(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Teh susu mutiara - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Teh susu mutiara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Teh buih)
Teh (susu) mutiara
Bubble tea, ちんたま奶茶 zhēn zhū nǎi chá
Segelas teh buih
Nama alternatifTeh mutiara
Teh boba (boba tea)
Teh buih (bubble tea)
JenisTeh susu Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianMinuman
Tempat asalTaiwan
Kawasan/rantauAsia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand
Bahan utamaTepung, susu, krim, teh diseduh, gula, perasa
Bahan yang biasa digunakanTapioca, gula, teh, non-dairy creamer, susu, Coconut jelly, popping boba Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Teh susu mutiara (Cina tradisional: ちんたま奶茶pinyin: zhēn zhū nǎi chá, bahasa Inggeris: bubble tea), teh mutiara[1] atau [teh] boba (Cina tradisional: なみ霸奶ちゃpinyin: bō bà nǎi chá) ialah sejenis minuman berasaskan teh yang dicipta di Tainan dan Taichung, Taiwan pada tahun 1980-an.[2] Ia terdiri daripada sejenis teh ditambah susu atau sebaliknya serta dimaniskan mengikut citarasa sebelum ditaruh atau ditambah bebola kecil kanji ubi; jeli buah, cincau, agar dan puding sering juga ditambah. Minuman ini juga dibekukan dan dikisarkan untuk menghasilkan konsistensi yang lembap.[3]

Minuman ini boleh didapati dalam pelbagai perasa, namun minuman berasaskan teh hitam dan teh hijau yang paling popular.[3]

Pembuatan

[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan yang dipakai untuk membancuh minuman berbeza mengikut resepi diingini pengusaha, namun ia mempunyai dua komponen utama iaitu teh dan bebola ubi.

Banyak jenis teh hitam, teh hijau, teh oolong dan teh putih (白茶しらちゃ, bái chá) digunakan sebagai asas. Teh ini boleh dihidangkan terus setelah dimaniskan mahupun diletakkan susu sama ada yang segar, sejat mahupun yang tepung.

"Bebola mutiara" atau boba (こなえん, fěn yuán)

[sunting | sunting sumber]

Bebola-bebola kecil ini ditambahkan kepada teh untuk menambahkan rasa kenyal kepada minuman dijamu. Ia diperbuat daripada kanji ubi yang dicampurkan bersama gula perang - gula jenis inilah yang memberikan warna kehitaman yang tersendiri kepada bebola tersebut.

Jeli pelbagai perisa (termasuk cincau, konnyaku, laici dan sebagainya) dan bentuk (termasuk jejari atau kiub), kastad serta sagu turut boleh ditaruh sebagai penambah perisa dan tekstur dalam minuman.

Minuman ini menjadi terkenal luas serata rantau-rantau Asia Timur dan Asia Tenggara sejak dekad tahun 1990-an,[4] terutamanya di Vietnam.[5]

  1. ^ Contoh nama "teh mutiara": Teh mutiara dan Sinar Harian 13 tahun https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/40852
  2. ^ Martin, Laura C. (2007). Tea: The drink that changed the world. Rutland: Tuttle Publishing. m/s. 219. ISBN 9780804837248.
  3. ^ a b Chang, Derrick (12 June 2012). "Is this the inventor of bubble tea?". International Edition. CNN. Dicapai pada 13 February 2015.
  4. ^ "ちんたま奶茶てき製作せいさく方法ほうほう Zhēn zhū nǎi chá de zhì zuò fāng fǎ" [Cara pembuatan teh susu mutiara] (dalam bahasa Cina). Crystalpalace.poempalace.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 27 Julai 2011.
  5. ^ Atsushi Tomiyama (3 Mei 2018). "Vietnam embraces Taiwan-style bubble tea". Nikkei Asian Review. Dicapai pada 28 Ogos 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]