertempuran Yungay di Ancash, secara berkesan menamatkan Perang Konfederasi.
- 1885 – LaMarcus Adna Thompson mempatenkan roller coaster.
- 1942 – Holokus: Para pegawai Jerman Nazi bertemu dalam Persidangan Wannsee di Berlin.
- 1990 - Januari Hitam adalah serangan terhadap demonstrasi orang Azeri oleh Tentera Merah Kesatuan Soviet di Baku, Republik Sosialis Soviet Azerbaijan pada tarikh 20 Januari.
- 2009 – Di Washington, D.C., Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat berketurunan Amerika Afrika yang pertama.
Hari-hari sebelum: 19 Januari – 18 Januari – 17 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
21 Januari: Hari Perayaan Santa Agnes (Kristian); Hari Bendera di Quebec
- 1525 – Gerakan Anabaptis bermula apabila para pengasasnya saling membaptiskan semula satu sama lain di Zürich, Switzerland.
- 1793 – Revolusi Perancis: Selepas didapati bersalah menderhaka oleh Konvensyen Nasional, Raja Louis XVI dipancung dengan gilotin di khalayak ramai di Paris.
- 1919 – Dáil Éireann Pertama bersidang di Dublin, mengisytiharkan perlembagaan negara baharu Ireland.
- 1976 – Kenderaan supersonik Concorde (gambar) memulakan penerbangan komersilnya.
- 2008 – Bahasa Eyak di Alaska pupus selepas penutur terakhirnya Marie Smith Jones meninggal dunia, menjadikannya sebagai simbol dalam usaha menentang kepupusan bahasa.
Hari-hari sebelum: 20 Januari – 19 Januari – 18 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1879 – Perang Inggeris-Zulu: Angkatan Zulu Raja Cetshwayo menghancurkan tentera British dalam Pertempuran Isandlwana (gambar).
- 1905 – Revolusi Rusia: Penunjuk perasaan aman yang diketuai Bapa Gapon dibunuh beramai-ramai di luar Istana Musim Sejuk di St. Petersburg.
- 1946 – Krisis Iran: Republik Mahabad mengisytiharkan kemerdekaan, mencari autonomi bagi masyarakat Kurdi se-Iran.
- 1984 – Apple memperkenalkan komputer peribadi Macintosh semasa permainan Super Bowl XVIII dengan iklan televisyen komersil "1984".
- 2006 – Evo Morales mengangkat sumpah selaku presiden peribumi pertama Bolivia.
Hari-hari sebelum: 21 Januari – 20 Januari – 19 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1556 – Gempa bumi terdahsyat dalam sejarah mengorbankan kira-kira 830,000 nyawa di Shaanxi, China.
- 1579 – Perjanjian Utrecht dimeterai, menyatukan 17 provinsi di Negeri-Negeri Pamah yang kemudian membentuk Republik Belanda.
- 1719 – Maharaja Suci Rom Charles VI mengasaskan Liechtenstein, prinsipaliti tunggal dalam Empayar Suci Rom yang masih wujud hari ini.
- 1899 – Dengan penubuhan Republik Filipina Pertama, Emilio Aguinaldo mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang pertama.
- 1960 – Batiskaf Trieste (gambar) mencatat rekod kedalaman 10,916 m di Laut Dalam Challenger Jurang Mariana.
Hari-hari sebelum: 22 Januari – 21 Januari – 20 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 41 – Maharaja Rom Caligula dibunuh oleh Cassius Chaerea dan Pengawal Praetoria yang tidak puas hati.
- 1848 – James W. Marshall menemui emas di Kilang Papan Sutter di Coloma, California, menyebabkan Kerubut Emas California.
- 1924 – Petrograd yang diasaskan oleh Pyotr Agung dinamakan semula sebagai Leningrad, tiga hari selepas kematian Vladimir Lenin.
- 1984 – Apple Macintosh pertama (gambar) mula dijual, menjadi komputer peribadi komersil pertama berasaskan antara muka grafik pengguna yang laris.
- 2011 – Al Jazeera mendedahkan dokumen sulit yang memerincikan rundingan rahsia dalam proses pendamaian konflik Israel-Palestin.
Hari-hari sebelum: 23 Januari – 22 Januari – 21 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
25 Januari: Hari Perayaan Gregory dari Nazianzus (Gereja Ortodoks Timur)
- 1554 – Mubaligh Jesuit mengasaskan misi di São Paulo dos Campos de Piratininga yang berkembang menjadi São Paulo, Brazil.
- 1755 – Maharani Rusia Elizaveta mengarahkan penubuhan Universiti Negara Moscow Lomonosov (gambar), kini universiti terbesar di Rusia.
- 1924 – Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama bermula di kaki Mont Blanc di Chamonix, Perancis.
- 2004 – Perayau Opportunity mendarat di planet Marikh dan bergolek ke dalam kawah Eagle di Meridiani Planum.
- 2011 – Revolusi Mesir 2011 bermula, akhirnya menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.
Hari-hari sebelum: 24 Januari – 23 Januari – 22 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
26 Januari: Hari Australia (1788); Hari Republik di India (1950); Hari Pembebasan di Uganda (1986).
- 1500 – Ahli pelayaran, penjelajah dan konkuistador Sepanyol Vicente Yáñez Pinzón sampai ke pantai utara Brazil kini.
- 1699 – Penandatanganan Perjanjian Karlowitz (gambar) bagi menamatkan Perang Austria-Uthmaniyyah menandakan berakhirnya kawalan Uthmaniyyah di Eropah Tengah.
- 1950 – India menjadi republik, dengan Presiden Rajendra Prasad sebagai ketua negara pertama.
- 1983 – Program hamparan kerja Lotus 1-2-3 dikeluarkan, menjadi "aplikasi terhandal" pertama Komputer Peribadi IBM.
- 2009 – Rusuhan meletus di Antananarivo, mencetuskan krisis politik yang membawa kepada penggulingan Presiden Madagaskar Marc Ravalomanana.
Hari-hari sebelum: 25 Januari – 24 Januari – 23 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
27 Januari: Hari Peringatan Holokus Antarabangsa
- 661 – Zaman Khulafa al-Rasyidin berakhir setelah khalifah Ali bin Abi Talib meninggal dunia.
- 1888 – Persatuan National Geographic, penerbit Majalah National Geographic, diperbadankan di Washington, D.C.
- 1945 – Tentera Merah Soviet membebaskan 7,500 tawanan perang yang ditinggalkan kakitangan Nazi di kem tumpuan Auschwitz (gambar) di Oświęcim, Poland.
- 1967 – Kapal angkasa lepas Apollo 1 musnah dalam kebakaran di Pusat Angkasa Kennedy, Florida, yang turut mengorbankan tiga angkasawan.
- 2012 – Kesatuan Eropah dan 22 negara anggota menandatangani Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan, mengakibatkan perletakan jawatan pelapor perjanjian tersebut dan bantahan di seluruh Poland.
Hari-hari sebelum: 26 Januari – 25 Januari – 24 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1393 – Raja Charles VI dari Perancis hampir terbunuh apabila baginda dan seberapa penari lain terbakar semasa suatu majlis tari bertopeng.
- 1547 – Raja Edward VI naik takhta pada usia 9 tahun setelah paduka ayahandanya Henry VIII mangkat, sekali gus menjadi pemerintah Protestan pertama England.
- 1855 – Sebuah kereta api di Landasan Kereta Api Panama membuat penyeberangan rentas benua berlandasan yang pertama di dunia.
- 1921 – Satu arca peringatan Kubur Askar Tidak Dikenali didirikan di bawah Arc de Triomphe di Paris.
- 1958 – Syarikat mainan Denmark The Lego Group mempaten reka bentuk bata Lego.
- 1986 – Bolak-balik angkasa lepas Challenger milik NASA hancur berkecai (video) 73 saat selepas bertolak untuk misinya yang ke-10.
Hari-hari sebelum: 27 Januari – 26 Januari – 25 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1845 – Puisi naratif The Raven oleh Edgar Allan Poe diterbitkan buat pertama kali, dalam akhbar New York Evening Mirror.
- 1856 – Ratu Victoria dari United Kingdom mengeluarkan waran yang mewujudkan Salib Victoria, bagi menghargai tindakan berani anggota tentera British semasa Perang Krimea.
- 1886 – Karl Benz memfailkan paten untuk Motorwagen (gambar), kereta berkuasa petrol pertama yang berjaya.
- 1943 – Kempen Guadalcanal: Hari pertama Pertempuran Pulau Rennell, penjajap A.S. Chicago rosak teruk akibat serangan torpedo udara Jepun.
- 2002 – Dalam Ucapan Keadaan Kesatuannya, Presiden A.S. George W. Bush memerihalkan Iran, Iraq dan Korea Utara sebagai "paksi kuasa jahat".
Hari-hari sebelum: 28 Januari – 27 Januari – 26 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
30 Januari: Hari Syahid di India
- 1649 – Perang Saudara England: Raja Charles I (gambar) dipancung di perkarangan Istana Whitehall, London berikutan krisis perlembagaan dengan Parlimen England.
- 1826 – Jambatan Gantung Menai yang menyambungkan pulau Anglesey dan tanah besar Wales dibuka, menjadi antara jambatan gantung moden pertama di dunia.
- 1930 – Ahli meteorologi Soviet Pavel Molchanov melancarkan radiosond pertama, sejenis alat pengukuran atmosfera yang dipasang pada belon cuaca, di Pavlovsk, USSR.
- 1948 – Nathuram Godse menembak mati pemimpin politik dan rohani India Mahatma Gandhi di Delhi.
- 1972 – Pada Ahad Berdarah, anggota Rejimen Payung Terjun British menembak 26 pembantah hak awam di Derry, Ireland Utara, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang.
Hari-hari sebelum: 29 Januari – 28 Januari – 27 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
31 Januari: Hari Kemerdekaan di Nauru (1968)
- 1747 – Klinik pertama yang mengkhususkan dalam rawatan penyakit kelamin, London Lock Hospital dibuka di London.
- 1900 – Datu Muhammad Salleh, pemimpin kekacauan besar yang berturut-turut di Borneo Utara, telah ditembak mati di Tambunan, tetapi para pengikutnya tidak mengaku kalah selama lima tahun lagi.
- 1942 – Penjajahan Jepun di Tanah Melayu: Pihak Berikat berundur dari Malaya British ke Singapura, menyerahkan negara itu kepada Jepun.
- 1946 – Di Yugoslavia, satu perlembagaan baharu mengasaskan enam republik juzuk: Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia dan Slovenia.
- 1953 – Banjir Laut Utara (gambar) meragut lebih daripada 1,800 nyawa di Belanda dan lebih 300 orang di United Kingdom.
Hari-hari sebelum: 30 Januari – 29 Januari – 28 Januari
lihat - perbincangan - sunting - sejarah