(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Xu Guangqi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Xu Guangqi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Xu Guangqi
Bahasa Cina: じょひかりけい
Potret Xu Guangqi
Naib Menteri Upacara
Dalam jawatan
1629–1630
Didahului olehMa Zhiqi
Digantikan olehLi Sunchen
Setiausaha Tertinggi Pustaka Wenyuan
Dalam jawatan
1632–1633
Setiausaha Tertinggi Kanan
  • Zhou Tingru
  • Wen Tiren
Maklumat peribadi
Lahir24 April 1562
Shanghai, Songjiang, Zhili Selatan, China[1]
Mati8 November 1633(1633-11-08) (umur 71)[2]
Beijing, Shuntian, Zhili Utara, China
Tempat semadiTaman Guangqi, Xujiahui, Xuhui, Shanghai, China
31°11′28″N 121°25′46″E / 31.1912°N 121.42957°E / 31.1912; 121.42957
KewarganegaraanChina
PasanganWu[3]
Pertalian
AnakXu Ji (じょ驥)
Ibu bapaXu Sicheng (じょおもえまこと), ayah
PendidikanIjazah Jinshi (1604)[5]
Pekerjaanpegawai sarjana (Kementerian Upacara dan Setiausaha Tertinggi), ahli agronomi, ahli falak, ahli ilmu hisab, pengarang
Dikenali dengan
  • Tiga Tonggak Katolikisme China
  • Terjemahan bahasa Cina Unsur Euklid
  • Takwim Chongzhen
  • Karya Lengkap mengenai Pertanian
Nama pembaptisanPaul Xu

Xu Guangqi atau Hsü Kuang-ch'i[a] (24 April 1562 – 10 November 1633), juga dikenali dengan nama pembaptisan Paulus,[b] adalah seorang ahli agronomi, ahli falak, ahli ilmu hisab, ahli siasah dan pengarang yang hidup semasa zaman dinasti Ming.[6] Beliau merupakan rakan sekerja dan rakan usaha sama kepada Jesuit Itali, Matteo Ricci dan Sabatino de Ursis. Xu telah membantu mereka berdua menterjemah beberapa teks Barat klasik ke dalam bahasa Cina, termasuklah sebahagian daripada Unsur Euklid. Beliau juga merupakan pengarang bagi Nong Zheng Quan Shu, suatu karya mengenai pertanian.

Xu merupakan salah seorang daripada "Tiga Tonggak Katolikisme China". Gelaran terkini beliau ialah Hamba Tuhan.[7] Pada 15 April 2011, jurucakap Vatikan Federico Lombardi mengumumkan beatifikasi Xu Guangqi.[8][9]

Xu Guangqi merupakan perumian pinyin sebutan bahasa Mandarin bagi nama Cina Xu. Nama beliau ditulis sebagai Hsü Kuang-ch'i[a] apabila mengunakan sistem Wade–Giles. Nama ihsan beliau ialah Zixian manakala nama pena pula ialah Xuanhu. Dalam rekod Jesuit, perumian yang digunakan adalah Siù Hsven Hú.[10]

Semasa Xu menukar agama, beliau mengguna pakai nama pembaptisan Paulus.[b] Dalam bahasa Cina, transkripsi yang digunakan sebagai nama ihsan (i.e., Xu Baolu) dana para Jesuit kadang-kala merujuk beliau sebagai Siù Pao Lò[10] atau Ciù Paulus.[11] Mereka sering kali merujuk Xu sebagai "Doktor Paulus" (Latin: Doctor Paulus;[12][10] Portugis: Doutor Paulo),[13] "Paulus Kita" (Latin: noster Paulus), "Paulus Siu"[14] atau "Ciu".[11][10][15]

Catatan dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
Catatan kaki
  1. ^ a b Cina Ringkas: じょひかり启; Cina Tradisional: じょひかりけい
  2. ^ a b Cina Ringkas: ろく; Cina Tradisional: 祿ろく
Petikan
Sumber
  • Blue, Gregory (2001), "Xu Guangqi in the West: Early Jesuit Sources and the Construction of an Identity", Statecraft & Intellectual Renewal in Late Ming China: The Cross-Cultural Synthesis of Xu Guangqi (1562–1633), Sinica Leidensia, Jilid 50 (dalam bahasa Inggeris), Leiden, Holland Selatan: Brill, m/s. 19–71, ISBN 9004120580.
  • "hsü KUANG-CH'I". dartmouth.edu (dalam bahasa Inggeris). Kolej Dartmouth. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 3 Februari 2021.