(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Astrobiologi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Astrobiologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terdapat kemungkinan bahawa asid nukleik bukan sahaja biomolekul dalam Alam Semesta yang mampu mengekod proses kehidupan.[1]

Astrobiologi merupakan kajian asal-usul, evolusi, pengagihan dan masa hadapan kehidupan dalam alam semesta, iaitu kehidupan di luar bumi (hidupan extraterrestrial) dan kehidupan di Bumi. Bidang ini merangkumi kajian persekitaran yang mampu didiami dalam sistem Suria dan planet yang mampu didiami di luar sistem Suria, untuk mencari bukti prebiotik kimia, maklumat makmal dan kajian lapangan tentang asal-usul serta evolusi kehidupan awal di Bumi. Malah astrobiologi turut meliputi kajian potensi hidupan dalam menyesuaikan diri dengan halangan di Bumi dan di angkasa lepas.[2] Astrobiologi juga menangani persoalan kewujudan kehidupan di luar muka Bumi dan cara-cara manusia mampu mengesannya sekiranya kewujudannya dikenal pasti.[3] (Istilah exobiologi mempunyai definisi yang sama tetapi merangkumi aspek yang lebih spesifik - meliputi kajian di luar muka Bumi melalui penyelidikan kesan persekitaran ruang angkasa terhadap organisma hidup.)[4]

Astrobiology menggunakan ilmu fizik, kimia, astronomi, biologi, biologi molekul, ekologi, sains planet, geografi, dan geologi untuk mengkaji kemungkinan kehidupan di dunia lain, di samping membantu mengiktiraf kemungkinan kewujudan biosfera lain yang berbeza selain Bumi.[5][6] Astrobiology juga menyiasat data saintifik yang diperoleh dari alam semesta yang mungkin menyangkal asas teori fizik, kimis dan biologi. Walaupun pandangan ini hanya spekulasi, astrobiologi secara amnya mengkaji hipotesis yang mampu disuaikan dan diselarikan dengan teori saintifik yang sedia ada.

Bumi merupakan satu-satunya tempat dalam alam semesta yang menyokong kewujudan kehidupan.[7][8] Walau bagaimanapun, kajian terkini dalam sains planetari telah mengubah andaian asas tersebut tentang kewujudan hidupan dalam alam semseta melalui anggaran zon yang mampu didiami di bintang lain dan kemungkinan kewujudan mikrob di ruang angkasa.[9] Kemungkian kewujudan kehidupan di Marikh sama ada pada masa dahulu atau sekarang merupkan salah satu bidang kajian astrobiologi.

Pengenalan

[sunting | sunting sumber]

Astrobiologi secara etimologi berasal daripada tiga perkataan Yunani: ἄστρον (astron) iaitu buruj atau bintang; βίος (bios) iaitu kehidupan dan -λογία (logia) iaitu kajian. Sinonim astrobiologi berkait rapat dengan perkembangan dan pembangunan astronomi dan biologi.

  1. ^ "Launching the Alien Debates (part 1 of 7)". Astrobiology Magazine. NASA. 8 December 2006. Dicapai pada 2008-10-20.
  2. ^ "How the search for aliens can help sustain life on Earth". CNN News. 4 Oktober 2012. Dicapai pada 2012-10-08. |first= missing |last= (bantuan)
  3. ^ "About Astrobiology". NASA Astrobiology Institute. NASA. 21 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-11. Dicapai pada 2008-10-20. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Mirriam Webster Dictionary entry "Exobiology" (accessed 11 April 2013)
  5. ^ iTWire - Scientists will look for alien life, but Where and How?
  6. ^ Ward, P. D. (2004). The life and death of planet Earth. New York: Owl Books. ISBN 0-8050-7512-7. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ "NASA Technical Memorandum 102363" (PDF) |format= requires |url= (bantuan). Lewis Research Center, Ohio: NASA. February 1990. |first= missing |last= (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan); |contribution= ignored (bantuan)
  8. ^ Altermann, Wladyslaw (2008). "From Fossils to Astrobiology - A Roadmap to Fata Morgana?". From Fossils to Astrobiology: Records of Life on Earth and the Search for Extraterrestrial Biosignatures. 12. m/s. xvii. ISBN 1-4020-8836-1. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)
  9. ^ Horneck, Gerda (2007). Complete Course in Astrobiology. Wiley-VCH. ISBN 3-527-40660-3. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.