8TV
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Slogan |
|
Ibu pejabat | Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Bahasa Mandarin (Hokkien dan Kantonis) Bahasa Thai |
Format gambar | |
Pemilikan | |
Pemilik | Media Prima Berhad (Metropolitan TV Sdn Bhd) |
Orang penting | Nini Yusof Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios |
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan |
|
Ditutup |
|
Nama dahulu | MetroVision (1995-1999) |
Pautan | |
Laman web | www |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
MYTV | Saluran 108 (HD) |
Satelit | |
Astro/NJOI | Saluran 148 |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 108 (HD) |
Media penstriman | |
Tonton | Tonton secara langsung |
Unifi TV | unifi PlayTV |
8TV | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | |||||||||||||||||
Maksud harfiah | Ruang Kelapan | ||||||||||||||||
|
8TV (Cina:
TV3, TV9, NTV7, 8TV dan stesen radio dikawal oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman Media Prima, Tonton, MYTV Mana-mana dan unifi PlayTV. 8TV dan saluran Media Prima yang lainnya tiada dalam aplikasi Astro GO dan sooka kerana di platform Astro dan NJOI masih disiarkan dalam bentuk definisi standard (SD) walaupun siarannya ke resolusi 16.9 atau resolusi HD.
Sejarah
8TV diketuai Ahmad Izham Omar. Pengarah Operasi Rangkaiannya pula ialah Paul Moss, seorang eksekutif rakaman yang juga merupakan pengadil dalam Malaysian Idol dan One in a Million.
8TV dipancarkan melalui UHF. Di Lembah Klang, saluran UHF ialah 27. Selain itu, 8TV juga didapati melalui saluran 108 di MYTV dalam format HD (1080i).
Sebagai MetroVision
Sejarah awal
Pada 8 Januari 2004, MetroVision telah dilancarkan semula dan dijenamakan semula sebagai 8TV di bawah entiti Metropolitan TV Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai City Television) selepas syarikat itu dibawa oleh Media Prima pada tahun 2003 dengan sedikit kandungan Cina, Melayu dan Inggeris pada mulanya. Sepanjang sejarahnya, semua kandungan secara beransur-ansur digantikan dengan kandungan Cina kerana lebih banyak daripadanya telah ditambahkan ke slot penyiaran saluran. Bahasa Mandarin digunakan dalam semua siaran beritanya pada masa kini dan terdapat juga siaran berita Melayu jangka pendek yang tersedia pada tahun-tahun awal saluran itu.
Pada 1 Oktober 2004, 8TV telah tersedia di platform Astro.
Pada 6 September 2007, 8TV bersama saluran saudaranya, TV3, ntv7 dan TV9 telah tersedia untuk tontonan dalam talian melalui perkhidmatan penstriman yang baru dilancarkan Media Prima, Catch-Up TV, yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai Tonton.
Sebagai saluran TV berorientasikan Cina, 8TV menyiarkan lebih banyak rancangan dan filem Cina dan mengadakan kempen Tahun Baharu Cinanya sendiri sempena perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun. Sebagai sebahagian daripada kempen itu, syarikat TV mengedarkan diskografi perseorangan Tahun Baharu Cinanya dalam persaingan dengan saingan Astro sejak 2009. (Astro mula mengedarkan lagu perseorangan Tahun Baru Cina sejak 2008.) Bermula dari 2015, 8TV mengeluarkan dan mengedarkan lagu perseorangan Tahun Baru Cinanya. setiap tahun dengan tema sendiri, lagu tema dan maskot berdasarkan 12 zodiak haiwan serta barangan berkaitannya. Selama bertahun-tahun, ia juga bekerjasama dengan rakan kongsi Media Prima yang lain untuk single seperti One FM (kini 8FM) dan NTV7. Di samping itu, pasukan diskografi juga menjelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan diskografi mereka dan barangannya.
Penjadualan semula program
Mulai 1 April 2016, terdapat perubahan rancangan di 8TV di mana fokus rancangan Cina juga bertambah. 8TV menyiarkan hampir semua rancangan Cina sepanjang hari pada hari Sabtu hingga Selasa, manakala rancangan Inggeris masih disiarkan selama dua jam pada hari Rabu dan satu jam pada Khamis dan Jumaat. CJ Wow Shop yang disiarkan pada awal pagi selama tiga jam juga mula bersiaran pada hari yang sama, menggantikan segmen siaran serentak Hot FM AM Krew yang telah disiarkan selama hampir sedekad. Disebabkan oleh perubahan ini, rancangan The 8TV Quickie yang juga telah bersiaran selama lebih sedekad ditamatkan siarannya.
Mulai 5 Mac 2018, 8TV telah menjadi saluran berbahasa Cina yang tersendiri, rancangan berbahasa Cina (tidak termasuk berita Mandarin dan drama TVB di NTV7) dipindahkan ke saluran ini disebabkan oleh perubahan kandungan siaran NTV7. Bagaimanapun, pada Jun 2018, slot drama TVB di NTV7 juga akan dipindahkan ke 8TV dengan menyiarkannya pada Sabtu dan Ahad pada pukul 7:00 malam, manakala berita Mandarin saluran itu digabungkan kepada satu berita yang bersiaran selama sejam sehingga 1 Januari 2019.
Mulai 4 Mei 2021, 8TV kini bersiaran 24 jam dan bersiaran serentak dengan Eight FM.
8TV kini bersiaran di MYTV saluran 108 dalam format HD (definisi tinggi).
Ciri-ciri
8TV disasarkan kepada golongan muda dengan konsep "satu stesen, dua saluran", yang mana sesi pertama penyiaran merupakan saluran bahasa Cina, manakala sesi keduanya merupakan slot program yang kebanyakannya berbahasa Inggeris. Satu lagi bahagian ketiga penyiaran menampilkan permainan SMS interaktif, serta video muzik dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.[1]
Slogannya, "We're different," melambangkan misi 8TV untuk menawarkan kepelbagaian siri dan filem popular yang bertumpukan muda-mudi, penduduk bandar dan bangsa Cina sebagai penonton sasaran.[2][3]
Saluran membeli-belah
Selain di ntv7, CJ Wow Shop versi bahasa Mandarin juga disiarkan di 8TV dan ditayangkan ditayangkan dari 6 pagi sehingga 9:30 pagi dan 11:30 pagi sehingga 12:30 tengahari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad dimana siaran tersebut tidak disiarkan pada 9 pagi sehingga 9:30 pagi.
Maskot
Pada awal 2006, 8TV memperkenalkan maskot barunya yang berbentuk seorang bayi bernama "Pow Pow". Bayi ini menghiasi sesetengah iklan promo yang mempromosikan rancangan 8TV, serta halaman utama laman web rasmi 8TV. Asalnya dia cuma digelar "8TV baby" sehinggalah selesainya pertandingan mencari nama sesuai, maka dari itulah terpilihnya nama "Pow Pow".
Pow Pow sering dilihat memakai sehelai baju merah berkolar yang tertera logo 8TV di bahagian depan, dihiasi jubah berwana oren yang juga tertera logo 8tv di atasnya, berserta sehelai lampin. Kadang-kala dia juga dilihat bermain dengan gitar elektrik. Wajah Pow Pow banyak menyerupai watak Jack-Jack dari filem Disney-Pixar, the Incredibles.
Maskot "Pow Pow" masih digunakan sehingga sekarang oleh 8TV.
Pada video khas 8TV 18th Anniversary, Pow Pow kembali dan beringkat remaja yang berusia 18 tahun.
Senarai rancangan
Insiden dan kontroversi
- Pada pertengahan tahun 2004, ketika perlawanan bolasepak Euro 2004 hangat di udara, 8TV didapati menyiarkan iklan pengeluar minuman keras Carlsberg yang merupakan penaja penyiaran perlawanan kejohanan sukan itu. Akibatnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan denda sebanyak RM50,000 terhadap 8TV mengikut peruntukan Seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.[4]
- Pada 13 Januari 2008, pada konsert sambutan ulang tahun, artis Faizal Tahir menanggalkan bajunya hingga mendedahkan dadanya di pentas apabila bersiaran langsung. Akibatnya, pada 19 Januari 2008, SKMM berkata mereka menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di stesen 8TV selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008.[5][6]
- Pada bulan Oktober 2008, SKMM sekali lagi mengerjakan 8TV dengan menggantung serta merta perkhidmatan laman sembangnya setelah mendapati kemudahan terbabit "disalah guna oleh penonton untuk mencari pasangan seks," dengan kemungkinan bakal diharamkan setelah selesainya siasatan pihak SKMM dalam kes ini.[7]
- Pada awal musim Ramadan 2011, 8TV menyiarkan tiga iklan pengumuman khidmat masyarakat yang dikatakan bersifat perkauman dan menghina kaum Cina kerana menggambarkan seorang wanita Cina yang makan secara terbuka, mengenakan pakaian kurang sopan dan kurang beradab ketika Ramadan, dengan niat untuk memesan golongan bukan Islam supaya menghormati bulan puasa dengan sewajarnya. Iklan-iklan tersebut akhirnya ditarik balik setelah ekoran kecaman oleh pelbagai pihak, termasuk umat Islam yang mengaku turut tersinggung oleh iklan-iklan berkenaan.[8][9]
Lihat juga
- Senarai stesen televisyen di Malaysia
- Eight FM
- MetroVision (pendahulu 8TV)
Rujukan
- ^ "Meredah zaman suram". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 6 February 2016.
- ^ "MetroVision - intro (Sultan Abu Samad building version - 1995)". Dicapai pada 31 October 2016.
- ^ "MetroVision Tune in guide". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 1998.
- ^ "8TV didenda RM50,000 kerana arak". Utusan Malaysia. 2004-09-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-12. Dicapai pada 2008-01-19.
- ^ "Permohonan Maaf Terbuka Daripada Faizal Tahir". gua.com.my. 2008-01-06.
- ^ "Siaran langsung 8TV, Faizal digantung 3 bulan". utusan.com.my. 2008-01-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-20. Dicapai pada 2008-01-19.
- ^ "Laman sembang 8TV digantung". Utusan Malaysia. 2008-10-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-06. Dicapai pada 2008-10-18.
- ^ Ramadan: Ekoran kecaman, Media Prima tarik balik iklan rasis[pautan mati kekal], The Malaysian Insider, 2 Ogos 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2011.
- ^ Iklan rasis: Pakatan mahu tindakan keras ke atas 8TV[pautan mati kekal], The Malaysian Insider, 2 Ogos 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2011.
Pautan luar
- 8TV di Facebook
- 8TV di Instagram
- Saluran 8TV di Dailymotion
- Saluran 8TV di YouTube