Kaizen
Kaizen berasal dari bahasa Jepun yang bermaksud "perubahan kepada yang lebih baik". Kaizen mula dikenali atau digunakan tidak lama selepas Perang Dunia II apabila AS menghantar beberapa penasihat untuk membantu negara Jepun membina semula ekonomi mereka, salah seorang penasihat ialah Dr Deming yang sering dikreditkan dengan idea-idea bagaimana Kaizen itu tercipta kerana beliau ada menyatakan "cara untuk sentiasa meningkatkan sistem pengeluaran dan perkhidmatan secara berterusan ialah dengan meningkatkan kualiti dan produktiviti, seterusnya dapat membantu kepada penjimatan kos”.
- Kualiti tinggi, Produktiviti rendah = Kos tinggi x
- Kualiti rendah, Produktiviti tinggi = Kos tinggi x
- Kualiti rendah, Produktiviti rendah = Kos lebih tinggi x
- Kualiti tinggi, Produktiviti tinggi = Kos lebih rendah √√
Kaizen adalah kesinambungan kepada budaya ‘Penambahbaikan Berterusan / Continuous Improvement’.
Antara prinsip Kaizen adalah :-
Proses yang baik menghasilkan produk yang baik Meneliti dan mengurus data/fakta Menilai sendiri situasi Mengambil tindakan membetulkan kesilapan Bekerja secara berpasukan Ialah budaya Meningkatkan Produktiviti Meningkatkan Kualiti Produk@Servis Keselamatan tempat kerja bertambah baik Pesanan/order pelanggan dapat disiapkan/dihantar tepat pada masa
Meningkatkan kepuasan pelanggan
Kerja menjadi lebih mudah dan tekanan/stres pekerja berkurangan
Secara ringkas, Kaizen ialah budaya kerja harian yang memfokus kepada usaha menambahbaik secara berterusan di dalam sesuatu proses atau cara kerja di setiap keseluruhan bahagian dan ia melibatkan semua pekerja. Sasaran penting ialah menyingkirkan ‘Waste’(pembaziran) yang seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti.
Antara kebaikan Kaizen adalah :
- Meningkatkan Produktiviti
- Meningkatkan Kualiti Produk@Servis
- Keselamatan tempat kerja bertambah baik
- Pesanan/order pelanggan dapat disiapkan/dihantar tepat pada masa
- Meningkatkan kepuasan pelanggan
- Kerja menjadi lebih mudah dan tekanan/stres pekerja berkurangan
Kaizen dan keperluannya :
Pelanggan/pengguna kebiasannya mahukan sesuatu produk atau perkhidmatan yang berkualiti "terbaik" , pada harga “terendah” dan mudah serta boleh didapati apabila mereka mahukan ia. Sekiranya kita sebagai peniaga/pemimpin pasaran gagal untuk terus melakukan penambahbaikan keatas produk dan perkhidmatan kita, akibatnya pelanggan/pengguna sedia ada akan beralih kepada pesaing kita yang mampu membuat atau memberikan produk atau perkhidmatan tersebut dengan lebih cepat, lebih baik atau lebih murah.
Kita akan kehilangan pasaran yang seterusnya yang akhirnya boleh menjejaskan prestasi syarikat. Jangan tunggu sehingga ia terjadi, bertindak segera.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Dinero, Donald (2005). Training Within Industry: The Foundation of. Productivity Press. ISBN 1-56327-307-1.
- Graban, Mark; Joe, Swartz (2012). Healthcare Kaizen: Engaging Front-Line Staff in Sustainable Continuous Improvements (ed. 1). Productivity Press. ISBN 1439872961.
- Maurer, Robert (2012). The Spirit of Kaizen: Creating Lasting Excellence One Small Step at a Time (ed. 1). McGraw-Hill. ISBN 978-0071796170.
- Emiliani, Bob; Stec, David; Grasso, Lawrence; Stodder, James (2007). Better Thinking, Better Results: Case Study and Analysis of an Enterprise-Wide Lean Transformation (ed. 2e.). Kensington, CT, US: The CLBM, LLC. ISBN 978-0-9722591-2-5.
- Hanebuth, D. (2002). Rethinking Kaizen: An empirical approach to the employee perspective. In J. Felfe (Ed.), Organizational Development and Leadership (Vol. 11, pp. 59-85). Frankfurt a. M.: Peter Lang. ISBN 978-3-631-38624-8.
- Imai, Masaaki (1986). Kaizen: The Key to Japan's Competitive Success. McGraw-Hill/Irwin. ISBN 0-07-554332-X.
- Imai, Masaaki (1997-03-01). Gemba Kaizen: A Commonsense, Low-Cost Approach to Management (ed. 1e.). McGraw-Hill. ISBN 0-07-031446-2.
- Scotchmer, Andrew (2008). 5S Kaizen in 90 Minutes. Management Books 2000 Ltd. ISBN 978-1-85252-547-7.
- Bodek, Norman (2010). How to do Kaizen: A new path to innovation - Empowering everyone to be a problem solver. Vancouver, WA, US: PCS Press. ISBN 978-0-9712436-7-5.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Cari Kaizen dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Toyota stumbles but its "kaizen" cult endures, Reuters
- Warping Forward with Kaizen, Karn G. Bulsuk
- Kaizen, Joe Marshall
- Guide to Kaizen startup Best Practice Guide, Ben Geck
- Definition of Kaizen, Masaaki Imai
- Management by Stress, Jane Slaughter