(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Gunung Saveq - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Gunung Saveq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Gunung Yushan
Maklumat am
Maklumat lokasi
LokasiPulau Taiwan, Xinyi, Alishan Township, Taoyuan District, Taiwan Sunting ini di Wikidata
Koordinat23°28′12″N 120°57′26″E / 23.47°N 120.95727°E / 23.47; 120.95727
Gunung Saveq is located in Bumi
Gunung Saveq
Gunung Saveq (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gunung Saveq/Saviah/Savih[a] atau Gunung Giok (Cina tradisional: 玉山たまやまPe̍h-ōe-jī: Gio̍k-san; Pinyin: Yùshān[2]) adalah gunung tertinggi di pulau Taiwan dan gunung pulau keempat tertinggi di seluruh dunia;[3] ia terletak 3,952 meter (12,966 kaki) dari paras permukaan laut.[4] Pada musim dingin, ia sering dilitupi salji tebal yang menampakkan seluruh puncaknya digambarkan segilap batu giok (たま POJ gio̍k).[3]

Gunung ini sendirinya titik pusat dari Taman Negara Yushan iaitu taman negara terbesar, tertinggi dan terpencil dalam Pulau Taiwan merangkumi Banjaran Giok[b] dan kekakinya memempatkan beranekaragam fauna.[3][4]

Gunung Saveq merupakan tempat penting masyarakat peribumi Bunun dan Cou yang serumpun Austronesia. Ia juga merupakan salah satu tempat kunjungan digemari para pendaki gunung Taiwan yang anggapnya salah satu (dari sepuluh) "Puncak Besar Taiwan".[4] Para pendaki gunung seantero dunia sering menggandingkannya bersama Gunung Kinabalu dan Gunung Fuji sebagai mahadestinasi pendakian mereka.[4]

Gunung ini mula diketahu orang Cina seawal catatan しげるさかい補遺ほい ("Lampiran Tanah Orang Gasar") oleh Yu Yonghe pada tahun 1697 zaman Maharaja Kangxi:[1]

玉山たまやまざいまんやまなか。其山どくだかとお。巉巖峭削。白色はくしょく如銀。遠望えんぼう如太しろ積雪せきせつ四面しめん攢峰たまきにょうもち不可ふか及。みなげん此山渾然こんぜん如玉。まいくら霽。於郡城望じょうぼう啻天上白じょうはくくも也。」
("Gunung Giok salah satu banyak gunung yang paling tinggi puncaknya. Ia boleh dilihat sejauh manapun. Putihnya bagaikan perak. Tepi tajamnya tinggi curam. Ia laksana putih salji dilihat dari jauh. Empat muka [penjuru] nya dikelilingi puncak-puncak. Ia sangat jauh. Semua orang mengatakan ia seteguh batu giok. Setiap malam gelap ia dilihat jauh dari kota pun seperti awan putih.")

Gunung ini diberi nama Gunung Nittaka (新高山しんたかやま[1] "Gunung Tinggi Baru") semasa ia diduduki kuasa Jepun, malah diwartakan kerajaan jajahannya pada 28 Jun 30 Meiji bersamaan 1897 Masihi sebagai puncak tertinggi seluruh alam maharaja Jepun ketika itu.[5][6]

  1. ^ bahasa Bunun: Tongku Saveq/Saviah/Savih "Gunung Lindung", bahasa Cou: Patungkuonʉ "Gunung Bersinar" juga dicinakan sebagai はち通關つうかん Bātōngguān[1] atau Patongkuan, bahasa Paiwan: Kanasi, bahasa Kanakavu: Tanungu'incu
  2. ^ Cina tradisional: 玉山たまやま山脈さんみゃく; Pe̍h-ōe-jī: Gio̍k-san Soaⁿ-Be̍h; Pinyin: Yùshān Shānmài
  1. ^ a b c 玉山たまやま. 山林さんりんさつ. 523 Mountaineering Association. 2004.
  2. ^ おうごう (Nov 2018). 玉山たまやま高度こうどはつかいさがせ詢陸測量そくりょう新高山しんたかやましんだか測量そくりょう. 歷史れきし台灣たいわん 國立こくりつ台灣たいわん歷史れきし博物館はくぶつかんかんかん (16): 118.
  3. ^ a b c "Geographic Setting". Central Geological Survey. MOEA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-24. Dicapai pada 2010-06-09. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ a b c d Yushan
  5. ^ 伊能いのうよしみのり (2021). 伊能いのうよしみのり·臺灣たいわん地名ちめい辭書じしょ. Diterjemahkan oleh 吴密察. 远足文化ぶんかごと业股份有げん公司こうし. m/s. 497. ISBN 978-957-9542-98-2.
  6. ^ 陈文添 (Sep 2004). "「新高山しんたかやま名稱めいしょうさがせげん". 台湾たいわん文献ぶんけん别册. 国史こくし台湾たいわん文献ぶんけん馆. 10: 37─42.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]